Pedagang NordFX Memperoleh Lebih USD 5.5 Juta pada bulan Julai

 

Syarikat broke NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Julai.

Keputusan paling menakjubkan telah ditunjukkan oleh seorang pedagang dari India, pemilik akaun No.1566XXX yang mendapat durian runtuh sebanyak USD 5,114,045. Namun ia tidah terhenti di situ, setengah juta dolar, atau lebih kurang USD 463,953 telah berjaya diperoleh hasil daripada akaun keduanya bersama dengan NordFX. Justeru, untung keseluruhan yang diperoleh pelanggan ini dalam tempoh hanya sebulan adalah berjumlah USD 5,577,998 dan kebanyakannya adalah hasil daripada transaksi ke atas pasangan pound British (GBP/USD, GBP/JPY, GBP/CHF), Euro (EUR/USD, EUR/NZD) serta beberapa lagi matawang lain.

Matawang pound turut membantu seorang lagi pedagang India (pemilik akaun No.1569XXX) yang berada di tempat kedua dengan pulangan sebanyak USD 318,398 dan secara ringkasnya menggunakan pasagan Forex sama sebagai instrumen dagangan.

Matawang British mungkin adalah matawang paling hit bulan ini kerana seorang pelanggan dari China, (pemilik akaun No.1397XXX) yang berada di tempat ketiga dengan untung sebanyak USD 179,327 berjaya menduduki podium hasil transaksinya ke atas pasangan GBP/USD dan GBP/JPY.

Bagi servis pelaburan pasif pula:

  • Untuk CopyTrading bulan Julai, peningkatan terbesar sebanyak 164% telah ditunjukkan oleh isyarat dengan gelaran tempat pertama: BangBigBossTop1. Jika anda lihat pada sejarah isyarat ini, anda akan mendapati ia tidak memberi pulangan pada bulan Mei iaitu bulan pertama kemunculannya, dan kemudian keadaan isyarat itu mula bertambah baik dan menunjukkan peningkatan sebanyak 398% sepanjang musim panas dua bulan berikutnya. Dalam masa yang sama, pengunduran maksimum yang dilalui akaun tersebut mencecah 55%, ini menunjukkan ia adalah isyarat yang memberi pulangan serta risiko yang tinggi.

Isyarat EAs for Life juga menarik perhatian, menunjukkan hasil sebanyak 1207% sejak November 2020. Selama sembilan bulan ia dihasilkan, isyarat ini telah memberi pulangan stabil untuk lapan bulan. Walau bagaimanapun, bulan Mei menjadi bulan yang agak teruk, pengundurannya mencecah 75% dan ia boleh diklasifikasikan sebagai isyarat berisiko tinggi. Bagi pelabur yang lebih gemarkan pulangan kecil dan stabil dengan risiko minimum bolehlah memberi tumpuan pada isyarat COEX.Investments-Treis3: pulangan kira-kira 5.5% diperoleh untuk bulan Julai dengan pengunduran maksimum hanya sebanyak 1%. Setakat ini hanya terdapat satu saja kekurangannya: ia satu isyarat baru dan hanya wujud sejak 5 Jun, 2021.

  • servis PAMM juga menawarkan banyak pilihan bagi mereka yang lebih menggemari risiko rendah dan sederhana. Contohnya, pengurus dengan nama panggilan KennyFXPRO-The Multi 3000 EA telah menambah modalnya sebanyak 34% sejak bulan Januari 2021 (5.3% pada bulan Julai) dengan pengunduran kurang daripada 15%. Manakala modal yang berjaya diperoleh pihak pengurusan TranquilityFX-The Genesis v3 dalam tempoh empat bulan adalah 18.4% dengan pengunduran maksimumnya kurang daripada 10%.

Dalam kalangan perkongsian NordFX IB, kedudukan 3 TERATAS diungguli oleh wakil dari India (pemilik akaun No.1504XXX) yang memperoleh komisen sebanyak USD 58,960.

Rakannya dari Timur Tengah (pemilik akaun No.1569XXX) di tangga kedua, memperoleh USD 10,405.

Tempat ketiga milik rakan kongsi dari Vietnam (pemilik akaun No. 1551XXX) dengan pulangan sebanyak USD 8,053.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.