Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ramalan kami mengenai data pasaran buruh yang lemah ternyata 100% tepat. ADP dan juga ISM pada sektor perkhidmatan juga tidaklah begitu menyakinkan, dan salah satu indikator utama, NonFarm Payrolls, jatuh daripada 237K ke 155K, iaitu hampir 35% penurunan.
    Ramalan berkaitan titik pertemuan pasangan ini di sekitar 1.350 juga ternyata benar: ia bertukar kepada pergerakan lateral pada minggu lalu di saluran 1.1310-1.1415 dengan Pivot Point di sekitar 1.1350-1.1360.
    Perbezaan antara paras mingguan tertinggi dan terendah tidak mencecah 100 poin, walaupun terdapat banyak perkara penting yang telah berlaku baru-baru ini. Antaranya ialah statistik pasaran buruh AS seperti yang disebutkan di atas, ia juga dibantu oleh penurunan nilai KDNK negara tersebut, mesyuarat OPEC dan kenyataan Iran mengenai petroleum, serta penangkapan Meng Wanzhou, pengarah kewangan Huawei oleh agensi penguatkuasa AS… Tetapi tiada reaksi ketara yang ditunjukkan pasangan ini. Hanya satu sebab mengapa ia berlaku: perayaan Krismas hampir tiba, keadaan di mana para pelabur besar yang sudahpun menyelesaikan hasil tahunan mereka dan mahu mengelakkan sebarang pergerakan yang mengejut daripada berlaku;
  • GBP/USD. Keadaan juga amat tenang bagi pasangan ini, walaupun terdapat kecairan yang sedikit tinggi: pengayun berubah sebanyak 180 poin. Unjuran penurunan di sekitar 1.2600-1.2620 tidak berlaku, ia hanya mencecah paras 1.2655, dan kemudian beralih arah menuju ke Pivot Point pada minggu lalu, mengakhiri tempoh lima hari pada 1.2726;
  • USD/JPY. Pada minggu lalu, pendapat para penganalisis terbahagi kepada dua: separuh daripada mereka mengatakan pertumbuhan pasangan ini, manakala separuh lagi memilih penurunan. Bagi situasi seperti ini, kami menggunakan ramalan jangka panjang berbanding ramalan mingguan, dan tekaan kami tepat. Gambarajah ini sudah pun menunjukkan perbezaan: kebanyakan penganalisis (65%) yang turut disokong analisis grafik mengunjurkan pengukuhan yen serta penurunan pasangan ini ke zon 112.00. Tapi ini yang telah berlaku: setelah kembali stabil selepas kerugian dua minggu berturut-turut, pasangan ini mencecah paras 112.20. Ia mengakhiri sesi dagangan pada paras 112.70, iaitu pada kedudukan yang sama ia didagangkan pada pertengahan bulan November;
  • Matawang Kripto. Tidak banyak yang boleh dikatakan: graf dengan jelas menunjukkan bahawa situasi terburuk yang diramalkan akan berlaku. 60% penganalisis menjangkakan Bitcoin akan terus menjunam, dan pada petang Jumaat, paras terendah tahunan sekali lagi dicatatkan iaitu di sekitar $3,275, kerugian sebanyak 16% dalam masa tujuh hari. Sebagai matawang kripto “rujukan” (kini dalam sebut harga), paras altcoin turut mengalami nasib yang sama.
    Menurut Ernst & Young, 86% daripada keseluruhan coin kini didagangkan sedikit rendah berbanding nilai yang telah diisytiharkan, dan modal pasaran kripto telah jatuh kepada $113 bilion, mengalami kerugian sebanyak 700 bilion dalam masa 11 bulan (86%).

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang telah disebutkan, sudah tiba masanya pasaran merekodkan keuntungan atau kerugian (mana yang berkaitan) tahunannya. Namun, beberapa data makroekonomi dijangka akan dibentangkan pada minggu hadapan,  dan ia mampu memberi kesan terhadap perubahan sebut harga.
    Disebabkan itu, pada hari Rabu, 12 Disember, data inflasi di Amerika Syarikat akan dikeluarkan, dan jika kadar yang ditunjukkan adalah tinggi, bermakna lebih tinggi kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah. Dalam masa sama, dengan melihat keadaan yang mungkin akan berlaku, pelabur dan pedagang tidak menjangkakan pihak Rizab untuk menaikkan kadar tersebut pada bulan Mac tahun hadapan.
    Pada hari Khamis, 13 Disember, satu keputusan mengenai kadar faedah di Eurozone dijangka akan dibuat. Kebarangkalian kadarnya tidak akan berubah adalah tinggi, dan ia terus kekal berada pada kosong, jadi perhatian penuh harus diberi kepada sidang akhbar oleh Mario Draghi, Presiden ECB selepas itu.
