Menjadi kebiasaan bagi syarikat broker NordFX untuk menyertai ekspo khusus bagi Forex, Pameran Dagangan 2019, yang telah diadakan di bandar terbesar dan juga ibu negara Thailand, Bangkok pada pertengahan Februari lalu.
Walaupun namanya sudah dikenali di pasaran Asia dan ditambah dengan servis dagangan matawang secara online yang mantap di pasaran Forex, kali ini para penganalisis NordFX membentangkan kesemua produk baru syarikat itu yang telah dilancarkan pada separuh kedua tahun 2018. Antaranya ialah:
- dagangan RAMM terkini dan platform dagangan dengan kawalan risiko automatik,
- dagangan bursa profesional dalam matawang kripto dan juga indeks kripto berasaskan platform MetaTrader 4 dan 5,
- instrumen dagangan CFD, termasuklaj kontrak minyak dan indeks saham utama global, seperti Dow Jones 30, S&P 500, DAX, NASDAQ-100 dan Nikkei 225,
- serta portfolio dan tujuan pelaburan saham bagi jenama global paling dipercayai dan menjanjikan keuntungan, termasuklah Apple, Microsoft, Alibaba, Amazon, MasterCard, Visa, Google, Facebook, PayPal, Boeing, Coca-Cola, McDonald’s dan banyak lagi, bukan saja ia memberi pulangan lumayan, malah perlindungan 100% terhadap modal pelabur.
“Lebih 2,000 orang menghadiri Pameran Dagangan tahun ini,” jelas Mr.Chai Pengurus Besar NordFX Thailand, "ia memberi peluang terbaik untuk kami berkomunikasi dengan pelanggan dan juga para pedagang yang baru saja ingin menyertai kami. Hal ini penting bukan saja untuk menghebahkan produk baru kami, tetapi kami juga dapat mendengar pendapat mereka, dengan itu hala tuju pembangunan syarikat yang seterusnya dapat dibuat.
Kami juga dapat mengukuhkan kerjasama sedia ada serta menjalin hubungan yang baru dan ianya menjadi salah satu faktor penting bagi mempromosikan servis NordFX bukan saja di Thailand, malah ke seluruh rantau Asia Tenggara.
Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah memilih kami dan mereka yang berhasrat menjadikan NordFX sebagai broker mereka. Saya pasti anda tidak akan kecewa dengan keputusan itu. Kami berjanji akan berusaha bukan saja 100, malah 150 atau mungkin 200 peratus untuk memenuhi segala keperluan anda!”
Kembali Kembali