Keputusan Untuk Januari 2021: Pedagang NordFX Paling Berjaya Dibantu oleh Bitcoin dan Emas

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan pertama tahun 2021.

Untung paling maksimum untuk Januari telah diperoleh seorang pelanggan dari Vietnam, pemilik akaun No.1416xxx yang membawa pulang sebanyak USD83,598. Keputusan hebat ini dicapai terutamanya ke atas dagangan emas (XAU/USD) dan bitcoin (BTC/USD).

Tempat kedua bagi kedudukan pedagang bulanan paling berjaya dimiliki oleh pelanggan dari China, pemegang  akaun No.1416xxx. Keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak USD40,902 dan ia adalah hasil transaksi yang sama iaitu emas dan bitcoin, serta dagangan matawang yang agak eksotik bagi pedagang China iaitu rand Afrika Selatan (USD/ZAR).     

Tempat ketiga untuk bulan Januari adalah milik wakil dari India (No. akaun 1518xxx) yang mengaut untung sebanyak USD40,217 hasil transaksi ke atas dua pasangan matawang kripto, BTC/USD serta ETH/USD. Sedia maklum bahawa pedagang ini juga menduduki tangga ketiga bagi 3 TERATAS bulan Disember, dan jumlah keseluruhan untung yang diperoleh sepanjang dua bulan lalu adalah hampir USD 80 ribu.

Bagi pedagang yang hanya tertumpu pada pasangan matawang Forex, keuntungan tertinggi diperoleh warga Sri Lanka (nombor akaun 1528xxx) yang menerima USD33,684 untuk transaksi ke atas pound British - GBP/AUD, GBP/CAD dan GBP/USD.  

Bagi servis pelaburan pasif:

  • dalam CopyTrading untuk Januari, peningkatan terbesar sebanyak 382% telah ditunjukkan oleh isyarat sab aq4x, tapi nilai pengunduran maksimumnya lebih memberangsangkan, 74.15%. Namun KennyFXPRO telah menunjukkan pertumbuhan kecil tetapi stabil dengan pengunduran yang sederhana (bertumbuh 34.57% dengan pengunduran maksimum 12.30% pada Januari). Kami juga maklum dengan satu lagi isyarat yang kurang agresif - NordFX Pro (pertumbuhan 24.08%, pengunduran 11.31%);
  • dalam servis PAMM, pengurus Nacarino telah mencapai untung maksimum untuk bulan ini (naik 82.82%, turun 77.42%). Pengunduran minimum sebanyak 1% dengan kadar pertumbuhan 12.53% telah ditunjukkan oleh seorang pedagang dengan nama gelaran COPY CAT 01.

Dalam kalangan perkongsian IB, kedudukan 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • jumlah komisen paling besar, USD9,461 telah berjaya dikumpul pada bulan Januari oleh seorang rakan kongsi dari China, No. akaun 1336xxx;
  • seterusnya juga rakan kongsi dari China, nombor akaun 1175xxx yang memperoleh USD6,124;
  • dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Sri Lanka, No. akaun 1483xxx yang menerima untung sebanyak USD6,123 berjaya menduduki tiga tempat teratas.
Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.