Salah satu prioriti utama kami di NordFX adalah kepentingan pelanggan-pelanggan kami dan perlindungan dana mereka. Dalam melaksanakan prioriti ini, syarikat telah mengambil satu langkah baru dalam menyertai project Serenity Financial.
Serenity Financial adalah platform timbang tara bebas yang menggunakan teknologi blockchain untuk mengurus hubungan di antara pedagang dan broker. Segala operasai perdagangan akaun direkod dalam blockchain, di mana pedagang boleh menyemak ketepatan perlaksanaan perdagangan oleh broker melalui sistem Verify My Trade. Bagi pihak broker, mereka boleh menunjukkan kepantasan dan ketepatan perkhidmatan mereka kepada para pedagang pada bila-bila masa.
"Kami sedar bahawa pasukan NordFX sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka dengan menawarkan produk-produk paling canggih kepada pelanggan," kata Denis Kulagin, CEO Serenity Financial. "Ini adalah sebab mengapa kami amat bersenang hati dengan sokongan anda: ini bermaksud pelanggan-pelanggan NordFX adalah diantara yang terlebih dahulu memiliki akses kepada perkhidmatan kami, yang bertujuan menjadikan perdagangan dalam talian lebih selamat dan telus."
Kini projek ini telah disahkan oleh Pesuruhjaya Kewangan (FinancialCommission.org) dan sedang menjalankan ICO, yang dijangka berterusan sehinggan March tahung ini.
Kembali Kembali