Tiada pedagang yang boleh menjalankan dagangan secara online di pasaran kewangan tanpa menggunakan Kabinet Pedagang. Ini adalah sesuatu yang wajib digunakan sama seperti terminal dagangan. Kabinet Pedagang broker NordFX memiliki bermacam-macam fungsi serta memberikan para pemiliknya pelbagai peluang untuk mendapatkan keuntungan tambahan. Bagi memudahkan proses penyesuaian diri dengan Kabinet Pedagang, satu Panduan Pengguna khas telah pun dihasilkan.
Selain daripada itu, anda juga boleh menemui bermacam-macam artikel di bahagian Artikel Berguna yang mengandungi maklumat menyeluruh tentang semua aspek dagangan: daripada rujukan lampau dan penjelasan mengenai Forex sehinggalah arahan terperinci tentang cara membuka akaun bersama NordFX dengan betul. Strategi-strategi, instrumen dagangan, pasangan mata wang, CFD, PAMM, Copy Trading, spread, swap, indikator, analisis, dan kalendar: artikel-artikel berkenaan semua itu dan banyak lagi maklumat penting boleh ditemui di bahagian ini yang sering dikemaskini dengan material-material terkini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan yang ingin anda lihat penjelasan tentangnya di bahagian ini, sila hantarkannya ke Khidmaat Bantuan NordFX, kami akan cuba sedaya-upaya untuk merealisasikannya3.
Kembali Kembali