Broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Ogos 2023. Syarikat ini turut membuat penilaian terhadap servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB.
- Untuk bulan Ogos, seorang pelanggan dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1692XXX telah berjaya menduduki tangga teratas podium. Individu ini telah berjaya memperolah pulangan sebanyak USD 85,598 menerusi dagangan yang melibatkan emas (XAU/USD) dan pound British (GBP/USD).
- Rakan senegaranya, pemilik akaun nombor 1683XXX menduduki tempat kedua, juga berdagang emas (XAU/USD) dan memperoleh untung sebanyak USD 44,329 daripada transaksi yang dibuat.
- Mengakhiri tiga tempat teratas adalah seorang pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun bernombor 1691XXX yang membawa pulang USD 43,458. Sama seperti kedua-dua pedagang sebelumnya, pedagang ini berjaya mencapai keputusan cemerlang hasil dagangan yang melibatkan XAU/USD.
Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:
- Untuk bulan Ogos, isyarat Ok my trade yang tergolong dalam kategori startup menarik perhatian. Dalam masa hanya 10 hari, ia memberikan pulangan sebanyak 510%. Apa yang lebih menarik adalah kadar susut maksimum tidak lebih daripada 16%. Melihat kepada strategi dagangan yang agresif, keputusan ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan. Namun, penting untuk mengingatkan semula bahawa tahap agresif serta jangka hayat yang pendek menjadi faktor risiko utama yang perlu diambil kira jika melanggan isyarat seperti itu.
- Dalam servis PAMM, kami terus memantau akaun Trade and Earn. Walaupun ia dibuka lebih daripada setahun lalu, akaun ini kekal dorman sehinggalah mula aktif pada November lalu. Hasilnya, sepanjang 10 bulan ini, ia telah berjaya memberi pulangan sebanyak 175% dengan kadar susut maksimum kurang daripada 17%.
Tiga Tempat Teratas Perkongsian IB NordFX Menerima Pulangan bulan Ogos seperti berikut:
- Komisen terbanyak iaitu USD 12,328 telah diterima oleh seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1645XXX dan berjaya berada dalam tiga tempat teratas untuk empat bulan berturut-turut. Sepanjang tempoh ini, jumlah yang telah mereka peroleh adalah USD 45,000;
- Tempat kedua adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun bernombor 1507XXX yang membawa pulang komisen sebanyak USD 9,324;
- Akhir sekali, menutup tirai tiga teratas adalah seorang lagi rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun bernombor 1531XXX yang menerima komisen sebanyak USD 5,512.
Notice: These materials are not investment recommendations or guidelines for working in financial markets and are intended for informational purposes only. Trading in financial markets is risky and can result in a complete loss of deposited funds.
Kembali Kembali