Julai 2022: Pulangan 3 Pedagang TERATAS NordFX Melebihi $105,000

 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Julai 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Keuntungan paling tinggi untuk bulan Julai telah diperoleh seorang pelanggan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1627XXX. Pedagang ini berjaya memperolehi USD 47,976 untuk transaksi pasangan mata wang GBP/JPY.

Tempat kedua dalam senarai pedagang paling berjaya ini adalah milik pedagang senegaranya, pemilik akaun No. 1633XXX yang memperoleh USD 31,652. Keputusan memberangsangkan ini dicapai menerusi dagangan ke atas emas (XAU/USD).

Tempat ketiga podium untuk bulan Julai juga adalah milik wakil dari Asia Tenggara (pemilik akaun No. 1397XXX) dengan jumlah pulangan sebanyak USD 25,652. Selain daripada transaksi terhadap bitcoin (BTC/USD) dan emas (XAU/USD), dagangan ke atas ethereum (ETH/USD) muncul buat pertama kalinya dalam 3 TEMPAT TERATAS.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Dalam CopyTrading, isyarat “veteran” KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 sekali lagi mencuri perhatian: isyarat ini telah menunjukkan kadar pulangan sebanyak 374% sejak bulan Mac 2021 dengan penyusutan maksimum kira-kira 67%. Dalam masa yang sama, harus sedia maklum bahawa penurunan ini sudah agak lama ianya berlaku, pada pertengahan bulan Oktober 2021, dan pedagang telah menaikkan kadar leveraj mereka kepada 1:337 untuk keluar daripada situasi itu. Kemudian, tiada penurunan yang sama dapat dilihat, dan kadar leverajnya tidak melebihi 1:40.

    Jika anda memilih untuk melanggan isyarat ini, kami menasihatkan agar membaca cadangan-cadangan yang diberi oleh penciptanya. Ia mengandungi banyak maklumat menarik serta menjelaskan maksud nama isyarat "of $205 to $5,000".

    Isyarat lain daripada penyedia ini termasuklah KennyFXPRO - Prismo 2K (kadar keuntungannya adalah sebanyak 178% sepanjang 453 hari dihasilkan dengan kadar susut tidak lebih daripada 45%, berlaku pada waktu yang sama, pada Oktober 2021). Isyarat ketiga daripada penyedia sama, KennyFXPRO - The Cannon Ball muncul dalam senarai CopyTrading sejak 121 hari lalu, kadar keuntungan adalah sederhana, kira-kira 33%, namun kadar susutnya adalah kurang daripada 7%.

    Bulan ini adalah bulan kedua berturut-turut kami membincangkan tentang isyarat BSTAR dalam khidmat CopyTrading (kadar untung 48% / penyusutan maksimum 14% / jangka hayat 163 hari). Bagi syarikat startup, terdapat beberapa isyarat yang membuat kemunculan baru-baru ini. Kami hanya tumpukan pada satu: PT_Bot Scalping (26%/3%/29).
  • Kedudukan 3 TERATAS dalam servis PAMM tidak berubah sepanjang bulan lalu. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Jumlah modal dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA miliknya telah bertambah sebanyak 127% dalam masa 552 hari. Tiga tempat teratas juga termasuklah: akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang menunjukkan keuntungan sebanyak 96% dalam masa 483 hari, serta akaun NKFX-Ninja 136 yang memberi pulangan sebanyak 82% sejak 11 Jun, 2021. Ketiga-tiga isyarat ini mempunyai kadar penyusutan maksimum yang sederhana iaitu kira-kira 21%. Terdapat satu lagi akaun yang menarik perhatian, COEX.Investment - Treis yang menunjukkan pulangan sebanyak 47% dalam masa 272 hari dengan kadar penyusutan kurang daripada 20%.

Komisen bagi 3 TEMPAT TERATAS Perkongsian IB NordFX untuk bulan Julai adalah seperti berikut:

  • komisen terbanyak, USD 10,388 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara, pemilik akaun No.1371ХXХ;
  • tempat kedua adalah milik rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1507XXX yang menerima USD 8,953;
  • dan akhir sekali, seorang lagi rakan kongsi dari Asia Tenggara telah menduduki 3 TEMPAT TERATAS, pemilik akaun No. 1630ХХХ yang menerima pulangan sebanyak USD 4,057.

 

Notis: Material ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.