NordFX, sebuah syarikat broker telah mengeluarkan statistik berkenaan prestasi dagangan para pelanggan mereka serta pulangan yang diperoleh daripada perkongsian IB syarikat itu secara konsisten. Seperti biasa, kami telah menyusun rumusan bagi keputusan tahun lalu pada awal Januari.
● Sepanjang tahun 2023, komposisi bagi tiga kedudukan teratas berubah setiap bulan, pedagang dari pelbagai rantau dan negara menduduki tempat terhormat di podium, kadang-kala dipisahkan dengan jarak puluhan ribu kilometer. Namun, kesemua laluan dagangan dari Asia Tenggara, Asia Tengah, dan Asia barat, Afrika, dan Amerika Latin bergabung pada satu lokasi: akaun syarikat broker NordFX.
Peserta yang menduduki tiga tempat teratas secara keseluruhannya memperoleh pulangan yang besar, hampir mencecah $2.5 juta, lebih tepat lagi sebanyak USD 2,494,466. Menariknya, jumlah ini adalah 1.73 kali lebih tinggi berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun 2022 iaitu USD 1,441,457. Peningkatan ini sebahagiannya disebabkan oleh keadaan dagangan serta servis yang bertambah baik oleh NordFX kepada para pelanggannya. Seorang pedagang yang menduduki tiga tempat teratas memperoleh kira-kira USD 69,290 setiap bulan secara purata pada tahun 2023.
Berkenaan dengan instrumen dagangan yang menjadi pilihan pedagang di tiga tempat teratas, emas (gandingan XAU/USD) begitu jelas menjadi pilihan utama. Perkara ini selari dengan pemerhatian ahli falsafah kuno Yunani iaitu Plato pada 2000 tahun lalu yang menyebut hanya jauhari mengenal manikam. Gandingan GBP/USD dan EUR/USD pula berkongsi tempat kedua dalam kedudukan populariti. Tempat ketiga jatuh kepada yen Jepun (gandingan USD/JPY).
● Keuntungan yang diperoleh rakan kongsi IB NordFX di tiga tempat teratas untuk tahun 2023 juga agak hebat, walaupun secara umumnya jumlah itu adalah lebih rendah daripada para pedagang. Hal ini memang sudah diketahui kerana mereka ini tidak berdagang sendiri tetapi menerima komisen daripada dagangan yang dilakukan oleh para pelanggan mereka. Lebih tinggi jumlah aktiviti dagangan para pelanggan, lebih banyak pulangan yang diterima rakan kongsi.
Pulangan yang berpotensi diterima oleh rakan kongsi IB NordFX boleh dilihat pada laman web syarikat. Bagi keuntungan sebenar untuk tahun 2023, jumlah terkumpul bagi kedudukan tiga teratas adalah sebanyak USD 272,607. Ini bermakna, secara purata, setiap rakan kongsi memperoleh kira-kira USD 7,572 setiap bulan.
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali