Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mac 2023. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.
- Keuntungan bulanan maksimum sebanyak USD 38,150 telah menjadi milik seorang pelanggan dari Asia Timur, pemilik akaun No. 286XX untuk transaksi USD/CHF, USD/CAD dan USD/JPY.
- Pada kali ini, tempat kedua menjadi milik rakan senegara mereka, pemilik akaun No. 1505XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 26,955 untuk dagangan pasangan USD/JPY.
- Akhir sekali, seorang pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 9605XXX menduduki tempat ketiga dengan pulangan sebanyak USD 18,347 hasil dagangan yang menggunakan GBP/JPY sebagai instrumen utama mereka.
Keputusan untuk khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:
- Isyarat veteran KennyFXPRO - Prismo 2K masih lagi menggembirakan para pengguna khidmat CopyTrading. Pulangan isyarat itu meningkat kepada 355% dalam masa 697 hari. Jika diingat walaupun keputusan yang diberikan oleh isyarat ini dilihat agak stabil, ia pernah mengalami kerugian teruk pada bulan November: kadar susut maksimum bagi isyarat ini mencecah sehingga 67% pada waktu itu. Keadaan ini boleh digelar sebagai force majeure, namun anda harus ingat bahawa berdagang di pasaran kewangan adalah sesuatu yang berisiko, ia bukan saja boleh memberi pulangan yang banyak, malah juga merugikan semua modal yang ada.
Satu lagi isyarat adalah Bull trader yang mula digunakan pada 22 Julai, 2022, ia telah memberikan pulangan sebanyak 183% sepanjang 248 hari yang lalu dengan kadar susut kurang daripada 23%. Disamping itu, kami telah berjaya mencuri tumpuan para peminat dagangan algo terhadap satu isyarat startup yang digelar ATFOREXACADEMY ALGO 1 pada bulan lalu. Usia isyarat tersebut genap 100 hari: benar-benar jatuh pada 31 Mac lepas. Ia menunjukkan kadar untung yang agak baik sepanjang masa ini dengan 202%, namun begitu kadar susut maksimumnya juga agak besar, 38%. - Untuk servis PAMM, dua akaun yang sering kami sebutkan dalam ulasan-ulasan sebelum ini terus bergelut dalam pasaran kewangan. Akaun-akaun itu adalah KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Kedua-duanya mengalami kerugian yang agak teruk pada pertengahan bulan November 2022: kadar susutnya hampir mencecah 43% pada waktu itu. Namun, pengurus PAMM telah berjaya menstabilkan keadaan, dan pulangan sehingga 31 Mac, 2023 untuk KennyFXPRO-The Multi 3000 EA adalah mencecah 91%, manakala untuk TranquilityFX-The Genesis v3 pula - 58%, kadar pulangan yang hampir sama seperti setahun lalu.
Untuk kali ini, akaun the Trade and earn juga mencuri tumpuan. Ia dihasilkan lebih daripada setahun lalu, namun berada dalam keadaan tidak aktif, dan mula bertindak pada bulan November. Hasil tindakan itu, pulangan yang diberikan adalah melebihi 55% untuk sepanjang 5 bulan dengan kadar susut yang kecil iaitu kurang daripada 10%.
Dalam kalangan Perkongsian IB NordFX, wakil dari Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat antara yang menduduki 3 TEMPAT TERATAS:
- komisen paling banyak iaitu USD 8,418 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi yang memiliki akaun No.1259ХXХ;
- rakan kongsi seterusnya (akaun No. 1621ХХХ ) menerima komisen sebanyak USD 5,701;
- dan akhir sekali, rakan kongsi yang memiliki akaun No. 1618xxx berada di tempat ketiga,
Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Berdagang di pasaran kewangan adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.
Kembali Kembali