Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi Julai 16-20, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ramalan bagi pasangan ini terbukti tepat. Ramalan menjangkakan suatu pertumbuhan kecil bagi pasangan ini sehingga 1.1800 (realitinya, pasangan ini naik ke 1.1790), dan kemudian jatuh (jatuh ke paras 1.1620). Setelah itu, diikuti dengan suatu lantunan balik dan pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan di zon sokongan/rintangan kuat 1.1685;
  • GBP/USD. Sungguhpun kemeruapan adalah kurang daripada apa yang dijangka, trend utama bagi pasangan ini telah tepat diramal oleh analisis graf pada H4 dan D1. Mengikut senario ini, pasangan ini dijangka bertumbuh ke zon 1.3400 (naik ke 1.3360), dan kemudian dijangka jatuh tajam ke zon 1.3000 (jatuh ke 1.3100).
    Seperti yang diramalkan, kesan terhadap paun adalah disebabkan oleh kerajaan Great Britain. Pada minggu lepas, menteri-menteri Brexit yang utama telah meletak jawatan - Menteri Luar Negara Boris Johnson dan Setiausaha bagi Brexit David Davis, yang memberi tekanan tambahan kepada paun;
  • USD/JPY. Walaupun wujudnya perang perdagangan di antara AS dan China dan permintaan untuk yen sebagai matawang selamat yang semakin meningkat, polisi kewangan super lembut oleh Bank Jepun masih melawan matawang negara ini. Hentaman utama terhadap yen adalah pertumbuhan tinggi saham-saham Asia, dan oleh sebab itu, indeks Nikkei dan MSCI Asia Pasifik. Hasilnya, ia jatuh berbanding semua matawang  G-10 dan jatuh lebih daripada 240 mata berbanding dolar AS.
    Pada penghujung tempoh lima-hari, pembetulan berlaku dan pasangan terhenti di 112.35;
  • Matawang kripto. Kami telah memberi amaran, jika terdapat sebarang berita negatif, trend menaik bitcoin akan berubah secara pantas dari bull ke bear, membawa pasangan ini ke paras terendah Jun. Ia telah disebut berulang kali, sebenarnya berita ini hanya suatu alasan maya, yang mana digunakan oleh ramai spekulator untuk mengerakkan matawang maya ini ke atas atau ke bawah. Sebagai contoh, bagaimana kes pencurian "sebanyak" $23.5 juta daripada platform Swiss Bancor ($13.5 juta mengikut sumber-sumber lain), boleh menyebabkan keruntuhan seluruh pasaran? Adalah tidak mungkin ini boleh menyebabkan bitcoin runtuh sebanyak hampir 11%, menarik turun semua altcoin utama.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Bacaan ramalan pengayun pada H4 dan D1 adalah berselerak bagi pasangan ini - hampir satu pertiga adalah berwarna hijau, satu pertiga adalah merah dan satu pertiga adalah kelabu neutral. Bagi analisis, 80% daripada mereka, dengan sokongan analisis graf pada D1, berpendapat pasangan ini akan mengekalkan pergerakannya ke zon 1.1500. Sokongan terdekat adalah 1.1625, 1.1590 dan 1.1550.
    Perjumpaan di antara Presiden Amerika Syarikat dan Russia pada Isnin 16 Julai mungkin akan menguatkan dolar. Pakar-pakar tidak menjangka sebarang pencapaian bererti daripada perjumpaan ini tetapi jika kedua-dua pemimpin ini menyuarakan pendapat optimistik dalam hasilnya, matawang Amerika mungkin mendapat manfaat.
    20% daripada penanalisis mempunyai pendapat yang berlainan. Dalam pendapat mereka, pasangan ini mungkin sekali lagi mencuba paras 1.1790 dan jika berjaya, naik ke rintangan 1.1830;
  • GBP / USD. Perletakan jawatan dua perunding utama Brexit bererti Perdana Menteri British Teresa May telah memilih suatu pilihan lembut bagi negaranya untuk meninggalkan EU. Jika beliau kekal memegang jawatannya, ini mungkin menguatkan kedudukan paun di masa depan. Sungguhpun begitu, pada ketika ini, pasaran adalah negatif dan kebanyakan penganalisis (70%) meramalkan kejatuhan berterusan bagi pasangan GBP/USD ke paras 1.3100 dan seterusnya 50 mata lebih rendah lagi.
    Analisis graf pada D1 dan 10% daripada pengayun bersetuju dengan ramalan ini, memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Pasa masa yang sama, analisis graf menunjukkan pasangan ini mungkin akan bergerak dalam koridor sisi dalam lingkungan 1.3190 - 1.3285 buat sementara waktu;
  • 70% daripada pakar meramalkan penguatan dolar berbanding Yen Jepun. Mereka berpendapat pasangan USD/JPY akan cuba mencapai ketinggian Disember lepas dalam zon 113.50. Sasaran seterusnya adalah ketinggian November lepas - 114.75.
    Analisis graf pada H4 juga bersetuju dengan perkembangan acara. Tetapi pada D1, bacaan adalah berlawanan, kejatuhan ke zon 110.25-111.15 dan kemudian lebih rendah ke sokongan 109.35.
    Perlu dinyatakan bahawa terdapat sekumpulan penganalisis telah mula memberi nasihat untuk berhati-hati dengan dolar kerana mengikut ramalan mereka, matawang ini telah mencapai keadaan terlampau dibeli;
  • Matawang kripto. Kami telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan pasangan BTC/USD dalam ramalan yang lepas. Sekarang kita akan mengulas mengenai kesan negatif. Sebenarnya ia adalah mudah untuk meramalkan kejatuhan bitcoin pada minggu lepas - adala mencukupi dengan menyambung titik-titik A, B, C dan D dalam carta untuk melihat pelemahan trend menaik. Permodalan pasaran sekarang adalah pada kira-kira $240 billion, berdekatan dengan tahap terendah 2018. Jika keadaan ini berterusan, mengikut sesetengah pakar, keruntuhan mungkin berlaku. Akibatnya, bitcoin akan berada sekitar $3000 dan jumlah modal permodalan tidak akan melebihi separuh daripada permodalan pasaran semasa.
    Pasangan BTC/USD sedang didagangkan di sekitar pertengahan di antara paras terendah Jun ($5,790) dan ketinggian Julai ($6,830), jika tiada apa-apa kejadian luar biasa, ia dijangka kekal dalam koridor ini untuk beberapa minggu lagi.

 

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.