Keputusan Bulan Jun: Rakan Kongsi dan Pedagang Paling Prolifik NordFX Memperoleh USD 24,000 Setiap Seorang

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Jun 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Pulangan terbanyak untuk bulan Jun telah diterima oleh seorang pelanggan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1620XXX yang memperoleh untung sebanyak USD 24,665. Keputusan memberangsangkan ini dicapai menerusi dagangan ke atas emas (XAU/USD).

Tempat kedua dalam rating pedagang paling berjaya bulan ini dimiliki oleh rakan senegara beliau, pemilik akaun No. 1552XXX yang memperoleh USD 11,405 untuk transaksi ke atas pasangan mata wang USD/JPY.

Tempat ketiga podium untuk bulan Jun menjadi milik seorang wakil dari Asia Timur (pemilik akaun No. 1440XXX) dengan pulangan sebanyak USD 10,904 yang juga diperoleh menerusi transaksi ke atas emas (XAU/USD).

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • untuk CopyTrading, isyarat “veteran” KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 sekali lagi menunjukkan prestasi ketara dengan kadar keuntungan sebanyak 345% bagi tempoh sejak Mac 2021 dengan penyusutan maksimum kira-kira 67%. Dalam masa yang sama, harus sedia maklum bahawa penyusutan ini sudah agak lama ianya berlaku, pada pertengahan bulan Oktober 2021. Isyarat lain daripada penyedia ini termasuk juga KennyFXPRO - Prismo 2K (sepanjang 422 hari dihasilkan, kadar keuntungannya adalah sebanyak 157% dengan penyusutan lebih sedikit daripada 45%) dan juga KennyFXPRO - The Cannon Ball. Isyarat ini membuat kemunculannya dalam senarai CopyTrading pada 90 hari yang lalu, gaya dagangannya tidak begitu agresif, kadar keuntungan sederhana, kira-kira 25%, tetapi penyusutan yang dialami adalah kurang daripada 7%. Pasangan mata wang yang digemarinya masih lagi sama: AUD/NZD (58%), NZD/CAD (36%) and AUD/CAD (16%).
    Terdapat beberapa isyarat menarik dalam kalangan penyedia baru yang membuat kemunculan baru-baru ini. Kami senaraikan beberapa daripadanya: TraderViet9999 (kadar keuntungan 39% / penyusutan maksimum 7% / jangka hayat 15), Ăn ít no lâu dài (34%/11%/49), BSTAR (46%/14%/132), Tịnh Tâm -CN88 (65%/20%/10). JFX TRADING - GOLD SIGNAL (76%/23%/16), Tịnh Tâm- CN88 (64%/20%/10). Isyarat-isyarat ini telah menunjukkan hasil yang agak memberangsangkan. Namun, perlu difahami bahawa keputusan sebegitu dicapai menerusi dagangan yang sangat agresif. Justeru, jika ada pedagang yang ingin melangganinya, sila pastikan anda mengambil kira tentang risiko. Dalam hal ini, salah satu daripada faktor utamanya adalah jangka hayat isyarat-isyarat ini adalah sangat pendek.
  • Kedudukan 3 TERATAS untuk servis PAMM tidak berubah sepanjang bulan lalu. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Mereka telah menambah jumlah modal yang ada sebanyak 118% sepanjang 521 hari menguruskan akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA. Disamping itu, kedudukan yang lain juga masih lagi sama: akaun TranquilityFX-The Genesis v3 menunjukkan pulangan sebanyak 89% dalam masa 453 hari, manakala akaun NKFX-Ninja 136 pula menunjukkan pulangan sebanyak 76% sejak 11 Jun, 2021.
    Terdapat dua lagi akaun yang menarik perhatian kami. Akaun pertama, COEX.Investment – Treis, telah menunjukkan pulangan sebanyak 39% sejak 31 Oktober, 2021. Akaun kedua, Ultimate.Duo-Safe Haven pula membuat kemunculan baru-baru ini, pada hujung bulan Februari. Ia telah memberi pulangan kira-kira 29% dalam tempoh itu. Penyusutan maksimum bagi kelima-lima akaun yang disenaraikan ini adalah agak sederhana, kira-kira 20%.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen paling banyak untuk bulan Jun, berjumlah USD 24,700 telah dikreditkan ke dalam akaun No. 1371XXX milik seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara;
  • seterusnya adalah rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1259XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 4,981;
  • dan akhir sekali, menutup tempat tiga teratas adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1565ХХХ yang memperoleh pulangan sebanyak USD 4,930.

 

Notis: Material ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.