NordFX Meraih Tiga Kemenangan di Forex Awards Ratings

Hat trick adalah pencapaian positif sebanyak tiga kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan. Dengan menggunakan sukan sebagai terminologi, mungkin kejayaan yang diraih syarikat broker NordFX boleh disamakan dengan “hat trick”, setelah ia memenangi tiga anugerah terhormat di Forex Awards Ratings hasil daripada keputusan tahun lalu:

  • Rangkaian Dagangan Sosial Terbaik - 2018,
  • Program Affiliate Terbaik - 2018,
  • Broker Forex Asia Terbaik - 2018.

Selepas sembilan tahun, bermula pada tahun 2010, Forex Awards telah menilai pencapaian terbaik di dalam industri Forex dan meraikan hasil, inovasi dan juga keputusan paling menonjol dikalangan hampir 30 pencalonan khas. Jawatankuasa pemilihan pemenang telah mengenal pasti dan mengetengahkan penemuan mereka kepada komuniti kewangan mengenai penyedia perkhidmatan broker bertaraf dunia dengan kualiti terbaik, dan seterusnya menyumbang kepada standard serta ketelusan industri yang lebih baik.

Kali ini, para penganalisis mengambil kira kejayaan NordFX dalam membangunkan dagangan RAMM paling terkini serta platform pelaburan dengan kawalan risiko, penambahbaikan penting dalam aspek program affiliate dua peringkat, dan juga usaha syarikat dalam mempromosikan perkhidmatannya di rantau Asia.

Harus diingat bahawa tahun lalu adalah tahun paling produktif bagi NordFX, sehinggakan komuniti profesional tidak mampu mengabaikannya. Hasilnya, untuk tahun 2018, syarikat ini telah dianugerahi hadiah dan anugerah berprestij dengan jumlah maksimum yang pernah dimenanginya, termasuklah Global Brands Awards, International Business Magazine Awards, Fxdailyinfo, Masterforex-V Academy dan International Association of Forex Traders IAFT.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.