Pertama sekali, ulasan bagi ramalan minggu lepas:
- Disebabkan pendapat penganalisa berbahagi 50/50, sekali lagi kami mengambil keputusan untuk tidak memberi ramalan yang jelas bagi EUR/USD. Melihat apa yang berlaku, akhirnya Bear menang walaupun Bull mempunyai kelebihan pada permulaan minggu. Kali ini Dewan Rakyat Kongres AS menyebelahi mereka, membenarkan Senat untuk meluluskan pembaharuan cukai yang diusulkan Trump. Bukan itu saja: Khamis, 26 Oktober, dolar mengalami lonjakan selepas ECB bersetuju untuk memanjangkan program pelonggaran kuantitatif QE dan meneruskan pembelian bon sehingga akhir September 2018. Semua ini menyebabkan matawang Eropah menjunam, dengan kerugian sebanyak 250 poin berbanding dolar dalam masa dua hari.
Sangat sukar bagi analisis grafik untuk menyedari tentang rancangan Kongres AS dan ECB. Namun begitu, ia berjaya untuk meramal paras maksimum kejatuhan Euro, 1.1575, dengan ketepatan 100%. Hasilnya, dalam masa tiga bulan pasangan ini melengkapkan rajah "head-shoulder" dan kekal di sekitar 1.1605; - GBP/USD. Di sini terdapat kelebihan buat peminat Bear: 55% berbanding 45%. Mereka juga menang dengan kelebihan yang tidak ketara. Sepanjang minggu, pergerakannya naik dan turun; tetapi akhirnya, ia mengakhiri tempoh lima hari dengan 70 poin di bawah paras ia bermula;
- Ramalan untuk USD/JPY juga tepat. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengatasi halangan, namun ia berjaya mencapai poin yang disasarkan: sempadan atas bahagian pertengahan pada 108.00-114.50. Lebih tepat lagi, ia berada di 114.45, dan seterusnya kembali semula ke Pivot Point untuk minggu tersebut setelah mengalami pemulihan yang dijangka, berada di paras 113.70 pada hari Jumaat;
- Satu daripada senario yang dibangkitkan pada minggu lepas bagi USD/CHF ialah kebangkitan pasangan ini ke paras 1.0000. Walaupun hanya disokong sekumpulan kecil pakar, ia benar-benar berlaku. Seperti dijangka, ia dipengaruhi dengan kuat oleh pergerakan EUR/USD. Hasil persamaan, ia melonjak 200 poin.
Bagi ramalan minggu seterusnya, berdasarkan rumusan penganalisa dari beberapa buah bank dan broker, serta ramalan yang dibuat dari bermacam kaedah dan juga analisis grafik, kami berpendapat:
- EUR/USD. Pakar-pakar sekali lagi berbelah bagi, jangkaan sama untuk tiga minggu berturut-turut. Bagi indikator trend pula, 90% menunjukkan penurunan. Rajah kelihatan berbeza dikalangan oscilator, hampir separuh menunjukkan pasangan ini terlebih jual. Analisis grafik pada D1 juga sama, menurut bacaannya, ia akan kembali ke paras tertinggi bulan Oktober di zon 1.1835-1.1880, dan kemudian melonjak ke paras tertinggi bulan September pada 1.2000-1.2100. Perlu diingat dalam tempoh sederhana, hampir 70% penganalisa bersetuju ia akan kembali paras antara 1.1800-1.2100.
Bagi minggu yang akan datang, antara perkara penting yang boleh menentukan trend adalah pengeluaran data terkini mengenai pasaran buruh di Amerika Syarikat pada hari Jumaat, 3 November. Data ini turut mengandungi indikator NFP - jumlah pekerjaan baru yang wujud selain daripada sektor pertanian. Pada bulan lalu ia memberi nilai negatif sebanyak 33K. Jika NFP menaikkannya sehingga 270-300K, dolar akan kukuh semula. Perlu diperhatikan reaksi para pelabur 'besar' kerana mereka sudah mengetahui berita penting seperti ini sebelum ia diumumkan.
Dalam pada masa yang sama, ketua Rizab Persekutuan akan diumumkan pada hujung minggu hadapan. Sementara itu, terdapat bukti yang Janet Yellen dan Kevin Warsh telah disingkirkan dari bertanding;
- Ramalan bagi GBP/USD masih lagi negatif. Ini adalah pandangan kebanyakan (60%) penganalisa, analisis grafik, dan 90% indikator pada H4 dan D1. Walau bagaimanapun, apabila bertukar ke rangka masa lebih besar (W1), ianya berubah, memberikan trend lateral dengan support di sekitar 1.3000-1.3020. Support seterusnya adalah 100 poin lebih rendah. Paras resistance antara 1.3225 dan 1.3285. Sasaran terpenting jika ia mengalami pertumbuhan adalah pada 1.3335.
Khamis, 2 November adalah hari penting bagi Pound British kerana terdapat sejumlah besar berita dari Bank of England akan dikeluarkan. Menurut ramalan, bilangan yang bersetuju dengan kenaikan kadar faedah meningkat tiga kali ganda; kadarnya mungkin dinaikkan dari 0.25% ke 0.50%; - Jika menggunakan terminologi sukan, anggaran pertumbuhan bagi USD/JPY adalah 2 kepada 1. Lebih dari 65% pakar percaya bahawa, dengan asas support pada paras 113.25, ia akan sekali lagi cuba untuk bergerak ke sempadan atas bahagian pertengahan 108.00-114.50. Analisis grafik pada H4 juga bersetuju dengannya.
Untuk pandangan yang berbeza, para pengikut percaya tiada lagi potensi pertumbuhan bagi pasangan ini dan ia akan kekal lega, turun ke sekitar 112.25-113.25; - Akhir sekali, USD/CHF. 75% penganalisa yang disokong dengan analisis teknikal, berkata pasangan ini akan cuba untuk naik ke paras melebihi 1.0000. Sasaran sebenar ialah 1.0100. Namun, jika dolar hilang kedudukannya berbanding Euro, kemungkinan besar Franc Swiss turut lemah, memberi kesan kepada pasangan ini dan jatuh ke paras sekitar 0.9750-09800.
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali