Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk April 16 - 20, 2018

Sebagai permulaan, ulasan bagi ramalan minggu lepas, yang terbukti tepat bagi kebanyakan pasangan utama dan pasangan matawang kripto:

  • EUR/USD. Mengikut analisis graf, pasangan ini diramalkan bertumpu dalam zon Titik Pivot saluran sisi jangka sederhana dalam 2018. Paras 1.2215 dikenalpasti sebagai had bawah dan 1.2355 sebagai had atas. Pada masa yang sama, disebabkan oleh data mengenai pasaran buruh, 35% daripada penganalisis berpendapat dolar AS akan terus melemah dan pasangan ini mungkin akan menembusi 1.2355 dan bergerak lebih tinggi.
    Ini adalah senario yang berlaku. Pasangan ini bertumbuh 115 mata menjelang pertengahan minggu, mencapai ketinggi 1.2395. Kemudian pasangan ini berubah arah dan kembali ke paras yang dijangkakan - zon Titik Pivot jangka sederhana 1.2328;
  • Ramalan bagi pasangan GBP/USD adalah suatu pertumbuhan, iaitu naik ke zon 1.4200, yang disokong oleh satu suku daripada penganalisis. Walau bagaimanapun, kelemahan dolar melebihi jangkaan mereka dan pasangan ini hampir mencapai 1.4300 pada hari Jumaat. Kekuatan trend bull tidak berkekalan dan pasangan ini kembali ke paras 1.4240;
  • Kebanyakan pakar menjangkakan pasangan USD/JPY akan terus berada dalam trend sisi jangka sederhana yang bermula dalam pertengahan Februari dan pertumbuhan ke 108.00. Ini adalah apa yang berlaku. Pasangan ini bergerak dalam koridor 106.60-107.40 sepanjang minggu dan mencapai ketinggian 107.77. Ia tidak mampu kekal di situ dan kembali ke ketinggian minggu yang sebelumnya;
  • Ramalan bagi matawang kripto juga adalah tepat. Semua pasangan matawang kripto naik seperti yang diramalkan.
    BTC/USD diramalkan naik ke 7,820-8,360. Pada hakikatnya, pasangan ini mencapai 8,200.
    Sasaran bagi ethereum adalah zon 440-551 dan ia berjaya naik lebih tinggi ke 527. Menjelang hujung minggu, ethereum kembali ke 490.
    Kenaikan ke 155-175 diramalkan bagi LTC/USD. Sungguhpun pasangan ini bertumbuh dengan kukuh tetapi kekuatan trend bull hilang terlalu awal - pada ketinggian 133.
    Akhir sekali, ripple. Pakar-pakar menetapkan ketinggian 0.67 sebagai sasaran utama, yang mana ia tercapai pada petang Jumaat.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. 60% daripada pakar-pakar, bersama dengan analisis graf pada D1, masih berpendapat pasangan ini akan jatuh ke paras 1.2215 terlebih dahulu, dan kemudian mungkin jatuh lagi ke paras minimum koridor sisi jangka sederhana, 1.2155. Sungguhpun begitu, situasi geopolitik berkaitan dengan Syria, perang perdagangan dengan China dan pelbagai faktor lain boleh memberi kesan dan melemahkan dolar. Dalam kes ini, 40% daripada penganalisis bersama kebanyakan pengayun pada D1 berpendapat pasangan ini akan terus bergerak sehingga pada rintangan di dalam saluran, iaitu 1.2410, 1.2475 dan 1.2525;
  • Hampir kesemua penunjuk, trend dan pengayun, pada H4 dan D1 (85%) memberi isyarat Beli bagi pasangan GBP/USD. 60% daripada pakar-pakar menyokong trend bull berbanding 40% di sebaliknya. Sokongan utama terletak di 1.4151, 1.4065 dan 1.4010. Paras rintangan adalah 1.4345 dan 1.4425.
    Perlu dinyatakan juga, bagi jangka masa sederhana, penyokong trend bear lebih menyerlah. 60% daripada penganalisis menyokong kejatuhan pasangan ini ke paras terendah March, sekitar 1.3760;
  • USD/JPY. Hampir kesemua penunjuk adalah berwarna hijau berikutan trend harian dan mingguan yang lepas. Sungguhpun begitu, kita perlu sedia maklum bahawa pasangan ini berasa di batasan atas zon rintangan yang kuat, yang bermula sejak Februari tahun ini. Lebih 70% daripada pakar-pakar berpendapat pasangan ini akan cuba mengukuhkan kedudukan di atas zone ini. Lingkungan perubahan mingguan adalah dalam 106.65-108.50. Satu pertiga daripada penganalisis yang lain berpendapat pasangan ini akan kembali ke koridor sisi 106.65-107.00 dan jika melintasi sempadan bawah, pasangan ini mungkin jatuh 100 mata lebih rendah, mencapai 105.65. Pergerakan ini juga diramalkan oleh analisis graf pada D1;
  • Bagi matawang kripto, pakar-pakar menjangka pasangan BTC/USD akan bergerak sekitar paras 8,000. Julat perubahan adalah dalam 7,570-8,575. ETH/USD mungkin akan cuba mencapai ketinggian 600, tetapi ethereum tidak akan dapat kekal di paras itu dan akan kembali ke paras 485-510. Bagi pasangan LTC/USD, pakar-pakar menamakan 145 sebagai sasaran dan 0.70-0.740 bagi pasangan XRP/USD.


Para pedagang yang dihargai, syarikat brokeraj NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pertumbuhan dan kejatuhan matawang kripto, menggunakan nisbah leveraj sehingga 1:1000.

Deposit dan pengeluaran dana dalam USD, bitcoin dan Ethereum.

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.