Terlebih dahulu, ulasan bagi pergerakan pasangan-pasangan matawang utama dan matawang kripto sepanjang minggu lepas:
- EUR/USD. Kebimbangan pedagang-pedagang mengenai kemungkinan berlakunya perubahan politik dalam Itali mempengaruhi pergerakan pasangan ini pada permulaan minggu. Hasilnya, pasangan ini jatuh ke nilai setahun yang lalu, menghampiri tahap 1.1500. Situasi dalam zon euro mula bertenang, golongan populis Itali bersetuju dalam pembentukan kerajaan, dan dolar mula kehilangan kekuatannya. Dengan perkembangan ini, euro berjaya menawan kembali 215 mata daripada dolar. Pengumuman data mengenai pasaran buruh US yang positif (NFP naik dari 159K ke 223K) pada hari Jumaat masih tidak dapat mengubah situasi ini. Pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari hampir di mana ia bermula, dalam zon 1.1660;
- Dinamik yang serupa juga diperhatikan bagi pasangan GBP/USD. Pada mulanya, pasangan ini jatuh ke paras November 2017 tetapi sokongan dalam zon 1.3200 adalah kukuh dan pasangan ini naik kembali ke ketinggian 1.3345. Setelah itu, trend bear mula muncul tetapi akhirnya trend bull yang lebih menyerlah. Hasilnya, pasangan ini berjaya bertapak di suatu paras yang agak kukuh sepanjang dua minggu yang lepas - 1.3300, dan mengakhiri minggu di 1.3345;
- USD/JPY. Pada permulaan minggu lepas, pertumbuhan Yen masih berterusan. Sungguhpun indeks aktiviti dalam sektor pembuatan bulan Mei meningkat sedikit, Yen telah mula jatuh. Kejatuhan Yen ini mungkin disebabkan oleh tindakan Bank Pusat Jepun, yang mengurangkan pembelian bond kerajaan bagi kali pertama sejak Ogos 2017. Setelah pergelutan trend bull dan trend bear sepanjang minggu, pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan pada 109.52;
- Matawang kripto. Jika anda membanding kan graf bagi bitcoin dan alcoin yang utama, anda akan mendapati pergerakan mereka mirip dengan pasangan-pasangan matawang utama: kejatuhan dalam separuh minggu pertama dan kembali ke posisi permulaan dalam separuh minggu kedua. Secara keseluruhan, permodalan pasaran kripto masih tidak berubah dan kekal pada $330 billion.
Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:
- EUR/USD. Pada H4, pengayun dan penunjuk trend mengambil kedudukan neutral, manakala pada D1, mereka mengesyorkan pasangan ini dijual. Penganalisis-penganalisis pula tertumpu pada "Perang Perdagangan" Amerika Syarikat dan berita mengenai perlaksanaan duti kastam atas import aluminium yang berkenaan dengan negara-negara EU, Mexico dan Kanada. Oleh itu, kebanyakan daripada mereka (55%) menjangka pasangan ini akan naik ke zon 1.1800-1.1830. Pada masa yang sama, analisis graf pada H4 meramalkan pasangan ini mungkin turun ke sokongan dalam zon 1.1600.
Bagi jangka panjang, bilangan penyokong trend bull di kalangan pakar-pakar meningkat ke hampir 70% dan sasaran yang dinyatakan adalah pada ketinggian 1.2000 malah 1.2200 juga. Bagi trend bear, ramalan adalah pasangan ini tidak akan dapat melintasi rintangan pada 1.1800 dan trend menurun sepanjang tujuh minggu akan berterusan; - GBP/USD. Penunjuk bagi pasangan ini adalah mirip dengan yang bagi EUR/USD. Pendapat-pendapat pakar juga tidak berbeza sangat juga. 60% daripada mereka menjangka paun untuk naik ke 1.3420 dan jika melintasi, mencapai zon 1.3500. Rintangan seterusnya adalah 100 mata lebih tinggi.
Sungguhpun begitu, masalah Great Britain yang berhubungan dengan tarikan diri daripada EU masih wujud. Jika terdapat berita ekonomi yang negatif, penurunan paun akan berterusan, mencapai paras terbawah tempatan dalam zon 1.3085. Analisis graf pada D1 bersetuju dengan senario ini dan menyatakan 1.2900 sebagai paras sokongan yang lain; - USD/JPY. Kami telah menyebut mengenai pengurangan pembelian bond oleh Bank Pusat Jepun. Pasaran sedang menilai situasi buat sementara ini, tetapi pemain-pemain utama mungkin mengambil keputusan mengerakkan yen lebih bawah lagi. Tambahan lagi, beberapa pegawai Jepun berpangkat tinggi telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai sebaran perang perdagangan ke Jepun juga. Buat sementara waktu, pendapat penganalisis dan penunjuk terbahagi hampir sama rata kepada tiga - satu pertiga meramalkan kejatuhan, satu pertiga meramalkan pertumbuhan dan satu pertiga meramalkan trend sisi. Sokongan adalah pada paras 108.95, 108.65 dan 107.50. Rintangan adalah 110.00, 110.45 dan 111.10;
- Matawang kripto. Analisis pasaran menunjukkan bukan sahaja matawang digital boleh runtuh tetapi penyertaan pasaran ini juga. Sebagai contoh, pertukaran-kripto OKCoin, yang menduduki tempat pertama dua tahun yang lalu, kini di tempat ke-188. Secara umumnya, sepanjang masa ini, 8 daripada 10 peneraju pasaran kripto telah kehilangan kedudukan mereka. Pelancaran matawang kripto pada masa hadapan, bersama dengan pesimisme pelabur institusi memberi kesan negatif ke atas dinamik semasa dan pada ramalan. Oleh sebab ini, kami tidak dapat menjangka kenaikan mendadak bagi kadar pertukaran wang maya, seperti apa yang berlaku dalam Jun tahun lepas.
Buat masa ini, hampir semua pasangan-kripto utama sedang mengulangi pergerakan ketua mereka - BTC/USD, yang mana dengan penurunan dalam kemeruapan, sedang mengukuhkan kedudukan dalam zon 7,150.
Jika teori analisis graf diikuti, apa yang kita lihat sekarang adalah pembentukan satu rajah yang dikenali sebagai Pennant. Walau bagaimanapun, arah pergerakan yang seterusnya tentunya tidak bergantung kepada teori Forex tetapi pada keputusan dan tindakan, terutamanya pengawal selia utama.
Dalam kes lantunan ke atas, bitcoin dijangka bergerak ke ketinggian 11,700. Ini akan merupakan pulangan pasangan BTC/USD ke zon melebihi 9,000. Jika berlaku perkembangan negatif, bitcoin mungkin jatuh ke zon 5,000-6,000. Dalam minggu yang akan datang, kemungkinan besar bitcoin akan mencapai sokongan dalam zon 7,025-7,2000.
Bagi altcoin, seperti mana yang telah dinyatakan di atas, kemungkinan besar Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD), dan Ripple (XRP/USD) akan mengikut pergerakan bitcoin dalam masa depan terdekat tanpa sebarang aksi tersendiri.
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali