Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Jika dilihat carta pasangan ini, jelas bahawa menjelang petang hari Jumaat, 23 November, nilainya kembali menyamai nilai pada pagi Jumaat, 16 November. Hampir tiada hasil yang ditunjukkan pada minggu ini, dan ramalan yang hampir tepat adalah daripada indikator trend dan pengayun pada D1 yang hanya mengambil posisi neutral.
Bagi penganalisis pula, satu pertiga daripada mereka meramalkan pasangan ini akan terus mengalami fasa pembetulan sehingga paras 1.1450-1.1550 (paras maksimum minggu lepas adalah 1.1460), dan kemudian nilai dolar kembali kukuh. Ia benar-benar berlaku, dan hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1330; - GBP/USD. Apa yang berlaku pada pasangan ini minggu lalu hampir sama dengan yang dialami EUR/USD, iaitu, hampir tiada perbezaan. Pada hari Khamis, selepas mengetahui Suruhanjaya Eropah telah meluluskan deklarasi terhadap Brexit, pound seperti mampu untuk mengubah situasi negatif tersebut. Nilainya melonjak 150 poin sehingga paras 1.2925. Tetapi kegembiraan pemegang matawang British itu tidak berpanjangan, pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan di zon 1.2810;
- USD/JPY. Berhubung dengan masa depan pasangan ini, pendapat penganalisis terbahagi hampir sama rata: 45% mengatakan kejatuhan pasangan ini, 45% lagi memilih pertumbuhannya, dan baki 10% hanya mengambil langkah neutral. Ternyata kesemua itu berlaku: pasangan ini mengalami penurunan pada awal minggu, kemudian kembali kukuh, dan kembali ke paras permulaan semasa berakhirnya sesi dagangan, berada pada Pivot Point di zon 112.90. Bagi paras sokongan/rintangan pula, analisis grafik meramalkan dengan tepat: ia meletakkan tanda pada had bahagian atas saluran H4 iaitu pada 113.10, dan turun ke paras 112.65 pada D1(nilai minimum mingguan telah diset pada 112.30);
- Bagi matawang kripto pula, terdapat dua versi ramalan, ramalan neutral dan juga … ramalan paling buruk. Hakikatnya, senario paling buruk telah berlaku. Situasi panik akibat hard fork (pemisahan) BCH (Bitcoin Cash) kepada dua coin yang baru telah memberi kesan terhadap pasaran. Akibatnya, nilai bitcoin jatuh lebih rendah, mencecah nilai bulan September tahun lalu di zon $4,210-4,250, dan membawa matawang kripto yang lain bersama: indeks TOP-5 kehilangan lebih daripada 500 poin, atau lebih kurang 25% sepanjang minggu tersebut.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Peristiwa paling penting yang mampu memberi kesan serius terhadap sebut harga kedua-dua matawang euro dan juga pound British adalah perjumpaan luar biasa pemimpin-pemimpin di sidang Kemuncak Eropah mengenai Brexit yang akan diadakan pada 25-26 November ini. Jika hasilnya positif, nilai pasangan ini mungkin akan kembali ke paras tertinggi bulan November iaitu 1.1470 dan 1.1500. Namun, tidak sampai separuh daripada penganalisis (40%) bersetuju dengan ramalan ini.
Baki 60% yakin bahawa nilai dolar akan menjadi semakin kukuh. Pada hari Rabu, 28 November, pasaran menjangkakan penerbitan data KDNK AS bagi suku ke 3, dan jika prestasi data itu lebih baik berbanding suku ke 2, ia mampu memberikan sokongan yang kuat terhadap matawang Amerika. Tumpuan juga harus diberi terhadap minit-minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang akan diadakan pada hari Khamis, 29 November, walaupun tiada kejutan yang dijangka akan berlaku hasil daripada perjumpaan tersebut.
Sasaran bagi bear ialah 1.1300 serta 1.1215 iaitu paras terendah tahun 2018, dan jika berlaku perkara yang tidak diingini, paras sokongan adalah pada 1.1120.
Jika bercakap tentang indikator pula, sekurang-kurangnya 15% pengayun pada H4 menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual, suatu petanda proses pembetulan jangka pendek akan berlaku; - GBP/USD. Hampir 100% indikator berwarna merah. Tetapi trend kehadapan bukanlah sesuatu yang ditentukan olehnya. Keputusan hasil Kemuncak Brexit EU sudah tentu sangat bermakna buat pound. Tetapi ia akan menghadapi ujian yang lebih getir: perjanjian terma-terma pengunduran British daripada Kesatuan Eropah yang masih belum lagi dipersetujui Parlimen British. Terdapat pelbagai kemungkinan ahli-ahli parlimen mereka menolak perjanjian tersebut. Dalam kes ini, undian semula diperlukan, dan ia mungkin akan dijadualkan pada bulan Februari, jika inilah yang berlaku, perasaan gusar akan timbul di hati para pelabur terhadap pound.
Di samping itu, perbezaan pendapat antara penganalisis terbahagi dua: separuh daripada mereka meramalkan pertumbuhan, dan baki separuh lagi memilih penurunan. Paras sokongan terdekat ialah pada 1.2720, 1.2695, 1.2660, manakala paras rintangan pula ialah 1.2885, 1.2925 dan juga 1.3025; - USD/JPY. Matawang Jepun seringkali bereaksi mengikut arah bertentangan berbanding dengan rakan Eropah mereka: jika nilai euro dan pound berbanding dolar jatuh, nilai yen akan meningkat. Perspektif inilah yang menjadi kunci bagi ramalan minggu depan. 55% daripada mereka yang turut disokong 90% pengayun dan juga 70% indikator trend memilih pasangan ini untuk mengalami penurunan ke paras sokongan 112.60 pada mulanya, dan kemudian jatuh 30 poin lagi. Berkemungkinan pasangan ini mampu mencecah paras 112.00 dengan jayanya.
Senario lain yang disokong 45% penganalisis, analisis grafik pada D1 dan juga 10% pengayun menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual. Sasaran bull adalah pada zon 113.15-113.40 serta 114.20-114.55.
- Matawang Kripto. Trend negatif berkemungkinan akan terus berlaku, dan bitcoin akan cuba sedaya upaya untuk melepasi paras $4,000. Sasaran seterusnya adalah 1000 poin ke bawah. Satu lagi kecacatan ditemui pada kontrak pintar berasaskan ethereum, dan pasangan ETH/USD mungkin akan jatuh ke paras fisiologi paling penting iaitu $100. Sasaran bagi litecoin (LTH/USD) mungkin berada di bawah $30, dan ripple (XRP/USD) pula berada di bawah paras $0.40.
Berita gembira buat bull kripto, terdapat perbezaan antara sebut harga Bitcoin dan juga bacaan kebanyakan pengayun, dan ini menunjukkan kemungkinan akan berlakunya pembetulan kearah atas. Namun, menurut kebanyakan penganalisis, semua ini akan berlaku untuk tempoh masa yang singkat.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali