Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk Februari 19 - 23, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas. Perlu dinyatakan bahawa ramalan bagi bitcoin dan pasangan matawang kripto lain terbukti tepat 100%.

  • Ramalan bagi EUR/USD membuktikan bahawa isyarat satu suku daripada pengayun yang mengatakan pasangan telah terlampau dibeli/ terlampau dijual, memberi sebab yang baik untuk menjangka trend akan berubah. Kali ini, mengikut 45% daripada penganalisis dengan sokongan isyarat sebegini, pasangan ini dijangka bergerak utara dan kembali ke zon 1.2350-1.2530, yang mana ia terjadi. Bermula Isnin, pasangan ini meningkat dengan mantap dan pada hari Jumaat, mencapai tahap tertinggi dalam empat minggu yang lepas, pada paras 1.2555. Selepas itu, dolar mengambil balik 155 mata dan pasangan ini jatuh ke paras 1.2400;
  • Satu ramalan yang serupa diberi kepada GBP/USD. Sasaran akhir adalah untuk kembali ke paras tertinggi dalam Januari, iaitu zon 1.4150-1.4350, dan akhirnya tercapai juga. Pada 16 Februari, pasangan ini mencapai ketinggian 1.4145. Walau bagaimanapun, ia tidak kekal di situ dan mengakhiri minggu lepas pada 1.4030;
  • Dalam memberi ramalan bagi USD/JPY, majoriti pakar-pakar (60%), dengan sokongan analisis graf, meramalkan pasangan ini akan mencuba batasan bawah koridor sisi jangka masa sederhana 108.00-114.75, dan jika berjaya melintasi, mungkin akan jatuh ke paras terbawah September 2017 - 107.30. Pasangan ini bukan sahaja memenuhi ramalan ini malah melampaui ramalan ini dengan jatuh 325 mata sepanjang minggu dan dengan satu paras bawah pada lingkungan 105.50. Pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan pada 106.30;
  • Matawang kripto.  Minggu lepas, berdasarkan pendapat-pendapat pakar bursa kripto, kami telah memberi ramalan pertama bagi empat pasangan kripto asas. Hasilnya kesemua ramalan terbukti tepat:
    - Bitcoin (BTC/USD) diramalkan naik ke zon 10,300-12,160. Dalam realiti, ia naik ke paras 10,240;
    - Ethereum (ETH/USD): ramalan adalah kenaikan ke zon 1,025-1,125. Dalam realiti, ia naik ke paras 942.00;
    - Litecoin (LTC/USD): ramalan adalah kenaikan ke zon 173-213. Dalam realiti, ia naik ke paras 235;
    - Ripple (XRP/USD) - ramalan adalah kenaikan ke zon 1.015-1.185. Dalam realiti, ia naik ke paras 1.164;

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank, syarikat-syarikat broker dan bursa-bursa kripto, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Hampir 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1 dan pengayun (90%), meramalkan pasangan ini akan terus naik. Sasaran terdekat adalah zon 1.2500-1.2555, yang seterusnya adalah zon sokongan/rintangan yang kuat bagi tahun 2012-2014, 1.2755.
    Penyokong bear pula meramalkan pasangan ini akaun jatuh ke sokongan 1.2335, dan kemudian 100 mata lebih rendah ke 1.2235. Perlu dinyatakan adalah apabila berubah dari ramalan mingguan kepada ramalan jangka masa sederhana, penyokong dolar semakin kuat meningkat dari 30% ke 65%;
  • GBP/USD. Ramalan bagi pasangan ini mengulang ramalan bagi EUR/USD bagi dua minggu yang berturut-turut, dengan sedikit perbezaan. 65% daripada penganalisis, penganalisis graf dan majoriti besar penunjuk meramalkan kenaikan pasangan ini. Hanya 10% daripada pengayun pada D1 memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampai dijual. Paras-paras sokongan adalah 1.3900, 1.3835 dan 1.3765. Paras-paras rintangan adalah 1.4145, 1.4275 dan 1.4345.
    Sama seperti EUR/USD, dalam jangka masa sederhana, bilangan penyokong bear meningkat daripada 35% ke 60%. Sasarannya adalah untuk kembali ke zon 1.3455-1.3585;
  • USD/JPY. Pendapat-pendapat pakar mengenai melintasi garis bawah koridor sisi jangka masa sederhana 108.00-114.75 terbahagi separuh. 45% berpendapat ia tidak benar dan menjangka pasangan ini akan berpusing naik. 20% daripada pengayun bersetuju dengan ramalan ini dan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Bagi 55% daripada pakar y ang lain, mereka berpendapat lintasan telah berlaku dan sasaran pasangan ini adalah 104.00-105.55;
  • dan akhir sekali, matawang kripto. Oleh kerana ia didagangkan sepanjang hari minggu juga, ramalan bagi jangka masa tujuh hari adalah lebih wajar, bermula Sabtu 17 Februari sehingga Jumaat 23 Februari.
    Meninjau kembali, ramalan dilakukan berdasarkan pendapat-pendapat pakar-pakar daripada pelbagai bursa-bursa kripto, dan juga penujuk daripada analisis graf.
    - Bitcoin (BTC/USD) - Penunjuk MFI indicator pada D1 mendekati zon terlampau dijual, tetapi masih belum mencapainya. Penganalisis menyokong pendapat bahawa pasangan ini akan terus naik ke zon 10.500-11.000. Selepas itu, pasangan ini dijangka akan bertukar arah dan jatuh ke paras 9.470 dan kemudian kembali ke zon 8.300-8.970;
    - Ethereum (ETH/USD) mungkin mencapai paras 1,000 pada permulaan tempoh ramalan. Kemudian, pasangan ini dijangka bergerak selatan dan jatuh ke eselon 775-840;
    - Litecoin (LTC/USD) - Penunjuk MFI telah berada dalam zon terlampau dijual; penunjuk volum menunjukkan peningkatan aktiviti bear. Mengikut pakar-pakar, potensi pasangan ini untuk naik telah hampir kehabisan, tetapi kami tidak menafikan kemungkinan kenaikan ke paras 250. Selepas itu, pasangan ini mungkin kembali ke paras 220, dan jikalau dilintasi, kejatuhan ke zon 165;
    - Ripple. Sama seperti pasangan XRP/USD, pasangan ini mengakhiri minggu lepas secara lembap, dengan kemeruapan yang rendah dan volum perdagangan minimum. Walau bagaimanapun, pasangan ini masih mungkin cuba mencapai ketinggian 1.164, dan kemudian bergerak selatan ke sokongan 0.83, dan mungkin diikuti dengan kejatuhan ke zon 0.77.




Pedagang sekalian, syarikat broker NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto dengan paras leveraj 1:1000.

Deposit dalam USD dan bitcoin.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.