NordFX Menyimpulkan Keputusan bulan April: 3 TERATAS Pedagang dan Perkongsian IB Paling Berjaya

 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan April 2021. Penilaian dibuat terhadao perkhidmatan dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh perkongsian IB syarikat berkenaan.

Untung paling maksimum untuk bulan April diperoleh seorang pelanggan dari Malaysia, pemilik akaun No. 1208XXX yang mendapat sebanyak USD 20,590. Jika sebelum ini pedagang NordFX secara kebiasaannya mendapat keuntungan daripada transaksi bitcoin apabila berdagang matawang kripto, kini satu lagi coin muncul hasil daripada hardfork Bitcoin Cash iaitu Bitcoin SV yang sudah memasuki pasaran. Selain daripada pasangan BSV/USD, transaksi ke atas altcoin Dash (DSH/USD) turut membantu pedagang dari Malaysia itu menduduki tampuk utama. Hal ini menggambarkan trend yang berlaku baru-baru ini, apabila transaksi ke atas sesetengah altcoin adalah lebih menguntungkan berbanding transaksi terhadap matawang kripto utama.

Tempat kedua pula dimiliki seorang pedagang dari Thailand, pemegang akaun No. 2009XXX dengan jumlah pendapatan sebanyak USD 18,788, hasil dagangan ke atas CAD/JPY dan EUR/GBP.

Pedagang dari China, pemilik akaun No. 1286XXX juga berdagang dolar Kanada serta pound British, dan beliau menduduki tempat ketiga. Keuntungan sebanyak USD 16,523 yang diperoleh kebanyakannya hasil dagangan pasangan USD/CAD dan GBP/USD.

CopyTrading menjadi peneraju dalam dagangan pasif, ia dipaparkan oleh isyarat dari NVI Venture Capital yang menunjukkan hasil sebanyak 193% dalam masa seminggu terakhir bulan April dengan pengunduran maksimum sebanyak 41.5%. Sudah pasti, keputusan ini sesuatu yang hebat. Walau bagaimanapun, ia memiliki gaya dagangan yang agak agresif, justeru mereka yang melanggan tidak harus lupa mengenai pengurusan risiko.

Dalam kalangan perkongsian IB, kedudukan 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbesar berjumlah USD 11,714 telah berjaya dikumpul seorang rakan kongsi dari Sri Lanka, pemilik akaun No.1483xxx;
  • seterusnya adalah rakan kongsi dari Vietnam, pemilik akaun No.1401xxx yang memperoleh untung sebanyak $6,339;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1527xxx yang mendapat keuntungan sebanyak $5,762 berjaya menduduki tempat ketiga.

Bagi menyimpulkan keputusan bulan lalu, kami ingin mengingatkan para pedagang bahawa terdapat satu lagi peluang untuk mereka mendapatkan keuntungan. Bermula pada bulan April, cabutan bertuah berjumlah $100,000 telah dilancarkan, dan setiap satu daripada 100 hadiah tunai yang ditawarkan dengan nilai $500, $1,000, $2,500 serta hadiah utama bernilai $20,000 akan dicabut dari kalangan pelanggan NordFX.

Sangat mudah untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini dan berpeluang cerah untuk memenangi salah satu daripada hadiah yang ditawarkan. Semua butiran mengenainya boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.