    Kami menantikan statistik terhadap jualan runcit di Amerika Syarikat pada hari Jumaat. Sudah semestinya pasaran akan menerima impak berdasarkan laporan perang dagangan Amerika-China untuk sepanjang minggu. Kejutan lain yang turut menjadi konflik adalah penahanan CFO Huawei, dan orang ramai menunggu apa tindakan Presiden Trump terhadap isu tersebut.
    Pada masa yang sama, majoriti penganalisis dan indikator mengambil langkah berada pada posisi neutral. Bull memiliki kelebihan yang kecil, menjadikan sekitar 1.1500-1.1550 sebagai sasaran mereka. Paras sokongan berada pada 1.1265 dan 1.1215. Ramalan kali ini hampir mengulangi situasi yang berlaku pada minggu lalu: pergerakan di sekitar 1.1310-1.1415;
  • GBP/USD. Bagi pasangan ini, ramalan penganalisis adalah sama dengan ramalan yang dibuat ke atas EUR/USD: kelebihan yang bull miliki hanyalah 5%. Tetapi hampir 90% daripada indikator trend dan 70% pengayun berwarna merah. Pembentukan trend mungkin dipengaruhi oleh data KNDK negara UK yang akan dikeluarkan pada hari Isnin 10 Disember, serta data purata gaji pada Selasa 11 Disember. Apa yang lebih menarik adalah undian mengenai Brexit di Parlimen Britain yang akan diadakan pada hari yang sama, iaitu hari Selasa. Jika diingat semula ramalan, segelintir ahli parlimen mungkin tidak akan bersetuju tentang Perjanjian terma penarikan diri dari EU, dan undian kali kedua pula dijadualkan pada Februari 2019, yang mungkin memberi kesan terhadap pound. Paras sokongan adalah pada 1.2660, 1.2540 dan 1.2500, manakala paras rintangan pula adalah pada 1.2810, 1.2850, 1.2925;
  • USD/JPY. Pada hari Isnin, 10 December, statistik KDNK Jepun akan dibentangkan dan, kami ingin tekankan bahawa ia adalah satu-satunya data dari negara Matahari Terbit yang dapat mempengaruhi sebut harga pasangan ini. Para pelabur lebih berhati-hati terhadap perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat dan menggunakan yen sebagai matawang perlindungan. Disebabkan itu kebanyakan penganalisis (65%) yang turut disokong oleh indikator trend mengunjurkan pengukuhan matawang Jepun dan penurunan pasangan ini sekurang-kurangnya ke paras sokongan 112.20. Sokongan seterusnya berada berhampiran 111.75, dan kemudian 110.85. Bagi rintangannya pula, ia berada di zon 113.20, 113.65 dan 114.00.
    Analisis grafik juga menunjukkan penurunan pasangan ini. Namun pada H4, ia menjangkakan lonjakan ke paras 113.10 pada mulanya, hanya selepas itu ia akan mula menurun;

  • Matawang Kripto. Pihak berkuasa mengetatkan kawalan terhadap pasaran yang tidak digabungkan pada awalnya sehingga menimbulkan lebih banyak berita-berita negatif. Berikut adalah perkara yang akan dihadapi oleh komuniti kripto tidak lama lagi:
    Di Korea Selatan, cukai ke atas pendapatan menjalankan operasi matawang kripto sedang dalam perancangan; di Jepun, selain daripada perlu mendaftarkan kesemua ICO, bursa kripto diwajibkan untuk memberi maklumat pendapatan pelanggan jika pihak berkuasa memerlukannya; di Singapura, kesemua pelabur di pasaran ICO kini perlu mendapatkan lesen serta mengambil langkah yang perlu dalam memerangi penggubahan wang haram; Switzerland juga merancang untuk menggubal beberapa pindaan undang-undang. Serta banyak lagi.
    Menyedari akan kelebihan serta peluang yang ada pada blockchain, banyak negara yang mahu mengeluarkan wang digital mereka sendiri (Honduras dan Iran sedang melakukannya) serta menghalang wang kripto sedia ada daripada berleluasa. Namun ia akan memakan masa.
    Begitupun, berikut adalah pendapat penganalisis: 65% mengunjurkan penurunan ke paras $2,500-$3,000, 25% memihak kepada trend sisi di sepanjang paras $3,000 dan 10% lagi kekal optimis seperti sebelum ini, mengunjurkan Bitcoin kembali ke paras $4,000-$5000 untuk tempoh sederhana.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.