Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:
- EUR/USD. Pengumuman data positif mengenai pasaran buruh dalam AS (NFP meningkat sebanyak 25%) pada 2 Februari mencetuskan panik dalam bursa-bursa saham Amerika. Mengikut pendapat pakar-pakar, peningkatan dalam angka pekerjaan bersama peningkatan dalam gaji purata pada yang sama tidak menunjukkan pemulihan ekonomi, tetapi ekonomi terbesar dalam dunia adalah terlampau panas.
Tidak seperti indeks saham, bermula 2 Februari, dolar dengan jangkaan kadar inflasi dan faedah yang lebih tinggi, terus meningkat berbanding euro, dengan peningkatan melebihi 200 mata. Perubahan trend dari bull ke bear sekali lagi membuktikan bahawa ramalan jangka masa sederhana sering kali lebih tepat daripada ramalan mingguan. Meninjau kembali kepada ramalan jangka masa sederhana, 70% daripada pakar-pakar menyokong peningkatan dolar; - GBP/USD. Sama seperti dengan EUR/USD, para analisis meramalkan dalam jangka masa sederhana, dolar akan menguat berbanding dengan paun British. Bagi ramalan mingguan, 45% daripada pakar-pakar meramalkan kejatuhan pasangan ini. Pada masa yang sama, mereka disokong oleh 30% daripada pengayun pada H4, yang merupakan satu penunjuk kuat yang pasangan ini telah terlampau dibeli. Dolar disokong oleh keputusan Bank England untuk mengekalkan kadar faedah pada 0.5%. Ini menyebabkan Briton kehilangan 285 mata sepanjang minggu lepas dan kembali ke nilai semasa pertengahan Januari;
- USD/JPY. Majoriti pakar-pakar (55%), dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, serta separuh daripada penunjuk trend dan pengayun pada D1, berpendapat pasangan ini akan sekali lagi cuba mencapai paras rendah saluran sisi jangka masa sederhana 108.00-114.75. Pasangan ini mendekati paras 108.00 dua kali tetapi sebelum mencapai 45-50 mata, ia kembali dan mengakhiri tempoh lima hari dalam zon 108.75;
- USD/CHF. Hampir 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan suku daripada penunjuk meramalkan kenaikan pasangan ini. Sasaran terdekat yang dinyatakan adalah 0.9575. Bermula pada Isnin, pasangan ini bergerak utara dan melepasi 135 mata, mencapai ketinggian 0.9470 pada Khamis. Walau bagaimanapun, gerakan bull kehilangan kuasa dan pasangan ini mengakhiri sesi mingguan pada 0.9395.
Ramalan adalah sukar dilakukan dalam keadaan pasaran saham dalam panik, tetapi kami masih akan cuba mengulas pendapat-pendapat penganalisis yang menwakili pelbagai bank dan syarikat broker, serta ramalan-ramalan yang dibuat menggunakan pelbagai teknik analisis teknikal dan graf.
- EUR/USD. Selepas kejatuhan minggu lepas, kebanyakan penunjuk trend dan pengayun jelas menuju selatan. 55% daripada pakar-pakar meramalkan pasangan ini akan jatuh ke zon 1.2000.
45% daripada penganalisis, dengan sokongan 35% daripada penunjuk pada D1 dan suku daripada pengayun yang memberi isyarat pasangan ini telah terlampau dijual, mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka memberi ramalan yang pasangan ini akan kembali ke zon 1.2350-1.2530.
Bagi analisis graf pada D1, pasangan ini dijangka akan jatuh kembali ke sokongan 1.2165 sebelum bergerak naik. Pada H4, kejatuhan ini kelihatan lebih mendalam, sehingga paras 1.2080; - GBP/USD. Dalam kes ini, pendapat-pendapat pakar, petunjuk dari penunjuk trend, pengayun dan analisis grad, dengan perbezaan kecil, mengulang apa yang diramalkan bagi EUR/USD. Pakar-pakar: 55% menyokong kejatuhan, 45% menyokong kenaikan. Analisis graf: kemungkinan jatuh ke zon 1.3585-1.3660, kemudian kembali ke ketinggian Januari - 1.4150-1.4350. Rintangan terdekat adalah 1.3985. Pengayun: kira-kira 25% memberi isyarat pasangan ini telah terlampau dijual, yang lain berwarna merah;
- USD/JPY. Kebanyakan (60%) pakar-pakar masih berpendapat pasangan akan mencapai batasan bawah koridor sisi jangka masa sederhana 108.00. Selain itu, analisis graf meramalkan pasangan ini akan jatuh ke paras terendah September 2017 - 107.30, selepas itu melantun dan kembali ke zone tengah koridor 110.30-111.75. Penganalisis yang lain berpendapat, pasangan ini akan bergerak naik sejak permulaan minggu dan mencapai ketinggian 110.00.
- Akhir sekali dalam ulasan kami, buat kali pertama, kami akan memberi ramalan mingguan bagi pasangan-pasangan matawang kripto utama. Ini akan berdasarkan pendapat pakar-pakar bursa-bursa kripto. Perlu dinyatakan di sini bahawa pasangan-pasangan ini sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor luara, dengan setiap berita atau acara mungkin menyebabkan pergerakan yang besar malah perubahan trend. Ulasan kami adalah:
Bitcoin (BTC/USD) - meningkat ke lingkungan 10,300-12,160;
Ethereum (ETH/USD) - meningkat ke lingkungan 1,025-1,125;
Litecoin (LTC / USD) - meningkat ke lingkungan 173-213;
Ripple (XRP/USD) - meningkat ke lingkungan 1.015-1.185.
Pedagang sekalian, syarikat broker NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto dengan paras leveraj tanpa tandingan 1:1000.
Deposit dalam USD dan bitcoin.
https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali