Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk April 09 - 13, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas: 

  • Ramalan EUR/USD pada umumnya adalah tepat: pasangan ini tidak keluar daripada saluran jangka sederhana 2018, jatuh ke paras 1.2217 dalam menanti data mengenai NFP. Seperti yang telah diramalkan, data NFP jatuh secara ketara, tiga kali ganda melebihi nilai bulan lepas, memberi kesan kepada pasangan ini. Sungguhpun begitu reaksi adalah agak tenang, dolar hanya kehilangan 60 mata berbanding euro. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas dalam zon sokongan/rintangan kuat 1.2280;
  • GBP/USD. Ramalan utama bagi pasangan ini adalah trend sisi, dalam rangka kerja sempit yang merupakan zon pergerakan pasangan ini bagi separuh pertama minggu lepas. Terdapat peningkatan dalam kemeruapan pada hari Khamis dan Jumaat tetapi perubahan dalam lima hari adalah kira-kira 70 mata dan pasangan ini terhenti pada 1.4085;
  • Ramalan mengenai USD/JPy yang dibuat oleh majoriti pakar adalah tepat. 55% daripada mereka berpendapat trend menaik akan berterusan dan pasangan ini akan mencapai 107.30. Apa yang berlaku adalah pasangan ini naik mencapai paras 107.48, dengan mengambil kira gerak balas biasa, ini adalah 100% tepat. Di penghujung tempoh lima-hari, pasangan ini tiba pada 60 mata di bawah maksimum mingguan, di 106.88;
  • Matawang kripto, sama seperti pasangan-pasangan matawang utama, bergerak dalam trend sisi sepanjang masa. Dalam pertengahan minggu, trend bull kelihatan mula mengambil alih dan pertumbuhan bitcoin, ethereum dan altcoin lain, yang dinanti-nantikan, telah tiba. Tetapi pasangan-pasangan matawang kripto hanya kembali ke nilai-nilai pada permulaan minggu. Maka, tiada keputusan yang nyata bagi trend bull atau trend bear.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Analisis graf pada D1 meramalkan pasangan ini akan melengkapkan tempoh lima-hari yang sebelum ini dalam zon Titik Pivot saluran sisi, yang mana pasangan ini akan kekal di dalam bagi beberapa hari yang berikutnya. Had bagi saluran ini adalah 1.2215 dan 1.2355. Gerakan yang mungkin adalah dalam arah selatan dan suatu kejatuhan ke zon 1.2090-1.2150. Hampir 65% daripada pakar-pakar menyokong senario ini dan disokong oleh penunjuk-penunjuk pada D1. 35% penganalisis yang lain, dengan penunjuk pada H4, berpendapat kelemahan dolar yang disebabkan oleh data pasaran buruh AS akan berterusan, dan pasangan ini akan naik ke 1.2355-1.2415.

  • Ramalan utama GBP/USD adalah seperti berikut: kemungkinan (bukan semestinya) berlaku pertumbuhan kecil ke rintangan 1.4125, dan kemudian jatuh ke sokongan dalam zon 1.4000 dan jika berjaya dilintasi, suatu kejatuhan ke zon 1.3916-1.3965. Ramalan ini disokong oleh hampir 75% daripada pakar-pakar, analisis graf pada D1 dan juga 15% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Hanya satu suku daripada penganalisis meramalkan pertumbuhan positif pasangan ini ke 1.4200-1.4240;
  • USD/JPY. Kemungkinan tinggi trend sisi jangka sederhana yang bermula dalam pertengahan Februari tahun ini akan berterusan. Persoalan yang tinggal adalah definisi batasan saluran ini yang lebih tepat. 65% daripada penganalisis meramalkan trend bull dengan pasangan ini naik ke zon 108.00. Bagi penyokong bear, sasaran terdekat adalah pada paras 105.65. Jika dolar terus melemah, pasangan ini mungkin jatuh ke sokongan 105.25 dan mungkin 60 mata lebih rendah lagi;
  • Bagi matawang-matawang kripto, disebabkan oleh kemeruapan mereka yang terlampau, percubaan untuk menentukan paras-paras dengan tepat adalah sia-sia. Kami hanya mampu menentukan arah trend dan sasaran-sasaran yang mungkin sahaja. Dalam minggu yang akan datang, pakar-pakar meramalkan trend bull akan berkuasa. Bermula Isnin, April 09, pasangan-pasangan utama dijangka naik, sungguhpun sedikit dan adalah buat sementara waktu. BTC/USD: naik ke 7,820-8,230. Bagi ETH/USD, sasaran adalah zon 440-511, LTC/USD: 155-175,  XRP/USD: 0.56/0.67.

Para pedagang yang dihargai, syarikat brokeraj NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pertumbuhan dan kejatuhan matawang kripto, menggunakan nisbah leveraj sehingga 1:1000.

Deposit dan pengeluaran dana dalam USD, bitcoin dan Ethereum.

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.