Emas dan Yen Adalah Instrumen Paling Menguntungkan Buat Pedagang Terbaik NordFX untuk Bulan Januari

 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Januari 2023. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Keputusan terbaik dalam kalangan pedagang untuk bulan Januari telah menjadi milik pelanggan dari Asia Barat (pemilik akaun #1644XXX) dengan pulangan sebanyak USD 71,280 dan kebanyakannya diperoleh hasil transaksi ke atas emas (XAU/USD) dan yen Jepun (USD/JPY).
  • Tempat kedua dalam kalangan tiga teratas pelanggan terbaik NordFX adalah seorang pelanggan dari Asia Timur, pemilik akaun No.1543XXX yang untung sebanyak USD 19,983. Selain daripada emas (XAU/USD) dan yen (USD/JPY), instrumen yang menjadi pilihan beliau adalah pasangan eksotik iaitu USD/ZAR (dolar Amerika/rand Afrika Selatan),
  • Akhir sekali, seorang lagi wakil dari rantau Asia Barat (pemilik akaun No. 1672XXX) menduduki tempat ketiga podium untuk bulan Januari dengan pulangan sebanyak USD 17,059. Selain daripada emas (XAU/USD) dan yen Jepun (USD/JPY), mata wang Kesatuan Eropah (EUR/USD) juga antara instrumen dagangan beliau.

Khidmat pelaburan pasif:

  • Untuk CopyTrading, isyarat “veteran” - KennyFXPRO - Prismo 2K terus menambah lebih banyak keuntungan. Pulangannya naik kepada 307% dalam masa 637 hari. Namun dengan kadar kestabilan yang relatif, harus diingat bahawa dagangan penyedia ini menunjukkan prestasi yang sangat teruk pada November lalu apabila penyusutan maksimum isyarat ini hampir mencecah 67%. Bull trader adalah satu lagi isyarat yang menarik. Benar, usianya tidaklah begitu lama, baru 183 hari dihasilkan. Ia telah menambah jumlah deposit sebanyak 183% sepanjang tempoh itu, sejak 25 Julai, 2022, dan penyusutan maksimumnya pula tidak lebih daripada 23%.
    Peminat dagangan algoritma boleh meneliti isyarat ATFOREXACADEMY ALGO 1 yang dihasilkan penyedia startup. Isyarat ini telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 93% dalam masa hanya 41 hari, namun begitu penyusutan maksimumnya juga agak tinggi, 38%. Seperti biasa, agak wajar di sini untuk mengingati bahawa selain daripada jangka hayat yang pendek, dagangan secara agresif juga menjadi faktor yang sangat berisiko, meningkatkan lagi kadar risiko. Maka, kami tegaskan supaya mengambil langkah yang lebih berhati-hati semasa bekerja di pasaran kewangan.
  • Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada realiti yang berlaku, jangka hayat panjang serta prestasi dagangan lampau yang baik bukanlah jaminan untuk tidak berdepan dengan kerugian. Dua akaun terkenal dalam servis PAMM mengalami kerugian besar pada bulan November lalu.
    Akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA telah wujud sejak Januari 2021, dan penyusutan maksimumnya sudah lama tidak melebihi 20%. Namun, situasi yang dihadapinya menjadi lebih rumit pada pertengahan November 2022, apabila kadar penyusutannya melebihi 42%, dan pengurus akaun ini mengambil keputusan untuk menutup posisi yang tidak menguntungkan. Akibatnya, kadar keuntungannya jatuh daripada 170% kepada 70%. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 berdepan situasi yang agak sama: penyusutan maksimumnya juga naik berganda, sementara kadar keuntungan jatuh daripada 130% kepada 44%. Sila maklum bahawa pujian harus diberi kepada kedua-dua pengurusnya kerana menghalang deposit daripada benar-benar menjadi kosong, dan sekarang mereka sekali lagi memulakan langkah baru, tetapi dengan berhati-hati. Hasil untuk isyarat pertama naik kepada 80% pada 31 Januari, 2023, manakala hasil isyarat kedua pula adalah 50%.

Dalam kalangan Perkongsian IB NordFX, 3 TEMPAT TERATAS adalah seperti berikut:

  • komisen terbanyak iaitu USD 8,141 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1618ХXХ;
  • tempat kedua menjadi milik rakan kongsi dari Asia Tenggara (pemilik akaun No. 1656XXX) yang menerima USD 6,196 pada bulan lalu;
  • dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Asia Barat (pemilik akaun No. 1645XXX) menduduki tempat ketiga, menerima komisen sebanyak USD 4,526 untuk bulan Januari.

 

Notice: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Berdagang di pasaran kewangan adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.