Keputusan Mac 2021: Tiga Pedagang NordFX Paling Berjaya Memperoleh Lebih Daripada $100,000

 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mac. Jika sebelum ini pedagang dari China, India, Sri Lanka dan Vietnam bersaing sengit untuk menduduki tempat teratas, bulan lalu menyaksikan ketiga-tiganya menjadi milik wakil daripada China.

Keuntungan bulanan tertinggi sebanyak $66,377 yang diperoleh seorang pelanggan, pemilik akaun No. 1179XXX menjalankan dagangan paling banyak ke atas emas (XAU/USD) dan juga bitcoin (BTC/USD).

Kedudukan kedua dalam rating pedagang paling berjaya dimiliki pemegang akaun No.1545XXX yang memperoleh $26,142 di atas dagangan matawang kripto utama.

Akhir sekali di tempat ketiga, pedagang yang memegang akaun No.1530XXX dengan keuntungan sebanyak $16,977 telah menjadikan pasangan XAU/USD serta GBP/USD sebagai instrumen dagangan utamanya.

Khidmat pelaburan pasif pula:

  • dalam CopyTrading, peningkatan terbesar sebanyak 507% pada bulan Mac telah dicapai oleh isyarat VN.NO1, walau bagaimanapun pengunduran maksimumnya agak hebat, 63.35%. Untuk kategori “pertengahan”, isyarat RED DOG mengunggulinya: keuntungan sebanyak 34.86% dengan 23.25% pengunduran. Akhir sekali, dalam kalangan isyarat paling tidak agresif, Follow Trend telah menarik perhatian kami, menunjukkan pertumbuhan terbaik sebanyak 15.25% pada bulan Mac dengan pengunduran hanya sebanyak 4.18%.
  • dalam servis PAMM, pengurus dengan nama gelaran GoodCandles5000 perlu diberi perhatian: pertumbuhan bulanan akaun tersebut adalah 26.77%, pengunduran maksimum yang diperoleh pula adalah 9.88%.

Dalam kalangan perkongsian IB, kedudukan 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

komisen terbesar sebanyak $12,878 telah berjaya dikumpul seorang rakan kongsi dari Sri Lanka, pemilik akaun No.1483xxx;

  • seterusnya adalah rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1527xxx yang menerima untung sebanyak $6,593;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1491xxx yang memperoleh keuntungan sebanyak $4,855 berjaya menduduki tempat ketiga.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.