Isyarat Dagangan

NordFX memberi para pelanggannya akses pada servis auto dagangan berinovatif “Isyarat” dari pembangun platform МТ4 – MetaQuotes Software Corp.

Servis ini bersepadu secara terus pada platform МТ4, membolehkan pedagang berhubung dengan ribuan penyedia isyarat dagangan dari serata dunia dan menyalinnya ke akaun mereka secara automatik. Mana-mana pedagang juga boleh menjadi penyedia isyarat dan menerima pendapatan lebih.

Kelebihan servis “Isyarat”:

  1. langganan isyarat yang ringkas dan mudah;
  2. pelanggan dilindungi dari kesalahan pengiraan saiz lot dagangan dan muatan deposit berlebihan;
  3. sejarah dagangan yang telus;
  4. tahap keselamatan tertinggi untuk kedua-dua pedagang serta penyedia isyarat;
  5. tiada akses pihak ketiga ke akaun dan baki para pedagang dan penyedia malah kata laluan pihak pelabur juga tidak diperlukan untuk melanggan;
  6. langganan isyarat adalah berbayar atau percuma. Tempoh langganan standard adalah 1 bulan. Jika ia berbayar, sedikit fi akan dikenakan;
  7. tiada pertambahan sebaran atau komisen.

Hanya beberapa klik untuk memilih penyedia yang paling sesuai, lihat strategi dan prestasi dagangan mereka, kemudian langgan isyarat terus ke terminal anda.

Syarat-syarat:

  1. Perlu ada akaun dagangan atau akaun demo di NordFX.* Jika anda bukan pelanggan NordFX, sila buka akaun dagangan atau akaun demo untuk menggunakan servis ini.
  2. Bersetuju dengan “Peraturan Penggunaan Servis “Isyarat”” dan “Perjanjian Terma Penggunaan Servis Isyarat MQL5.com” di laman web MQL5.com.
  3. Perlu berdaftar (buka akaun) di laman web MQL5.com untuk membuka sebuah akaun MQL5.community.
  4. Pergi ke “Alatan” – “Pilihan” di MT4, pilih “Komuniti” dan masukkan log masuk serta kata laluan untuk akaun MQL5.com anda.
  5. Pergi ke panel “Terminal”, buka tab “Isyarat”, pilih isyarat yang dikehendaki dan langgannya.

Anda juga boleh melanggan isyarat di MQL5.community. Ikuti langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun MQL5 anda di MQL5.com.
  2. Pilih isyarat bersesuaian dari senarai dan klik “Langgan”.
  3. Masukkan tempoh langganan (seminggu atau sebulan) dan tarikh ia bermula.
  4. Kemudian masukkan NordFX berserta log masuk anda (nombor akaun dagangan) di mana dagangan akan disalin.

Kedudukan penyedia isyarat boleh dilihat di terminal dagangan atau di laman web MQL5.community.

Untuk menjadi penyedia isyarat, anda mestilah mendaftar sebagai Penjual di laman MQL5.community.

Terdapat tempoh kelayakan dan pemerhatian selama sebulan untuk semua isyarat berbayar apabila mereka berjaya melepasi beberapa syarat. Jika ada pedagang yang menawarkan isyarat percuma, mereka tidak melalui tempoh kelayakan.

* Satu akaun dagangan hanya boleh melanggan satu isyarat saja.


Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.