Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Jun 2021. Pulangan yang diperoleh menerusi servis dagangan sosial, CopyTrading dan PAMM, serta syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.
Dengan margin yang besar, keputusan terbaik bulan ini telah ditunjukkan oleh seorang pelanggan dari India, pemilik akaun No. 1566XXX, dengan pulangan sebanyak USD329,320 yang diperoleh daripada sejumlah besar transaksi ke atas pelbagai pasangan matawang: GBP/USD, EUR/AUD, EUR/GBP, EUR/NZD, GBP/CHF, dll.
Tempat kedua bagi pedagang paling berjaya adalah seorang pelanggan NordFX dari Vietnam, pemilik akaun No.1416XXX yang menggunakan beberapa instrumen paling popular, bitcoin (BTC/USD) dan emas (XAU/USD) dan menjana pulangan sebanyak USD74,865. Sedia maklum bahawa keuntungan yang diperoleh pedagang ini untuk bulan Mei juga amat menakjubkan, sebanyak USD53,207.
Tempat ketiga dalam kedudukan 3 TERATAS adalah milik pedagang dari China (akaun No.1397XXX) dengan pulangan sebanyak USD41,862 yang diperoleh menerusi operasi dagangan ke atas pound British (pasangan GBP/USD serta GBP/JPY).
Dalam servis CopyTrading, akaun Fire_1 yang agak baru dalam kalangan penyedia isyarat boleh diberi perhatian. Ia baru saja dihasilkan selama sebulan, dan pulangan yang ditunjukkan sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 414% dengan pengunduran maksimum sebanyak 55%.
Bagi pelabur yang menggemari isyarat kurang agresif serta dagangan kurang berisiko bolehlah memberi tumpuan pada akaun PAMM KennyFXPRO-The_Multi_3000_EA. Ia telah berjalan selama 160 hari dan menunjukkan peningkatan sebanyak 28% di sepanjang masa itu dengan pengunduran kurang daripada 15%. Sememangnya keuntungan yang diberikan tidak begitu tinggi, tapi ia sudah pasti lebih tinggi daripada faedah ke atas deposit bank.
Komisen bagi perkongsian IB NordFX pada bulan Jun adalah seperti berikut:
- komisen paling banyak, USD32,079 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1504ХXХ;
- seterusnya adalah rakan kongsi dari Vietnam, pemilik akaun No.1401ХХХ yang menerima komisen sebanyak USD7,959;
- dan akhir sekali, rakan kongsi dari China, pemilik akaun No. 1522ХХХ yang menerima ganjaran sebanyak USD5,899 berjaya menduduki tempat ketiga.
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali