Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Jun 25-29, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Kebanyakan pakar-pakar (65%) menjangka pasangan ini akan cuba melintasi sokongan 1.1500. Walau bagaimanapun, percubaan ini gagal dan trend bear melemah, dengan kelegaan sementara dalam perang perdagangan antara US dan China, dolar jatuh 160 mata berbanding euro. Pasangan ini kembali ke zone Titik Pivot dalam enam bulan yang lepas dan mengakhiri tempoh lima hari pada 1.1657;
  • 60% daripada penganalisis berpendapat GBP/USD mampu melintasi batasan saluran empat-minggu 1.3200-1.3470 dan jatuh ke zon 1.3050. Ramalan ini adalah tepat: pada hari Selasa 19 Jun, pasangan ini berada di bawah sokongan 1.3200 dan pada hari Khamis 21 Jun, pasangan ini mencapai paras 1.3100. Sungguhpun begitu, Bank England mempersembahkan suatu kejutan kecil. Berbanding dengan 2 undi berbanding 7 yang dijangka, peningkatan kadar faedah menerima 3 undi. Sungguhpun ini tidak menyebabkan apa-apa perubahan secara asasnya, tetapi ini adalah petunjuk bahawa kenaikan kadar dalam Ogos adalah mungkin dan paun mula naik. Keputusannya adalah pasangan ini berjaya naik ke 1.3260;
  • USD/JPY. Keputusan minggu lepas sekali lagi membuktikan isyarat-isyarat sebahagian kecil daripada pengayun juga perlu dipertimbangkan. 20% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Mereka disokong oleh satu pertiga daripada penganalisis dan analisis graf pada H4 dan D1, menyatakan sokongan utama dalam zon 109.40. Mengambil kira lantunan biasa, ramalan ini terbukti tepat: pasangan ini mencapai paras bawah pada 109.54 pada Hari Selasa, selepas itu melantun ke 110.75 dan kemudian kembali ke garisan sokongan/rintangan jangka sederhana utama dalam zon 110.00;
  • Matawang kripto. Dalam awal Jun, jumlah permodalan pasaran adalah $330 billion, kini ia adalah $283 billion. Ini bererti dalam beberapa minggu pasaran telah kehilangan kira-kira 15% (lebih daripada 50% sejak permulaan tahun ini).
    Jika anda memerhatikan carta BTCUSD, gambaran yang serupa boleh dilihat bagi minggu ke-tujuh: trend bull cuba menaikkan pasangan ini, dan berikutan satu keruntuhan besar, semua usaha menjadi sia-sia. Hasilnya, bitcoin jatuh ke paras $5,925, minimum 6 Februari 2018.
    Adalah tidak munasabah untuk membincangkan sebab-sebab kejatuhan ini - sama ada ia adalah suatu keputusan negative oleh suatu pengawal selia, atau satu lagi pertukaran digodam. Semua ini adalah sebab-sebab untuk menenggelamkan kadar matawang kripto untuk beberapa ratus dolar. Altcoin yang termasuk dalam TOP-10 mengikut permodalan pasaran - ethereum, ripple, litecoin dan lain-lain, - turut mengikut kejatuhan bitcoin, mempengaruhi suasana pasaran dengan teruk.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • bagi data ekonomi, yang mampu terus menolak EUR/USD ke atas, kami hanya dapat perhatikan sedikit pertumbuhan bagi indeks PMI komposit Eurozone. Ini nampaknya merupakan sebab mengapa 55% daripada pakar-pakar memberi ramalan yang berhati-hati, menyatakan zon 1.1725-1.1750 sebagai sasaran. Majoriti penunjuk pada H4 adalah berwarna hijau, tetapi sudah ada 15% daripada pengayun telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli.
    45% daripada penganalisis yang lain adalah yakin bahawa pertumbuhan euro adalah fenomena sementara dan pasangan ini akan sekali lagi cuba mencapai paras 1.1500, dan jika berjaya melintasi, pasangan ini akan jatuh 100 mata lebih rendah.
    Analisis graf memberi gambaran campuran: pasangan ini jatuh ke zon 1.1450-1.1500 dan kemudian naik ke ketinggian 1.1840;
  • trend utama GBP/USD buat masa ini adalah dibentuk oleh ketua ekonomi Bank of England, Andy Haldane, yang mengundi untuk menaikkan kadar faedah pada hari Khamis. Tambahan lagi, pengawal selia ini telah memberi satu penilaian positif kepada ekonomi British secara keseluruhan dan menyatakan kesediaan untuk mengurangkan baki selepas kadar naik ke 1.5% (berbanding 0.5% pada hari ini). Penyata sebegini menyebabkan 65% daripada pakar-pakar meramalkan trend menaik akan berkekalan dan pasangan ini bergerak ke zon 1.3350-1.3450.
    35% penganalisis yang lain nampaknya tergolong ke dalam ahli teori konspirasi dan percaya bahawa semua kenyataan pengawal selia hanya merupakan percubaan untuk menyokong kadar paun, yang telah jatuh melebihi 1,000 mata sejak April. Pakar-pakar ini percaya kejatuhan pasangan ini akan berterusan dan akan mencapai paras 1.3100 dalam masa depan terdekat. Sokongan yang seterusnya adalah 100 mata lebih rendah.
  • Pendapat penganalisis adalah terbahagi separuh bagi pasangan USD/JPY - separuh menyokong pertumbuhan pasangan ini, separuh lagi meramalkan kejatuhannya, dan kedua-dua meramalkan pengurangan dalam kemeruapan. Paras-paras sokongan adalah 109.85 dan 109.50, rintangan adalah 110.25 dan 110.60. Analisis graf pada H4 bersetuju dengan pakar-pakar, menunjukkan konsolidasi dalam zon 110.10.
    Perlu dinyatakan adalah kira-kira 15% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, meramalkan pasangan ini akan mengalami pembetulan dalam masa depan terdekat.
  • Matawang kripto. Nampaknya masa kritikal semakin dekat apabila pengerak pasaran akan membuat keputusan sama ada bitcoin patut terus jatuh, atau trend patut naik ke atas.
    Jika BTC/USD melintasi sokongan dalam zon $5,900-6,100 dengan penuh keyakinan, kemungkinan tinggi ia akan sampai ke zon $4,300, di mana ia kekal buat satu masa yang panjang dalam Ogos-September lepas.
    Jika sokongan ini adalah kebal, penyokong bull akan mencuba sedaya-upaya untuk membawa bitcoin kembali ke ketinggian Mei dan mungkin mencapai paras 10,000.

    Pergelutan dalam pasaran matawang maya utama dijangka semakin serius dalam masa depan terdekat, dan dalam keadaan yang tidak menentu, pedagang kripto mungkin tidak patut menunggu bagi kemunculan sebarang trend yang kuat tetapi mengfokus pada perdagangan intra harian. Dan ini bukan sahaja berhubung kait dengan bitcoin tetapi semua altcoin asas.

 

 Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.