Servis Dagangan Sosial, Program Affiliate, dan Dana Pelaburan NordFX Meraih Lebih Banyak Anugerah Pada 2019

Berdagang di pasaran kewangan kini lebih dinamik, manakala persaingan menjadi lebih sengit, menuntut broker-broker menyediakan kaedah penyelesaian luar biasa dan berinovatif dalam pelbagai cara. Menyedari perkara ini, sukacita dimaklumkan kesemua trend pembangunan utama syarikat Broker NordFX pada tahun 2019 telah menerima penarafan tertinggi oleh komuniti Forex dan juga kripto.

Pada penghujung tahun lalu, NordFX telah pun meraih:

  • "Broker Matawang Kripto Terbaik 2019" menurut portal Fxdailyinfo,
  • pemenang Anugerah IAFT dalam kategori "Broker Terbaik Asia 2019»,
  • pemenang kategori "Broker Terbaik Dunia" dan "Broker Terbaik Dunia Pilihan Pedagang" dari MasterForex-V Academy untuk tahun 2019, 
  • program usahasama dua peringkat NordFX yang mendapat pujian cemerlang pada Sidang Kemuncak Pengajian Kewangan Saigon.

Namun pengiktirafan yang diterima tidak berakhir di situ. Disebabkan oleh populariti serta keberkesanan program affiliate mereka, syarikat broker NordFX meraih anugerah utama Forex Awards iaitu Program Affiliate Terbaik untuk dua tahun berturut-turut.


 

Forex Awards adalah sekumpulan profesional dan ibu pejabat mereka terletak di Hong Kong. Sejak 2010, mereka mengkhususkan dalam analisis dan penilaian syarikat perniagaan, mengenal pasti kekuatan serta daya tarikannya. Mereka kerap memberikan rating, serta menentukan para pemenang dalam 30 kategori dengan mengambil kira pendapat para penganalisis serta komuniti dagangan. Justeru, satu lagi anugerah yang diterima NordFX dari Forex Awards untuk platform dagangan sosial terbaik adalah satu pengiktirafan besar hasil usaha broker dan ia amat penting dalam menentukan hala tuju bagi pedagang serta pelabur.

Antara servis syarikat ini yang agak baru dan ditawarkan kepada pelanggan mereka adalah Dana Pelaburan NordFX. Dana ini memberi peluang kepada para pelabur mengaut keuntungan besar dalam saham syarikat-syarikat gergasi dunia dengan modal yang berpatutan. Mengikut hasil pada tahun 2019, dana-dana ini telah memberi pulangan di antara 19.8% hingga 47.5% dalam dolar AS setiap tahun kepada para pelabur, ia adalah sepuluh kali ganda keuntungan berbanding perolehan daripada deposit bank.

Atas dasar hasil yang memberangsangkan serta pengurusan profesional ke atas aset-aset tersebut, NordFX sekali lagi diiktiraf, menjadi pemenang kategori Platform Pengurusan Akaun Terbaik mengikut keputusan undian di laman web AtoZ Markets Service Providers Awards untuk bulan Februari 2020. Perlu ditekankan bahawa maklum balas para pelawat portal ini yang hampir berjumlah 700,000 orang setiap tahun telah memainkan peranan penting mereka.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.