Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 September, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu ini dipenuhi dengan berita ekonomi yang tidak menentu, mengakibatkan pasangan ini bertumbuh pada awalnya, dan kemudian mengalami kejatuhan. Jika diingat, 45% penganalisis meramalkan nilai dolar menjadi semakin lemah dan menjangkakan pasangan ini akan bertumbuh ke paras 1.1750 disebabkan oleh rundingan antara AS-China yang bermasalah serta kenyataan presiden AS yang bercanggah dengan ketua Perbendaharaan. Ia benar-benar berlaku apabila pasangan ini mencecah paras tertinggi pada 1.1735.
    Statistik yang lemah dari zon euro telah menyokong ramalan 35% penganalisis yang bersetuju mengenai pengukuhan dolar. Akibatnya, ramalan 25% penganalisis yang tidak dapat memutuskan arah aliran utama pasangan ini ternyata benar, kerana akhirnya ia kembali ke nilai seminggu yang lalu dan mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.1600.
    Jika dilihat pada carta D1 dan W1, sudah jelas pasangan ini telah kembali ke saluran sisi dimana ia bergerak sepanjang pertengahan musim panas pada paras antara 1.1575-1.1750 setelah mencecah paras tertinggi pada bulan Ogos dan jatuh ke paras 1.1300;
  • GBP/USD. Isu berterusan mengenai Brexit telah menyebabkan pelabur asing berasa takut. Data yang dikeluarkan pada hari Khamis, 30 Ogos menunjukkan mereka menjual aset-aset di British dengan giat sekali. Nilai jualan bon kerajaan telah mencapai paras tertinggi sejak tahun 1982. - £ 17.2 bilion. Walaupun begitu, bukan sahaja paun berjaya mengekalkan kedudukan, malah ia juga memperoleh kira-kira 200 mata berbanding dolar selepas kenyataan perunding EU Michel Barnier yang dikeluarkan pada hari Rabu mengumumkan beliau mempunyai cadangan perdagangan unik terhadap Britain. Namun, Barnier turut berteka-teki dengan mengatakan beliau tidak menolak jika Brexit benar-benar akan berlaku, dan kenyataan tersebut telah menyebabkan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.2960;
  • USD/JPY. Jika diimbas kembali, kebanyakan pakar (65%) mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini dengan meletakkan sasaran pada paras 112.00. Pertumbuhannya mungkin terbantut serta mengakibatkan trend bertentangan yang berpunca daripada belian berlebihan ke atas pasangan ini, dan kesimpulan itu dibuat oleh 20% pengayun. Pada paras 110.75, ia berada pada sokongan terdekat.
    Hakikatnya, pasangan ini melonjak ke paras 111.82, dan kemudian jatuh sehingga menghampiri paras 110.70, justeru sasaran yang dibuat boleh dianggap hampir tepat. Paras terakhir berada pada zon 111.10, yang boleh dianggap sebagai Pivot Point bagi enam minggu sebelumnya;
  • Matawang Kripto. Pasaran kripto sekali lagi terselamat walaupun kenyataan mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) menolak permohonan bagi melancarkan dana pelaburan yang berorientasikan bitcoin (bitcoin-ETF) dikeluarkan. Keyakinan terhadap pasangan ini meningkat disebabkan oleh penyemakan semula permohonan-permohonan ini, dan juga maklumat mengenai peluang Yahoo Finance untuk menjalankan operasi dagangan dengan menggunakan bitcoin, Litecoin dan Ethereum.
    Para penganalisis menggelar situasi di mana nilai pasangan BTC/USD mencapai $6,850, sehingga mencecah $7,760 sebagai sasaran trend bull. Disokong berita positif, pasangan tersebut dengan mudah melepasi rintangan pada nilai $6,850, tetapi ia terhenti pada nilai $7,130 dan kembali semula ke zon rintangan yang bertukar menjadi zon sokongan. Namun, pasangan tersebut kembali naik melepasi nilai $7,000 pada penghujung hari dagangan.
