Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Julai 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.
- Keuntungan paling tinggi untuk bulan Julai telah berjaya diraih oleh pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1692XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 192,396. Kejayaan cemerlang ini berjaya dicapai menerusi transaksi yang melibatkan emas (XAU/USD) dan juga pound British (GBP/USD).
- Tempat kedua dalam ranking pedagang paling berjaya untuk bulan lalu adalah milik pelanggan dari Asia Timur, pemilik akaun bernombor 1663XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 26,999 menerusi transaksi pasangan mata wang XAU/USD semata-mata.
- Tempat ketiga untuk podium terbaik bulan Julai juga milik seorang wakil dari Asia Selatan (pemilik akaun bernombor 1705XXX) yang menerima keuntungan sebanyak USD 15.358, juga berjaya dicapai hasil operasi terhadap emas (XAU/USD) terutamanya.
Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:
- Untuk CopyTrading, terdapat sejumlah besar isyarat yang menarik perhatian (setidak-tidaknya bila sekali pandang) muncul secara berkala dalam kalangan syarikat startup, memberikan kadar pulangan tinggi serta penurunan maksimum yang sederhana. Ini adalah antaranya: G@SDR (untung 126% / susut maksimum 27% / tempoh hayat 50 hari), Leonard6789 (184%/27%/27), SURE PROFIT (328%/25%/14). Walau bagaimanapun, melihat hasil-hasil memberangsangkan ini, perlu difahami bahawa kejayaan mencapai keputusan seperti itu dibuat menerusi dagangan yang agresif. Justeru, apabila melanggannya, faktor-faktor berisiko perlulah diambil kira. Salah satu faktor utama dalam hal ini adalah usia isyarat-isyarat tersebut yang agak pendek.
Bagi isyarat veteran, kami terus memantau nasib isyarat KennyFXPRO - Prismo 2K. Ia telah dilancarkan pada 2 Mei, 2021. Sepanjang tempoh kewujudannya, isyarat ‘veteran’ ini telah pun mengalami kerugian besar sebanyak dua kali: pada 14 November, 2022, dan antara 20-23 Jun, 2023. Bagi mengelak daripada asetnya dicairkan pada kedua-dua waktu itu, penghasilnya telah mengambil keputusan sukar dengan menutup posisi yang merugikan. Walau bagaimanapun, disebabkan itu, isyarat ini masih lagi boleh dilanggan dan telah menunjukkan kadar pulangan sebanyak 231% sepanjang 819 hari. - Bagi servis PAMM, terdapat dua akaun yang telah kami sebutkan beberapa kali dalam ulasan sebelum ini. Kedua-duanya adalah KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Sama seperti rakan veteran mereka dalam CopyTrading, akaun-akaun ini juga telah mengalami kerugian teruk pada 14 November, 2022: pada waktu itu kadar kerugiannya mencecah 43%. Namun, para pengurus akaun PAMM berkenaan mengambil keputusan untuk tidak mengalah, dan kadar pulangan pada 31 Julai, 2023 lalu untuk akaun pertama adalah melebihi 106%, manakala akaun kedua - 70%.
Kami juga terus memantau akaun Trade and earn. Akaun ini dibuka lebih daripada setahun lalu, pada 8 Mac, 2022, namun keadaannya tidak aktif, hanya mula aktif pada November lalu. Hasilnya, sepanjang 9 bulan yang lalu, kadar keuntungan akaun ini telah melebihi 153% dengan kadar susut yang sangat rendah - kurang daripada 13%.
Tempat tiga teratas dalam kalangan perkongsian IB NordFX adalah seperti berikut:
- Seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1645XXX telah berjaya menduduki tempat teratas untuk tiga bulan berturut-turut. Mereka menerima pulangan sebanyak USD 13,891 untuk bulan Julai, menjadikan keseluruhan jumlah pulangan mereka hampir USD 35,000 dalam masa tiga bulan.
- Seterusnya adalah seorang rakan kongsi dari Asia Timur yang menerima USD 5,565.
- Akhir sekali, menduduki tempat ketiga adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun 1672XXX yang menerima komisen sebanyak USD 5,435.
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.
Kembali Kembali