Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13-17 Ogos, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Tidak kira apa pandangan anda mengenai Presiden Trump, polisi ekonomi AS telah berjaya dilaksanakan. Ramalan GDP AS bagi tahun 2018 berkembang pesat ke atas indeks saham, dan kadar pengangguran pula akan menurun pada tahap terendah sepanjang 50 tahun lepas menjelang pertengahan tahun hadapan. Hasil dari perang perdagangan yang diterajui AS, ekonomi di Eurozone dan juga China telah mula menampakkan permasalahan. Berkemungkinan Donald Trumo akan menaikkan duti import bagi memperhebatkan lagi kemenangannya, sesuatu yang tidak perlu ditakuti oleh para pengeluar di Amerika jika nilai dolar menjadi lebih kukuh.
    Dalam masa sama, 88% responden yang ditemu bual Wall Street Journal menjangkakan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini. Secara tidak langsung ia akan menarik minat ke atas matawang dolar Amerika.
    Kemudian isu lira Turki yang melanda matawang euro. Disebabkan oleh kemerosotan dalam hubungan AS-Turki sejak beberapa hari lalu, nilai euro susut sebanyak 25% berbanding dolar.
    Bukan rahsia lagi terdapat beberapa bank utama di Eropah yang menyumbang kepada ekonomi Turki, dan pengurangan sebanyak itu pada nilai matawangnya boleh memberi masalah besar kepada mereka. Seperti yang ditulis dalam sebuah artikel pada Financial Times, dorongan rasa panik. Hasilnya, pasangan EUR/USD turun menjunam sejak hari Khamis, 9 Ogos.
    Diingat semula 70% penganalisis mengatakan pasangan ini akan turun ke sokongan 1.1505 untuk jangka sederhana, ia telah berlaku pada hari Jumaat. Begitupun ia tidak hanya berhenti di situ saja, turun sebanyak 120 mata lagi hingga ke paras 1.1385. Berakhirnya sesi pada minggu tersebut, pasangan itu didagangkan pada zon 1.1410 selepas berlaku sedikit lantunan semula;
  • GBP/USD. Masa depan paun British dilihat lebih gelap berbanding minggu lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa British Liam Fox mengenai 60% kemungkinan akan berlakunya Brexit mempunyai nada hampir sama dengan ucapan oleh ketua Bank of Englan Mark Carney dan ini menguatkan lagi pesimisme dalam pasaran.
    Minggu lalu, kebanyakan penganalisis (70%) meramalkan nilai GBP/USD akan turun paling minimum ke paras musim panas pada tahun 2017, dan ramalan itu tepat. Paras terendah sepanjang minggu adalah pada 1.2720, dan berada pada 1.2765 selepas berakhir lima hari dagangan.
  • USD/JPY. Perluasan perang dagangan antara AS dan China, ditambah dengan krisis di Turki, menjadikan yen Jepun matawang yang terselamat. Kesannya, nilai matawang itu naik sebanyak 35 mata berbanding dolar,, berada di sekitar 110.90 akhir minggu lalu;
  • Matawang Kripto. Pasaran ini masih dikawal trend bear. Tambahan lagi, tekanan ke atas matawang ini semakin meningkat. Jumlah pelaburan dalam pasaran ini telah jatuh sekitar 10% dan kini berada dalam lingkungan $230 bilion.
    Bagi ramalan kami minggu lalu, kami menjangkakan sokongan paling kuat untuk bitcoin adalah pada zon $6,000-6,100, paras hampir  tidak menguntungkan dalam penghasilannya. Ramalan ini 100% tepat: pasangan BTC/USD telah jatuh ke paras $6,125 pada hari Khamis 8 Ogos, dan kemudian ia bangkit semula ke sekitar 6,500.
    Ethereum (ETH) mengalami kerugian hampir 14.5% dalam seminggu, Litecoin (LTH) -22%, ripple (XRP) – melebihi suku daripada nilainya.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • faktor utama bagi menentukan pergerakan pasangan dolar pada masa hadapan telah diterangkan di atas. Bagi EUR/USD pula, 60% penganalisis percaya dolar akan terus kukuh, menyebabkan kejatuhan yang berterusan bagi pasangan ini. Kebanyakan indikator bersetuju dengan hal ini selepas analisis grafik dibuat pada H4 dan D1. Zon sasaran adalah pada 1.1120-1.1300.
