Penganugerahan Kali Kedua Anugerah Perniagaan Cemerlang oleh Konfederasi Perniagaan Sedunia buat NordFX

 

Untuk kali kedua, NordFX telah dianugerahkan dengan BIZZ AWARDS, anugerah tahunan yang diberi kepada syarikat-syarikat yang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan mereka oleh pihak Konfederasi Perniagaan Sedunia.

Konfederasi Perniagaan Sedunia (World Confederation of Businesses atau WORLDCOB) telah memainkan peranan penting selama lebih daripada 15 tahun sebagai sebuah organisasi perniagaan antarabangsa dalam mempromosikan pembangunan perniagaan di lebih 130 buah negara dan mengiktiraf usaha para usahawan serta perniagaan dengan BIZZ AWARDS. NordFX telah menerima anugerah itu buat pertama kalinya pada tahun 2020, dan kini, satu lagi kejayaan diperolehinya.

“Bagi pihak Konfederasi Perniagaan Sedunia,” Jesus Moran, presiden organisasi itu dalam surat yang ditulisnya, “kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada NORDFX dan semua yang terlibat kerana dipilih sebagai pemenang anugerah kecemerlangan perniagaan yang penting ini.

Syarikat anda telah dipilih kerana sering berada pada tahap yang lebih tinggi secara konsisten dalam penilaian kriteria seperti yang dinyatakan dalam Soal Selidik Perniagaan Cemerlang kami: Kepemimpinan Perniagaan, Kualiti Produk dan Servis, Sistem Pengurusan, Inovasi dan Kreativiti, Tanggungjawab Sosial Korporat, dan Pencapainan. Atas sebab ini, sekali lagi kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah untuk pencapaian cemerlang ini. WORLDCOB berharap syarikat anda akan terus menunjukkan kecemerlangan ini pada masa hadapan."

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.