Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mac 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.
Pedagang dari Asia Tenggara dan juga Asia Tengah menggondol ketiga-tiga tempat di podium untuk bulan Mac.
- Keuntungan bulanan tertinggi sebanyak USD 128,026 telah diperoleh seorang pedagang, pemilik akaun No.1620XXX yang menjalankan kebanyakan transaksi dengan emas (XAU/USD). Sila maklum bahawa pedagang ini bukanlah muka baru dalam rating kami. Beliau menduduki tempat kedua pada bulan Februari dengan keuntungan sebanyak USD 22,046.
- Untuk kali ini, tempat kedua dimenangi oleh pemilik akaun No.1403XXX yang menerima USD 70,910 untuk transaksi ke atas pasangan BTC/USD, XAU/USD serta USD/CAD.
- Akhir sekali, tempat ketiga menjadi milik pedagang dengan akaun No.1594XXX yang memperoleh untung sebanyak USD 17,791, instrumen utama dagangannya adalah emas (XAU/USD).
Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:
- Penyedia dengan nama gelaran KennyFxPro masih lagi aktif dalam CopyTrading. Isyarat dengan nama rumit KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 telah menunjukkan pulangan sebanyak 225% sejak bulan Mac 2021 dengan penyusutan maksimum sebanyak 67%. Mereka menambah nilai modalnya hampir 31% untuk bulan Mac saja. Seperti sebelum ini, hampir semua dagangannya dibuat menggunakan pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD. Pasangan terkenal seperti EUR/USD hanya membentuk 0.21% daripada portfolio mereka. Satu lagi isyarat daripada penyedia yang sama, KennyFXPRO-Prismo 2K telah dilancarkan dua bulan selepas isyarat yang pertama, dan pulangan yang diberikan sedikit rendah - 112%, tetapi kadar penyusutannya juga rendah - kira-kira 45%.
- Peneraju dalam servis PAMM juga tidak berubah sejak bulan lalu. Di sini, kami sekali lagi menumpukan kepada pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Memang benar, dagangan mereka dalam akaun PAMM adalah kurang agresif berbanding di CopyTrading. Mereka menambah jumlah modal dalam akaun KennyFXPro-the Multi 3000 EA sebanyak 92% dalam masa 432 hari dengan penyusutan yang agak sederhana, kurang daripada 21%. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 menunjukkan keuntungan sebanyak 67% dalam masa 330 hari dengan kadar penyusutan maksimum yang hampir sama kurang daripada 21%, manakala NKFX-Ninja 136 yang menjana 54% pulangan sejak 11 Jun, 2021 dengan kadar penyusutan sama kurang daripada 21 % juga berada dalam kelompok teratas. Pasangan EUR/USD masih tidak menyerlah sebagai instrumen dagangan di sini. Majoriti transaksi dibuat menggunakan NZD/USD, AUD/CAD dan AUD/NZD. Perlu diingat juga kadar penyusutan maksimum untuk bulan Mac adalah sedikit naik: ketiga-tiga akaun menunjukkan kenaikan kira-kira 5%.
Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, wakil dari Asia Tenggara dan Asia Tengah juga turut berada dalam 3 TEMPAT TERATAS:
- komisen terbesar sebanyak USD 8,952 telah berjaya dikumpul seorang rakan kongsi dengan akaun No.1336XXX yang naik ke tempat pertama dari tempat ketiga dalam masa sebulan dan kini menerajui rating;
- seterusnya adalah rakan kongsi (pemilik akaun No.1229ХХХ) yang menerima USD 3,881;
- dan akhir sekali, rakan kongsi dengan akaun No. 1336xxx yang menerima untung sebanyak USD 2,864 menduduki tempat ketiga.
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali