Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk May 21 - May 25, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Minggu lepas, 70% daripada pakar-pakar menjangka pasangan ini akan naik ke ketinggian 1.2050. Sungguhpun begitu, kekuatan trend bull hilang apabila pasangan ini mencapai paras 1.2000, di mana trend bear mengambil alih. Penunjuk trend pada D1 dan 15% daripada pengayun menyokong trend ini, dengan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Dengan pantas, pasangan ini tiba di zon 1.1800 dan kemudian bergerak lebih rendah, mencapai paras terendah tempatan 1.1750;
  • GBP/USD. Pasangan ini bergerak dalam koridor sisi yang sempit bagi dua minggu yang berturut-turut. Kebanyakan penganalisis (60%) menjangka pertumbuhan pasangan ini bagi minggu lepas. Walau bagaimana pun, setelah naik 65 mata, pasangan ini bertukar arah seperti yang diramalkan oleh 40% penanalisis yang lain, jatuh ke sokongan 1.3450. Pasangan ini mengakhiri minggu perdagangan dengan kehilangan 75 mata sepanjang minggu;
  • 70% daripada pakar-pakar meramalkan pertumbuhan pasangan USD/JPY ke 110.00 menjelang penghujung Mei. Pasangan ini bergerak melampaui jangkaan dan mencapai paras rintangan ini pada Selasa, Mei 15. Selepas itu, paras ini berubah menjadi sokongan dan pasangan ini naik 100 mata lebih tinggi. Kemudian ia jatuh 25 mata dan mengakhiri tempoh lima-hari pada paras 110.75;
  • Matawang kripto. Sesetengah penganalisis berpendapat pasangan BTC/USD akan kembali ke sempadan koridor sisi tiga-minggu 8,620-9,955. Pada 14 Mei, pasangan ini mencapai paras 8,850. Walau bagaimanapun, pasangan ini tidak kekal di paras ini dan kembali ke nilai permulaan minggu dalam zon 8,000. Secara umumnya, minggu ini adalah agak tenteram bagi pasangan-pasangan kripto utama yang lain: Litecoin, Ethereum dan Ripple mengakhiri minggu hampir di tempat permulaan masing-masing.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. 60% daripada pakar-pakar menjangka pasangan ini akan bergerak sisi sepanjang Titik Pivot 1.1800. Analisis graf pada D1 juga melakar satu saluran sisi dengan sempadan 1.1750-1.2000. 15% daripada pengayun memberi isyarat pasangan ini telah terlampau dijual. Bako 40% daripada penganalisis menjangka trend menurun akan berterusan. Sokongan adalah pada paras 1.1700, 1.1665 dan 1.1585.
    Merujuk kepada acara-acara penting dalam minggu yang akan datang, kita patut memberi perhatian kepada mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa bagi Pasaran Terbuka FRS pada Rabu, Mei 23. Selain itu, mesyuarat ECB dalam polisi kewangan pada Khamis, Mei 24 dan ucapan pengerusi Rizab Persekutuan US, J.Powell pada Jumaat, Mei 25.

  • GBP/USD. Pendapat pakat-pakar adalah terbahagi hampir sama rata: 35% meramalkan pertumbuhan pasangan ini, 35% meramalkan kejatuhan dan 30% meramalkan trend sisi akan berterusan.
    Bagi analisis graf, ramalan bagi pasangan ini adalah pergerakan sisi dalam julat 1.3459-1.3615 pada H4 dan D1. Satu kejatuhan hebat dan pergerakan pasangan ini ke zon 1.3300 adalah dijangka.
  • USD/JPY. 65% daripada pakar-pakar, 95% daripada penunjuk trend dan 90% daripada pengayun, bersama analisis graf pada D1 menjangka trend menaik akan berterusan. Sasaran terdekat adalah ketinggian 112.00 dan yang seterusnya 100 mata lebih tinggi.
    35% daripada penganalisis, dengan sokongan 10% pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli, meramalkan kejatuhan pasangan ini. Analisis graf pada H4 tidak menolah kemungkinan pembetulan sementara waktu ke zon 109.85;
  • Matawang kripto. Ramalan utama oleh pakar pasaran saham bagi pasangan BT/USD adalah pertumbuhan bitcoin dalam mencapai $10,000. Sokongan adalah pada paras 8,100 dan 7,900. Pengayun tidak bersepadu di kalangan mereka. Sebagai contoh, MACD pada H4 menunjukkan satu pencapahan kecil bersama carta harga, yang menyatakan kemungkinan pertumbuhan pasangan ini. Penunjuk volum perdagangan MFI(Indeks Aliran Wang) pada H4 pula adalah di dalam zon terlampau dibeli dan meramalkan pergerakan ke selatan. Pada D1, ramalan adalah di sebaliknya. Bagi pasangan kripto yang lain, penganalisis berpendapat pembetulannya telah lengkap dan akan bertumbuh mengikut jejak bitcoin. Ethereum (ETH/USD): sasaran terdekat adalah 740.00, yang seterusnya adalah 835.00, sokongan adalah 635.00. Litecoin (LTC/USD): sasaran adalah 150.00 dan 180.00, sokongan adalah di kawasan 1300.00. Ripple (XRP/USD): sasaran adalah 0.8850, sokongan utama adalah 0.6140.   


Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.