Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Ramalan bagi pasangan ini terbukti tepat hampir 100%. Kami menyatakan pertumbuhan yang sedikit ke 1.1725-1.1750 (pasangan ini berjaya naik ke 1.1720), dan juga kemungkinan berlakunya kejatuhan dan percubaan untuk mencapai paras 1.1500 (pada Khamis pasangan ini jatuh ke zon 1.1525). Akhirnya keseimbangan di antara trend bull dan bear tercapai dan pasangan ini kembali ke zon Titik Pivot bagi sebulan setengah dan mengakhiri tempoh lima hari di paras 1.1680;
- GBP/USD. Hasil undian daripada Bank England, penganalisis-penganalisis berasa positif - 65% daripada mereka menjangka pasangan ini akan naik melebihi 1.3350. Sungguhpun begitu 35% pakar-pakar lain, yang berpendapat semua kenyataan ini hanya merupakan suatu percubaan untuk menyokong kadar paun British, yang telah kehilangan 1,000 mata sejak April, terbukti tepat. Mengikut ramalan mereka, pasangan ini akan jatuh ke zon 1.3000-1.3100. Ini adalah apa yang telah berlaku: paras terendah terletak di tengah zon, dan pasangan ini kembali ke 1.3200 selepas itu;
- USD/JPY. Sekali lagi, bacaan pengayun adalah tepat - 15% daripada mereka memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, dan ini adalah mencukupi bagai pasangan ini untuk bergerak naik. Pada masa yang sama, ia kekal di dalam saluran sisi bulanan yang sempit, 109.20-110.90, yang mengesahkan pengukuhan pasangan ini dalam zon 110.10;
- Matawang kripto. Ramalan bagi BTC/USD adalah jika pasangan ini melintasi sokongan dalam zon $5,900-6,100, kemungkinan besar, setelah seketika, ia akan mencapai zon $4,300. Pada Jun 28, gerakan bear melakukan lintasan. Keruntuhan kelihatan pasti berlaku, tetapi apabila tiba di $5,790, pasangan ini terbeku sebentar dan kemudian melonjak naik pada Jun 30, mencapai ketinggian $6,525. Hasilnya, dalam sehari, bitcoin telah bertumbuh lebih daripada 10%, sebabnya adalah pembelian BTC skala besar oleh pelabur yang tidak dikenali, yang berlaku selepas niaga hadapan CME ditutup.
Banyak altcoin juga mengikut kenaikan bitcoin. Pertumbuhan tertinggi ditunjukkan oleh Bitcoin Cash +13% dan Litecoin +11%. Purata pertumbuhan dua puluh kripto top adalah 7-10%.
Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:
- Dalam minggu lepas, pertumbuhan jangka pendek EUR/USD adalah disebabkan oleh keputusan persidangan EU dan tercapainya persetujuan dalam isu migrasi. Sungguhpun begitu, dalam masa depan terdekat, penerbitan data ekonomi baru yang boleh menolah EUR/USD ke atas, adalah sukar dicapai. Penerbitan data pasaran buruh dalam Amerika Syarikat (NFP) pada 7 Julai mempunyai kepentingannya tetapi maklumat mengenai kemungkinan pengetatan polisi kewangan Fed mungkin berlawanan. Hasilnya, mengikut 35% daripada pakar-pakar, pasangan ini akan kekal di dalam koridor 1.1500-1.1725.
Pada masa yang sama, pasangan ini masih mungkin melintasi sempadan atas saluran ini dan naik ke zon 1.1725-1.1825. Ramalan ini disokong oleh 20% daripada penganalisis dan analisis graf pada H4.
45% daripada pakar-pakar yang lain, bersama analisis graf pada D1, dan 15% daripada pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli, meramalkan pasangan ini akan sekali lagi mencuba paras 1.1500, dan jika berjaya dilintasi, akan jatuh 100-150 mata lebih rendah; - Analisis graf GBP/USD juga memberi gambaran yang sama: pada H4, pertumbuhan ke paras 1.3300-1.3335, dan kejatuhan ke zon 1.2900-1.3100. Pada D1, 15% daripada pengayun menyokong senario yang kemudian.
Bagi pendapat pakar, mereka terbahagi kepada tiga: 35% menyokong pertumbuhan pasangan ini, 35% menyokong kejatuhan dan 30% menyokong trend sisi. Berdasarkan semua ini, kami berpendapat pasangan ini akaun terus bergerak sisi sepanjang zon 1.3200, bergerak dalam julat 1.3050-1.3325.
Bagi ramalan jangka sederhana, 65% penganalisis menyokong pertumbuhan pasangan ini ke zon 1.3450-1.3615. Hanya 35% meramalkan kejatuhan pasangan ini ke bawah paras 1.3000. Jika dalam ucapannya pada Khamis, 5 Julai, Pengerusi Bank England Mark Carney, mengesahkan secara langsung atau tidak langsung kenyataan bersifat agresif rakan sekerja beliau, Andy Haldane, pasangan ini dijangka akan mula melompat seawal-awalnya dalam minggu ini; - USD/JPY. Sungguhpun 10% daripada pengayun pada H4 dan D1 telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli, 55% daripada pakar-pakar masih menjangka pasangan ini akan bertumbuh, sekurang-kurangnya ke zon 111.45. Mereka meramalkan selepas itu, pasangan ini akan kembali ke sokongan 110.00. Pergerakan ini disokong oleh analisis graf pada D1 yang memberi amaran bahawa, jika paras ini dilintasi, pasangan ini akan jatuh 100 mata lebih rendah dengan pantas;
- Matawang kripto. Berikutan lonjakan bitcoin yang terkini, dunia kripto bertanya-tanya: Apa yang telah berlaku? Perubahan trend yang ditunggu-tunggu dan pemenuhan ramalan John McAfee bahawa bitcoin akan bernilai $1 juta setiap koin menjelang 2020? Atau ini suatu perangkap yang lain? Dan, mungkin Kenneth Rogoff daripada IMF adalah betul dalam mengatakan menjelang akhir tahun ini, kadar "bapa" matawang maya ini akan jatuh ke $100?
Mungkin soalan ini akan terjawab tidak lama lagi. Buat masa ini, seperti apa yang dikatakan oleh pendeta Greek purba Skelef, setiap orang melihat apa yang beliau inginkan. Penganalisis yang optimistik berkata jika bitcoin melintasi paras $6,700 dengan yakin, ini akan menjadi satu isyarat positif kuat bahawa trend akan berubah. Bagi golongan pesimis, ini adalah nafas terakhir suatu koin pada pengakhir hayatnya. Dan jika pasangan BTC/USD kekal di bawah zon $5,900, kemungkinan tinggi ia akan mencapai $4,300 dan kemudian lebih rendah.
Roman Butko, NordFX
Kembali Kembali