    Bagi altcoin pula, graf mereka berulang kali menunjukkan dinamik matawang kripto utama, tetapi hanya Litecoin (LTH) sahaja yang mengalami pertumbuhan kecil, bertambah sebanyak hampir 9%. Malang bagi Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP), selepas bertumbuh pada pertengahan minggu, mereka kembali pada nilai asal mereka.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Trend utama bagi minggu hadapan boleh ditentukan seperti berikut: pertumbuhan kecil pasangan ini pada awalnya dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan dengan penurunan.
    15% daripada pengayun H4 menunjukkan pasangan ini sudah terlebih jual. Tambahan pula, pasaran akan menjangkakan data negatif daripada aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat pada hari Selasa, 4 September, yang boleh melemahkan dolar dan membenarkan pasangan itu meningkat ke zon 1,170-1.1750. Rintangan seterusnya adalah pada 1.1800.
    Namun, kebanyakan penganalisis (60%) mengunjurkan dolar yang lebih kukuh. Ia boleh berlaku jika data dari pasaran buruh dikeluarkan, ini termasuklah pengeluaran data dari ADP pada hari Khamis dan indikator NFP pada hari Jumaat, yang dijangka menjadi sokongan yang kuat untuk dolar dan membawa pasangan ini menghampiri paras terendah pada pertengahan bulan Ogos di zon 1.1300. Sokongan terdekat adalah di zon 1.1500-1.1525. Analisis grafik pada H4 dan D1 juga menunjukkan perkara yang sama.
    Bagi jangka masa sederhana, harus diingat bahawa dinamik positif pertumbuhan KDNK dan juga pasaran buruh yang kukuh adalah antara faktor penting yang diambil pihak Perbendaharaan untuk mengawal polisi kewangan, dan akhirnya, mengukuhkan lagi matawang AS;
  • GBP/USD. Kebanyakan penganalisis (60%) mengunjurkan peningkatan. Mereka sedar mengenai cadangan unik Michel Barnier dan dengan indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan di Great Britain yang meningkat dari 53.5 kepada 54.7 pada bulan Ogos, mereka percaya kedua-dua perkara ini boleh membantu aliran nilai pound sterling. Hasilnya, pembetulan harga akan berterusan, dan pasangan ini akan melonjak ke zon 1.3140-1.3170. Lebih daripada 80% pengayun di D1 juga menunjukkan warna hijau.
    Pendapat alternatif turut dipaparkan analisis grafik pada D1 dan 40% penganalisis yakin masalah Brexit akan menolak sebarang data ekonomi yang positif. Ia menjadi punca pasangan ini akan mengikuti trend menurun semula. Sokongan berhampiran berada di zon 1.2800, dan sasaran utamanya adalah pada 1.2660;
  • USD/JPY. Analisis grafik D1 menunjukkan kecenderungan pergerakan pasangan ini pada paras antara 110.00-111.45. Lebih daripada 55% penganalisis dan juga pengayun bersetuju dengan keadaan ini, dengan pengayun mendapat warna hijau, merah dan kelabu yang hampir sama jumlahnya. Sebab disebalik ramalan ini adalah masih sama. Pertama sekali, inflasi yang rendah telah menghalang pertumbuhan KDNK Jepun, serta kemaraan ekonomi AS yang turut memainkan peranan, dan yang kedua, yen sebagai matawang selamat dalam perang perdagangan antara AS-China serta skandal berkaitan pemilihan Presiden AS Donald Trump.
    Jika pasangan ini melonjak melebihi nilai ramalan, sokongan berikutnya terletak pada paras 109.30 dan 108.65, dan rintangannya pula terletak pada paras 112.15 dan 113.15;
  • Matawang Kripto. Target penurunan harga untuk pasangan BTC/USD adalah masih sama: melepasi paras sokongan $6,230, kemudian $6,000 dan menjunam hingga ke paras $5,760. Bagaimanapun, jika tiada berlakunya perkara diluar jangkaan, adalah hampir mustahil ia akan berada di bawah paras untung melombong pada zon $6,000-6,230.
    Bagi pendapat kebanyakan penganalisis, pertumbuhan pasangan ini boleh mencapai sehingga $7,760, kemudian mengalami pembetulan harga, dan terus meningkat ke paras tertinggi yang pernah dicapai pada 25 Julai, iaitu $8.500.

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.