Pertama sekali, ulasan bagi ramalan minggu lepas:
- Minggu lepas, kami enggan berikan ramalan terhadap EUR/USD. Keengganan kami ternyata benar. Jika diimbas semula, terdapat percanggahan antara pakar dan juga indikator: ada yang menunjukkan loncatan, ada yang menunjukkan penurunan, ada yang berpeluk tubuh, tidak mampu memberi jangkaan. Kedua matawang seperti mengetahuinya: pada mulanya ia menurun, kemudian naik, dan turun semula... Hasilnya, tiada pergerakan yang ketara, kemudian ditutup di paras Pivot selepas lima hari pada paras 1.1780, kekal di sekitarnya selama empat minggu;
- Bercakap mengenai masa depan GBP/USD, 55% penganalisa dan juga analisis grafik pada D1, memihak kepada Bear, meramalkan pasangan ini untuk jatuh ke paras support pada 1.3150, dan jika ada gangguan, jatuh 110 poin lagi. Apa yang berlaku ialah: bermula hari Isnin, selepas ia mula kehilangan poin, ia mencecah paras 1.3150 pada hari Rabu. Kemudian ia membuat percubaan untuk melepasi paras ini, dan berjaya mencapai 1.3085 pada hari Jumaat. Tetapi, setelah Bear kehilangan semua tenaga, Bull berjaya mendapatkan 100 poin pada penghujung lima hari dipasaran, meningkat ke 1.3185;
- USD/JPY. Ternyata ramalan untuk pasangan ini adalah benar. Disokong oscilator, pakar-pakar bersetuju pergerakan pasangan ini sedang menuju ke sempadan atas pertengahan lateral pada 108.00-114.50, dan ia akan terus melonjak. Ia berakhir pada paras di bawah 200 poin; hasilnya, ia kekal berada di ketinggian maksimum 113.56, gagal untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 100 poin;
- USD/CHF. Bull diberikan sedikit kelebihan di sini pada bacaan analisis grafik H4, jika menurut sasaran pasangan ini iaitu pada paras 0.9800-0.9835. Bagi penganalisa pula, hanya 25% percaya akan berlakunya pertumbuhan. Ramalan dari sekumpulan kecil inilah yang perlu kita ikuti, kerana pasangan ini menambah 100 poin sepanjang minggu, ditutup pada paras 0.9840.
Bagi ramalan minggu seterusnya, berdasarkan rumusan penganalisa dari beberapa buah bank dan broker, serta ramalan yang dibuat dari bermacam kaedah dan juga analisis grafik, kami berpendapat:
- EUR/USD. Berbaloi jika dilihat, sudah dua minggu pakar menghadapi kesukaran untuk memberi pendapat yang jelas mengenai pasangan ini. Walaupun selepas Senat AS meluluskan draf belanjawan bagi tahun 2018 dan membenarkan pelaksanaan pembaharuan cukai yang diusul Trump, hanya 50% percaya ia dapat mengukuhkan dolar. Bagi yang membangkang, walaupun dolar menunjukkan peningkatan, pertumbuhan ini hanyalah sementara.
Berikutan itu penganalisa, oscilator dan indikator pada D1 memilih untuk tidak bersetuju ataupun terus kekal neutral. Dan hanya pada H4 ia menunjukkan trend penurunan. Bagi analisis grafik pula, ia menunjukkan pergerakan lateral antara 1.1665-1.1925. Garis support seterusnya adalah di zon 1.1575.
Perlu diketahui apabila bergerak ke ramalan tempoh sederhana, rajah akan bertukar secara dramatik, dan lebih kurang 80% pakar bersetuju pertumbuhan pasangan ini di sekitar 1.2000-1.2100; - Pandangan terhadapa GBP/USD pula negatif. Kebanyakan penganalisa (55%) masih lagi mengikuti sudut pandangan ini. Garis support terdekat terletak di zon 1.3000. Selain pakar, 70% trend indikator dan analisis grafik pada D1 memihak Bear.
Bagi Bull pula, mereka disokong oleh baki 45% pakar, yang mengatakan pasangan ini akan cuba untuk ke paras maksimum bulan Oktober di zon 1.3335 sekali lagi; - Seperti minggu lalu, USD/JPY sekali lagi mendapat lampu hijau. 65% penganalisa, 100% trend indikator dan 75% oscilator pada H4 dan D1 percaya pertumbuhan pasangan ini ke sempadan atas bahagian tengah pada paras 108.00-114.50 akan berterusan. Namun, jangan kita terlupa, sesetengah pembetulan mungkin berlaku di sepanjang laluan tersebut. Inilah yang ditunjukkan baki 25% isyarat oscilator tentang lebihan pembelian pasangan ini. Mengikut pengalaman, isyarat seperti itu mampu membuat penurunan untuk seketika. Garis support terdekat adalah di sekitar 112.00-112.30, dan seterusnya pada 111.65;
- Akhir sekali, ulasan pasangan terakhir: USD/CHF. Suku dari oscilator pada H4 dan D1 menunjukkan pasangan ini terlebih beli, dengan 65% pakar melihat trend menurun. Lagipun, apabila melihat dari ramalan mingguan ke ramalan bulanan, penurunan mereka meningkat sehingga 85%. Kesemua mereka menjangkakan pasangan ini turun ke 0.9700 dahulu, dan turun lagi sebanyak 100 poin.
Disokong oleh analisis grafik H4, peminat Bull masih lagi percaya terdapat potensi pertumbuhan untuk pasangan ini dan ia berpeluang untuk naik ke paras 0.9900, atau mungkin lebih tinggi hingga mencecah 1.0000. Walaupun begitu, ia masih lagi bergantung pada EUR/USD, yang mempunyai ciri sama dengan USD/CHF.
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali