Pada penghujung November 2018, satu pameran khusus mengenai Forex yang dianjurkan oleh FinExpo telah diadakan di Ho Chi Minh City, salah sebuah bandar terbesar di Vietnam. Ia telah dikunjungi ribuan tetamu dan juga peserta. NordFX turut mengambil bahagian dalam acara berskala besar ini, mempamerkan pelbagai pilihan produk untuk para pedagang dan juga pelabur di ruang pameran mereka.
Disamping perkhidmatan tradisional dalam dagangan di pasaran Forex, para penganalisis NordFX mempamerkan kemajuan terbaru dalam dagangan pada bursa bagi matawang kripto dan indeks kripto menggunakan platform MetaTrader 4 dan 5, serta peluang untuk melabur dalam Dana Pelaburan khas milik syarikat.
Tiga daripada dana-dana ini mengandungi saham syarikat peneraju industri dunia, termasuklah Amazon, Nike, Boeing, Coca-Cola, McDonald’s, Apple, Microsoft, Intel, MasterCard, Visa, Google, Facebook dan banyak lagi. Disamping memiliki kebolehpercayaan dan prospek pertumbuhan yang tinggi, dana-dana ini hanya memerlukan kos kemasukan yang rendah, dan dengan ciri ini, pelanggan-pelanggan NordFX yang hanya memiliki modal kecil turut sama dapat merasai kelebihan pengurusan aset profesional dan portfolio pelaburan.
Bagi memberi pendedahan kepada pedagang di Vietnam tentang produk syarikat dengan lebih mendalam, satu seminar telah diadakan selepas ekspo tersebut, dan perhatian banyak diberi terhadap servis RAMM, sebuah platform penyalin signal dagangan unik yang membolehkan anda mengawal paras penerimaan risiko secara automatik.
Sebagai tambahan kepada semua ini, beberapa pertemuan bersama rakan kongsi IB NordFX sama ada yang baru mahupun yang sedia ada telah diadakan di Ho Chi Minh City, di mana para peserta dapat mengetahui kelebihan-kelebihan tentang program affiliate dua peringkat, dan juga berbincang cara untuk memajukan lagi syarikat ini.
Kembali Kembali