    Selain itu, 40% penganalisis bersetuju pasangan ini mampu mengekalkan bentuk eselon pada 1.1370-1.1515 di masa hadapan, disahkan isyarat bahawa ianya terlebih jual dan telah difailkan sebanyak 15% oleh pengayun;
  • GBP/USD. Zon 1.2770 adalah paras sokongan/rintangan yang agak kuat, di mana pasangan ini telah berada berkali-kali pada tahun 2016 dan 2017.
    55% penganalisis percaya momentum negatif terhadap pasangan ini akan berterusan buat seketika, dan ia mungkin akan turun ke paras sokongan 1.2675-1.2720. Baki 45% penganalisis pula berpendapat pasangan ini sudahpun menjangkakan akan berlakunya pembetulan di bahagian sempadan atas saluran penurunan jangka sedehana pada zon 1.2940. Hanya selepas ia mencapai ketinggian ini, ia akan berubah arah dan meneruskan pergerakannya ke bawah. Kedua-dua analisis grafik serta 20% pengayun yang memberikan isyarat bahawa pasangan ini telahpun terlebih jual bersetuju dengan senario ini;
  • USD/PY. Jika anda melihat graf pada tempoh masa D1 dan W1, anda boleh melihat pecahan di sempadan bawah saluran jangka sederhana seperti yang telah dijangka, yang bermula pada hujung bulan Mac. Masih terlalu awal untuk menganggap ini sebagai kejayaan, tetapi hampir 70% penganalisis percaya, yang turut disokong analisis grafik pada H4 bahawa nilai yen yang kukuh ini akan berterusan, menyebabkan pasangan ini jatuh ke paras 110.30. Sokongan seterusnya adalah 100 mata lebih rendah.
    Selain itu, kawasan Pivot Point bagi 12 bulan yang lepas boleh dianggap berada di zon 111.60-110.80, yang menunjukkan kemungkinan pasangan ini akan membuat lantunan semula ke atas menuju rintangan pada 112.00-112.25 yang dipersetujui 30% penganalisis dan juga analisis grafik pada D1.

  • Matawang Kripto. Sentimen negatif dalam pasaran ini sentiasa didorong oleh penerbitan media yang negatif. Penerima anugerah Nobel, Paul Krugman dalam artikelnya di New York Times menjangkakan kejatuhan sepenuhnya pasaran matawang kripto. Ini disebabkan oleh kos transaksi yang tinggi dan tidak menguntungkan apabila menggunakan wang maya bagi membuat operasi dagangan. Menurut Bloomberg, volum operasi komersial yang menggunakan bitcoin di seluruh dunia pada bulan Mei telah jatuh dan hanya bernilai $60 juta.
    Dalam penulisan lain di Wall Street Journal pula mengesahkan versi turun naik matawang kripto tidak tertakluk pada mana-mana justifikasi ekonomi. Sebagai contoh, kadar matawang ini dipengaruhi oleh tindakan sekumpulan “gray traders” di laman sosial seperti Telegram. Menurut WSJ, 175 kes memanipulasi pasaran seperti itu telah direkodkan bagi enam bulan pertama, yang menunjukkan matawang kripto secara drastik melonjak naik dan kemudian turun semula. Teknik ini dikenali sebagai “Pump and Dump”.
    Untuk masa terdekat bagi pasangan BTC/USD pula, ia berkemungkinan akan berlegar-legar di zon $5.760-6.800 buat beberapa ketika. Perkara ini sudah dijangka, apatah lagi jika tiada sebarang berita penting yang benar mahupun spekulasi berkenaan teknik “Pump and Dump” dikeluarkan minggu ini. Harus diingat paras 5.760 adalah sokongan yang tidak pernah diatasi pasangan ini sejak kejatuhannya bermula pada 17 Disember, 2017.

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.