Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang dijangka, berita baik pertama yang mampu meningkatkan nilai euro adalah Sidang Kemuncak pemimpin Eropah mengenai Brexit. Hasil perbincangan yang positif membolehkan matawang Euro melonjak ke paras 1.1383 pada hari Isnin, 26 November, dan selepas itu pasaran dikuasai oleh dolar semula.
    Menjelang Rabu, pasangan ini mula menghampiri paras terendah tahun 2018 dan jatuh ke paras 1.1255, dan tanpa dijangka ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell yang berucap di New York Economic Club mengisytiharkan kadar faedah ke atas dolar hanya rendah sedikit daripada paras neutral!
    Pada Oktober lalu, beliau berkata kadarnya jauh daripada paras tersebut, dan sebulan kemudian parasnya hampir menjadi “sifar”, ketika keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan. Ucapan sebegitu memberi sedikit kesan terhadap pasaran, akibatnya bull yang memihak Euro berjaya mendorong pasangan ini ke atas sekali lagi: kali ini pada ketinggian 1.1400. Tetapi selepas itu tidak banyak statistik mengenai ekonomi di Eurozone yang diterbitkan, dan pasangan ini jatuh semula. Akhirnya, keseluruhan minggu boleh disimpulkan dengan ringkas sebagai “sifar”: pasangan ini berakhir di tempat sama ia bermula;
  • GBP/USD. Trend dagangan intra mingguan bagi pasangan ini adalah hampir sama dengan apa yang dialami oleh pasangan EUR/USD. Akan tetapi akibat ketidaktentuan Parlimen British yang mungkin tidak meluluskan perjanjian mengenai Brexit, telah memainkan peranan dalam menimbulkan kesangsian terhadap pound. Hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu tersebut sedikit rendah berbanding semasa ia bermula, jika pada awal minggu nilai pound berada di sekitar 1.2810, ia mengakhiri minggu di paras 1.2750;
  • USD/JPY. Berkenaan dengan masa depan pasangan ini, pendapat para penganalisis terbahagi hampir sama. Margin yang kecil (55%) memihak kepada bear, tetapi ternyata kemenangan adalah milik bull di penghujung minggu, biarpun hanya kemenangan kecil. Pasangan ini mampu melonjak kira-kira 60 poin sepanjang minggu, dan berakhir di sekitar 113.50;
  • Matawang Kripto. Ramalan bagi pasaran ini adalah negatif, dan ia 100% wajar: lebih 80% daripada semua jenis coin jatuh dengan teruk, mengikuti jejak bitcoin. Yang menarik untuk diketahui adalah berapa rendah matawang kripto akan turut serta jatuh bersama-sama coin yang lain di sepanjang minggu.
    Ramalan kami mengatakan pasangan BTC/USD berkemungkinan akan turun melepasi paras $4,000. Memang benar ia jatuh sehingga $3,660, dan kembali ke paras $4,000 pada hari Jumaat. Ethereum (ETH/USD) pula berada pada $102.6. Litecoin (LTC/USD) juga jatuh ke paras $24.2 di beberapa bursa, dan Ripple (XRP/USD) berada di bawah $0.33. 

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jika dilihat pada graf, jelas bahawa pasangan ini memplotkan graf “pennant” untuk bergabung di sekitar 1.1315-1.1350. Bagi pergerakan selanjutnya, kebanyakan penganalisis (60%) dan lebih daripada 90% indikator pada H4 dan D1 mengunjurkan pengukuhan nilai dolar yang lebih tinggi dan mencuba paras terendah baru tahun 2018, iaitu 1.1215.
    Sebagai tambahan kepada hasil kemuncak G20, kenyataan Ketua Rizab Persekutuan J. Powell yang seterusnya adalah pada hari Rabu, 05 Disember dan Jumaat, 7 Disember, serta penerbitan data rutin mengenai pasaran buruh AS pada penghujung minggu juga turut memberi kesan terhadap pembentukan trend. Menurut ramalan, NFP mungkin akan jatuh sebanyak 15-20% berbanding nilai sebelumnya, dan ini boleh melemahkan sedikit matawang AS. Perhatian perlu diberikan di sini iaitu dalam ramalan bulanan, 60% penganalisis sudah pun memihak kepada bull, menanti pasangan ini untuk kembali ke zon 1.1400-1.1500;

  • GBP/USD. Sekarang pasangan ini menghampiri zon terendah untuk tahun ini, iaitu pada 1.2670-1.2695, dan analisis grafik pada H4, turut disokong lebih daripada 90% indikator trend dan pengayun meramalkan ia akan berhenti dan turun ke zon 1.2600-1.2620 secara mendadak.
    Akan tetapi pendapat para penganalisis tidak begitu jelas: hanya 55% menyebelahi bear. Baki 45% yakin pasangan ini tidak mampu untuk mencatat paras terendah yang baru, dan ia akan bergerak ke atas menuju ketinggian 1.2900;
  • USD/JPY. Walaupun kami ingin memberi ramalan yang jelas, namun tiada pilihan tepat yang dibuat para penganalisis matawang Jepun: betul-betul separuh daripada mereka memilih pertumbuhan pasangan ini, dan baki separuh lagi memilih kejatuhannya. Semua orang menantikan hasil persidangan G20, disebabkan itu ramalan yang diberi turut samar-samar.
    Indikator juga memberi reaksi yang sama, walaupun hampir kesemuanya berwarna hijau. Bagi analisis grafik pula, ia menjangkakan pertumbuhan pasangan ini ke paras 114.20-114.40, dan kemudian menjunam pertama kalinya ke paras sokongan 113.00, dan kemudian ke paras 111.75. Dalam situasi yang tidak menentu, sangat berguna jika kita membuat rujukan terhadap ramalan jangka panjang. Di sini, 65% penganalisis yang turut dipersetujui analisis grafik menjangkakan pengukuhan yen, dan pasangan ini mengalami penurunan ke paras 112.00;
  • Matawang Kripto. Situasi sukar dialami ramalan matawang kripto disebabkan oleh penilaian harga sebenar yang mustahil untuk dibuat. Ianya berbentuk maya dan anggarannya mampu berubah sehingga puluhan, ratusan malah ribuan kali ganda. Secara khususnya tidak menguntungkan untuk fokus hanya kepada kos penghasilan sahaja, kerana tiada tugasan berguna yang mereka lakukan dan juga tiada material bernilai yang mereka hasilkan. Hanya masa, wang dan tenaga elektrik yang mereka gunakan.
    Buat masa ini ramalan penganalisis adalah seperti berikut: 60% mengunjurkan bitcoin akan terus jatuh sehingga $3,000, manakala 30% berharap ia kekal berada antara $4,000-$4,500, dan 10% pula adalah golongan optimis yang yakin bahawa semua ini adalah kerja pelabur utama, membeli coin dengan harga murah dan akan mula memaksa pertumbuhan pasaran tidak lama lagi.
    Namun, perasaan optimis itu mula hilang jika anda mendengar apa yang diucapkan pengasas dan juga CEO Nvidia Jensen Huan. Ketua bagi pengilang terbesar pemprosesan mining itu mengaku bahawa mereka telah tersilap tentang prospek pasaran kripto, dan kini syarikat beliau memfokuskan pada GPU bagi pengkomputeran menggunakan kecerdasan buatan dan kegunaan dalam kenderaan pandu sendiri.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.