Keputusan November 2022: Bulan yang Sukar Buat Pedagang Forex

 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan November 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Keuntungan maksimum untuk bulan ini telah diperoleh seorang pelanggan dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1652XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 24,789. Hasil memberangsangkan ini diperoleh menerusi dagangan terutama sekali ke atas pasangan emas (XAU/USD), pound British (GBP/USD), dan euro (EUR/USD).
  • Emas juga telah membantu rakan senegaranya, pemilik akaun No. 1638XXX yang menduduki tempat kedua dengan hasil sebanyak USD 19,260.
  • Tempat ketiga menjadi milik pemegang akaun No. 1664XXX dari Asia Tenggara. Dengan menggunakan pelbagai jenis instrumen dagangan (GBP/NZD, EUR/JPY, EUR/NZD, dll.), pedagang ini telah berjaya mendapatkan pulangan sebanyak USD 15,597.

Khidmat pelaburan pasif:

  • Isyarat “veteran” KennyFXPRO - Prismo 2K terus menunjukkan pertumbuhan dalam CopyTrading. Kadar pulangannya adalah sebanyak 277% dalam masa 576 hari, namun penyusutan maksimumnya hampir mencecah 67% pada bulan November. Penyedia isyarat ini terpaksa menaikkan kadar leveraj mereka kepada 1:200 buat pertama kalinya untuk keluar dari situasi itu. Indikator bagi isyarat kedua oleh penyedia yang sama, ­­KennyFXPro - The Cannon Ball adalah seperti berikut: dalam masa 244 hari ia terhasil, kadar untungnya adalah sebanyak 79%. Dalam masa yang sama, pelanggan isyarat ini terhindar daripada berhadapan tekanan: kadar leverajnya tidak lebih daripada 1:43, manakala penyusutan maksimumnya kekal pada paras yang sama, kurang daripada 13%.
    Antara isyarat oleh penyedia startup termasuklah Jhunjhunu (kadar untung 547%/penysutan maksimum 61%/jangka hayat 55 hari). Seperti biasa, dalam hal ini kami mengingatkan bahawa sudah tentunya kadar keuntungan seperti itu nampak sangat menarik, namun para pelanggan harus mengambil kira faktor-faktor risiko seperti penyusutan dan juga jangka hayatnya.
  • Walau bagaimanapun, seperti yang telah berlaku, kombinasi antara jangka hayat panjang dan juga prestasi dagangan yang baik belum tentu menjamin masa depan yang cerah. Oleh itu, dua akaun utama dalam servis PAMM telah mengalami kerugian ketara untuk bulan November.
    Akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA telah wujud sejak bulan Januari 2021, dan kadar penyusutan maksimumnya tidak pernah melebihi 20% sehinggalah baru-baru ini. Namun situasi yang berlaku menjadi lebih sulit pada bulan lalu apabila kadar penyusutannya melebihi 42%, dan pengurus akaun tersebut telah mengambil keputusan untuk menutup posisi yang rugi. Akibatnya, kadar untung mereka jatuh daripada 170% kepada 70% dan kembali ke kedudukan pada awal tahun 2022. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 juga berhadapan dengan situasi yang agak sama: kadar susutnya juga bertambah dua kali ganda, manakala kadar untungnya jatuh daripada 130% kepada 44%.
    Jelaslah bahawa menutup order yang rugi adalah satu keputusan sukar yang perlu diambil oleh pengurus PAMM, dan ia perlu dilakukan bagi menyelamatkan sebahagian daripada modal mereka. Mungkin, jika mereka mengambil tindakan yang sama seperti akaun KennyFXPRO - Prismo 2K dalam CopyTrading, mereka dapat mengelak daripada rugi, namun risiko untuk deposit mereka menjadi benar-benar kosong akan bertambah berganda-ganda. Dalam masa yang sama, perlu diingat bahawa kadar pulangan bagi kedua-dua akaun ini adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah ke atas deposit bank walaupun dengan kerugian yang dialami pada bulan November.

Dalam kalangan PERKONGSIAN IB NordFX, 3 TEMPAT TERATAS adalah seperti berikut:

  • komisen terbanyak telah berjaya dikumpul oleh seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1645XXX untuk bulan kedua berturut-turut. Kali ini sebanyak USD 4,924;
  • tempat kedua menjadi milik rakan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1660XXX yang memperoleh USD 4,173 untuk bulan November;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1618ХХХ yang memperoleh ganjaran sebanyak USD 3,742 menduduki tempat ketiga.

***

Perhatian! Undian bagi Cabutan Bertuah Tahun Baru NordFX akan berlangsung sebulan lagi, pada 4 Januari, 2023 yang menawarkan pelbagai hadiah tunai antara USD 250 hinggalah USD 10,000 kepada para pelanggan syarikat itu.

Masih ada masa lagi untuk anda turut serta dan berpeluang memenangi salah satu atau lebih daripada hadiah yang ditawarkan. Butiran lanjut boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Berdagang di pasaran kewangan adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.