Keputusan Bulan April: Emas Sekali Lagi Muncul Sebagai Pilihan Utama Pedagang 3 Teratas NordFX

 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan April 2023. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini turut dinilai.

  • Keuntungan maksimum untuk bulan ini telah diperoleh seorang pelanggan dari Asia Timur, pemilik akaun №1543XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 25,086 menerusi transaksi ke atas emas (XAU/USD), bitcoin (BTC/USD), dan juga Yen Jepun (USD/JPY).
  • Tempat kedua dalam 3 Teratas diduduki seorang pedagang dari Asia Tenggaran, pemilik akaun №1686XXX dengan keuntungan sebanyak USD 23,341, juga diperoleh menerusi transaksi terhadap emas (XAU/USD).
  • Logam berharga yang sama telah membolehkan pemilik akaun №1687XXX dari Asia Timur memperoleh pulangan sebanyak USD 22,250 dan menduduki tempat ketiga dalam kedudukan tiga teratas.

Keputusan untuk khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Untuk CopyTrading, isyarat “veteran” yang telah lama wujud dengan nama rumit, KennyFXPRO - Prismo 2K, terus mendapat perhatian. Jumlah pulangannya adalah sebanyak 348% sepanjang tempoh 726 hari. Kami ingin mengingatkan anda bahawa isyarat ini pernah berhadapan kesulitan yang agak teruk pada November lalu kerana kadar penurunan maksimumnya telah melebihi 67%. Namun begitu, sedia maklum bahawa kegagalan yang teruk itu hanya berlaku sekali, dan prestasi KennyFXPRO - Prismo 2K dilihat agak stabil sejak berakhirnya kejadian itu.

    Penyedia yang sama telah memperkenalkan satu lagi isyarat pada Disember lalu, dengan nama yang lebih rumit: KennyFXPRO - Variables_RBB 35. Sepanjang 144 hari ia membuat kemunculan, isyarat tersebut telah menunjukkan kadar pulangan yang sederhana iaitu 27% serta kadar penurunan yang turut sederhana iaitu 24%. Jika penyedia isyarat ini berjaya menghalangnya daripada turun lebih rendah, ia berpotensi untuk menjadi pesaing utama kepada “rakan veteran” pada masa hadapan.

    Prestasi isyarat ATFOREXACADEMY ALGO 1 yang kami bincangkan dalam ulasan sebelum ini telah berakhir dengan malapetaka. Sepanjang 100 hari terawal kemunculannya, ia menunjukkan pulangan yang sangat tinggi iaitu 202%. Walau bagaimanapun, April telah membuktikan ia adalah bulan yang sangat-sangat tidak menguntungkan dengan kadar penurunan melebihi 90%, sekali lagi menjadi peringatan penting kepada kita bahawa pasaran kewangan adalah satu perjalanan yang berisiko tinggi.

    Akhir sekali, isyarat Trade2win harus diberikan perhatian dalam membuat ulasan untuk bulan April. Membuat kemunculan lebih kurang sebulan, ia telah menunjukkan keputusan cemerlang terhadap dagangan emas, dengan kadar pulangan sebanyak 2,290% serta kadar susut maksimum kurang daripada 15%. Pelbagai statistik telah menunjukkan bahawa strategi yang kurang agresif juga boleh merugikan kesemua modal, maka para pelabur dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Kita akan pantau dan lihat bagaimanakah keadaan isyarat ini pada bulan Mei nanti. 
  • Dua lagi akaun yang sudah kami sebutkan dalam ulasan sebelum ini masih boleh dilihat pada bahagian khidmat PAMM. Akaun-akaun tersebut adalah KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Kedua-duanya mengalami kerugian teruk pada pertengahan November 2022: kadar penurunannya pada waktu itu hampir mencecah 43%. Namun, pengurus PAMM akaun-akaun tersebut enggan menyerah kalah, dan pada 30 April, 2023, kadar untung bagi akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA hampir kepada 90%, sementara akaun TranquilityFX-The Genesis v3 pula adalah melebihi 58%.

    Kami terus memantau akaun the Trade and earn untuk bulan April. Ia dilancarkan lebih daripada setahun yang lalu, namun berada dalam keadaan hibernasi, hanya mula aktif pada bulan November. Disebabkan itu, hasil perolehannya telah lebih daripada 76% sejak 6 bulan lalu dengan kadar penurunan kurang daripada 10%.

Dalam kalangan perkongsian IB, tempat 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbanyak, USD 5,348 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No.1621ХXХ;
  • rakan kongsi seterusnya, pemilik akaun No.1618XXX dari Asia Selatan telah menerima komisen sebanyak USD 3,991;
  • akhir sekali, rakan dari negara yang sama, pemilik akaun №1517XXX menduduki tempat ketiga, menerima komisen sebanyak USD 3,876.

***

Mengakhiri rumusan bulan ini, penting untuk mengingatkan pada semua pedagang bahawa mereka kini memiliki peluang besar untuk menambah jumlah pulangan. NordFX telah melancarkan satu lagi cabutan bertuah buat para pelanggan mereka pada tahun ini, dengan 200 hadiah tunai berjumlah USD 100,000 untuk dimenangi. Sangat mudah untuk turut serta dalam cabutan bertuah ini dan berpeluang memenangi salah satu atau lebih daripada hadiah yang ditawarkan. Semua butir-butir boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.