Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:
- EUR/USD. Mengimbas kembali, majoriti pakar (55%), disokong oleh analisis graf dan pengayun pada D1, berpendapat pasangan ini akan naik ke 1.2200. Ramalan ini terbukti 100% benar: pergerakan pasangan ini terhenti di paras ini pada tengah malam Jumaat 12 Januari. Penerbitan minit mesyuarat ECB terakhir, yang menyatakan pengawal selia merancang untuk mengurangkan program pembelian 1.5 trillion bon euro dalam 2018 - satu program yang sepatutnya akan mempercepatkan pemulihan zon euro - menyumbang kepada perkembangan euro yang kuat;
- GBP/USD. Majoriti besar penganalisis (85%) berpendapat pasangan ini akan jatuh, dan paras 1.3400 dinamakan sebagai sokongan terdekat. Pasangan ini kekal dalam bear sehingga Khamis tetapi ia hanya mampu turun ke 1.3455, selepas itu is berpusing mengikuti langkah-langkah euro, melonjak naik, mengakhiri tempoh lima hari dalam zon 1.3730;
- Dalam kenaikkan kadar pulangan bond 10-tahun dan 25-tahun negara Jepun, dolar jatuh berbanding yen Jepun. Dalam kes ini, pakar-pakar menamakan 111.60 sebagai sasaran, yang merupakan Titik Pivot bagi saluran tempoh sederhana 108.00-114.75, di mana pasangan USD/JPY telah bergerak sepanjang tahun. Rancangan ini bukan sahaja telah lengkap malah terlalu lengkap - pada akhir sesi perdagangan, pasangan ini berakhir pada 111.00;
- Bagi USD/CHF, kebanyakkan penganalisis (65%) bersetuju pasangan ini akan mampu merentasi sokongan 0.9730 dan jatuh ke dalam zon 0.9600-0.9650. Ini adalah apa yang berlaku, dengan sedikit kelonggaran: mencerminkan pergerakan EUR/USD, pasangan ini mampu mencapai minimum tempatan 0.9664 pada akhir minggu.
Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:
- EUR/USD. Pasangan ini masih berada dalam batasan "zon dekad ini", ditanda oleh tahap tertinggi dua tahun 2017 dan tahap terendah Jun 2010 dan Julai 2012; hala tuju gerakan pasangan ini dari sini akan bergantung kepada perkembangan dan keputusan ekonomi dan politik yang besar. Oleh sebab itu terdapat ketidaktentuan di antara pakar-pakar: 40% meramalkan kenaikkan, 40% meramalkan kejatuhan, dan 20% tidak pasti.
Bagi penunjuk trend, mereka jelas berwarna hijau: sasaran terdekat adalah 1.2360. Tetapi satu suku pengayun pada H4 dan D1 telah memberi isyarat yang pasangan telah terlampau dibeli, yang menunjukkan kemungkinan berlaku pembalikan trend.
Analisis grad juga bersetuju dengan scenario ini. Mengikut bacaannya, pasangan ini sepatutnya kembali ke 1.2090 dahulu, dan jika melintasi, terus jatuh ke bawah, sehingga garis sokongan saluran kenaikkan dua bulan, dalam zon 1.2000-1.2020; - 40% penganalisis berpendapat dengan kelemahan dolar, GBP?USD akan kekal dalam pergerakannya dalam saluran jangka sederhana menaik, yang bermula setahun lalu apabila 2016 bertukar menjadi 2017. Dalam kes ini, sasaran terdekat adalah zon 1.3835-1.4000, dan yang seterusnya adalah 1.4200.
Scenario alternatif yang disokong oleh 60% daripada pakar-pakar, yang memetik ketidaktentuan yang menyelubungi rundingan Brexit. Suatu pembalikan trend juga diramalkan oleh analisis graf pada H4 dan hampir 20% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Paras sokongan adalah 1.36000, 1.3520 dan 1.3465;
- USD/JPY. Analisis graf pada D1 masih memberi koridor sisi yang berterusan, menamakan 110.75-113.35 sebagai batasannya. 30% daripada pakar berpendapat pasangan akan naik dalam beberapa hari yang akan datang. Rintangan adalah pada paras 112.00, 113.35 dan 114.75.
Pendapat kebanyakan penganalisis (70%), disokong oleh 10% daripada pengayun pada D1, adalah pasangan ini akan jatuh ke batasan bawah saluran sisi jangka sederhana 108.00-114.75. Paras sokongan terdekat adalah di dalam lingkungan 110.00; - Pasangan terakhir dalam ulasan kami ialah USD/CHF. Pada 16 Januari, kami menjangka untuk mendengar kata ucapan Ketua Bank Negara Switzerland: ini mengingati kami akan "Khamis Hitam" pada 15 Januari 2015. Sungguhpun begitu, bagi kali ini, kemungkinan besar, tidak akan ada apa-apa kejutan. Bagi ramalan untuk masa depan terdekat, seperti minggu lepas, lebih kurang 60% daripada pakar meramalkan sentimen bear, berpendapat pasangan ini mungkin jatuh ke paras sokongan pada 0.9575. Sokongan seterusnya adalah 0.9430. Hanya 40% daripada penganalisis berpendapat pasangan ini akan naik ke paras rintangan 0.9835 dan kemudian kembali ke 1.0000.
NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan leveraj 1:1000!
Sebaran adalah minimum, buka akaun dalam hanya 1 minit.
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali