Majalah Finance Derivative telah mengumumkan firma broker NordFX sebagai antara pemenang Anugerah untuk tahun 2024, dengan memenangi kategori “Broker Kripto Terbaik Asia Tenggara 2024”.
Finance Derivative adalah sebuah majalah dan penerbitan yang khusus dalam berita kewangan, analisis, serta laporan berkenaan kewangan, perbankan, teknologi, dan juga pelaburan. Majalah ini merangkumi pelbagai topik, daripada isu-isu makroekonomi sehinggalah instrumen serta strategi pelaburan tertentu, menjadikannya sumber berharga buat golongan profesional dalam sektor kewangan.
Finance Derivative Awards adalah anugerah tahunan yang mengiktiraf pencapaian cemerlang syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang perbankan, insuran, teknologi kewangan, khidmat broker, dan lain-lain sektor dalam industri kewangan. Penganugerahan ini bukan saja bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian terbaik, malah juga menetapkan standard serta menjadi indikator penting bagi semua peserta industri.
"Kami ingin mengucapkan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan di atas kecemerlangan yang berjaya dicapai,” pasukan editor Finance Derivative menghantar utusan. “Mengiktiraf hasil kerja yang cemerlang, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa NordFX telah dinobatkan sebagai pemenang untuk tahun 2024 bagi kategori ‘Broker Kripto Terbaik Asia Tenggara’. Memberikan komen untuk anugerah ini, para penganalisis mengakui tentang pendekatan NordFX yang berinovasi, pilihan gandingan mata wang kripto yang meluas, pelaksanaan order bertaraf tinggi, serta pilihan dagangan margin yang memberikan peluang kepada pedagang untuk menambah potensi pulangan yang besar”.
Kembali Kembali