Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Jika diimbas semula pada minggu lalu, komuniti penganalisis tidak dapat memberi pendapat yang jelas mengenai pergerakan pasangan ini. Ia disebabkan oleh kurangnya ketelusan dalam kedua-dua rundingan Brexit dan juga antara AS-China. Tambahan pula, para penganalisis menantikan data KDNK di Jerman dan juga EU untuk dikeluarkan, serta data inflasi dan juga jualan runcit di AS. Jika Eropah menunjukkan pertumbuhan yang diunjur sebanyak 1.2%, manakala di Jerman pula naik sebanyak 0.2% (daripada -0.2% kepada 0.0%), data yang dikeluarkan AS akan menyebabkan pasaran menjadi kucar-kacir. Jualan runcit jatuh sebanyak 1.2%, nilai maksimum dalam 10 tahun. Akhirnya, indeks dolar telah menggantung pertumbuhannya dan hilang kedudukan nilai tertinggi dalam tempoh dua bulan
Dolar juga turut memberhentikan pertumbuhannya terhadap matawang Eropah. Namun, jika kita dapat rumuskan keseluruhan lima hari dagangan, kemenangan tetap menjadi milik “rakyat Amerika”: pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 1.1295 setelah bermula dari paras 1.1320; - GBP/USD. Nilai pound turun untuk tiga minggu berturut-turut. Masalah berkenaan Brexit kini telah ditambah dengan indikator makroekonomi yang teruk dan ia memberi gambaran tentang kelembapan ekonomi negara tersebut: pertumbuhan KDNK turun daripada 0.6% kepada 0.2% jika dibandingkan dengan suku sebelumnya, dan indeks harga pengguna jatuh sebanyak 0.3%. Akhirnya, pada hari Khamis, paras minimum mingguan telah direkodkan pasangan ini iaitu pada 1.2770.
Kemudian statistik ekonomi AS pula dikeluarkan dan menukar arah trend. Hasilnya, pound British mampu mendapatkan semula 115 poin daripada dolar dan mengakhiri minggu tersebut pada paras 1.2885; - USD/JPY. Matawang Jepun mengalami kerugian pada permulaan minggu, mencecah nilai 111.12 yen bagi setiap dolar. Akan tetapi, arah pergerakan pasangan ini bertukar secara mendadak akibat kejatuhan pasaran saham yang telah disebabkan oleh kelemahan data ekonomi di Amerika Syarikat dan juga rundingan antara AS-China yang menemui jalan buntu. Kenaikan permintaan dalam pelaburan tanpa risiko membolehkan sebut harga pasangan ini turun ke paras 110.25, dan ia kekal pada 110.45 setelah ia melalui proses pembetulan;
- Matawang Kripto. Minggu lalu, setelah menyedari pasangan ini kembali ke garisan penyatuan (Pivot Point), di mana ianya bergerak selama 11 minggu bermula pada akhir bulan November 2018, memberi jawapan kepada persoalan sama ada lonjakan Bitcoin ke paras $3,800 boleh dianggap sebagai petanda “ribut” kripto. Jangkaan kami adalah tepat: penyatuan itu berterusan, dan pasangan ini bergerak di koridor sempit antara $3,630-3,750 sepanjang minggu, yang kini masuk minggu ke 12.
Jumlah modal pasaran kripto juga hampir tidak berubah. Jika pada hari Jumaat 9 Februari ia berada pada paras $121.78 bilion, tujuh hari selepas itu jumlahnya adalah $120.16 bilion. Bagi altcoin utama pula, berbeza dengan matawang kripto rujukan, ia menunjukkan kemeruapan yang tinggi. Sebagai contoh, julat turun naik bagi Litecoin (LTC/USD) adalah sekitar 15%, dan Ripple (XRP/USD) pula sekitar 7%.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Situasi ekonomi di Eropah yang tidak rancak berada pada satu sisi skala, manakala kejatuhan indeks saham dan perang perdagangan di Amerika Syarikat berada pada satu sisi lagi. JP Morgan dan Penganalisis Makroekonomi telah menurunkan ramalan mereka terhadap pertumbuhan KDNK AS. Manakala BofA, Merrill Lynch dan Bloomberg telah menaikkan ramalan mereka ke atas Eurozone. Pada pandangan mereka, pertumbuhan sifar bagi KDNK Jerman hanyalah faktor yang bersifat sementara, dan jika Brexit berlaku lebih awal serta ekonomi China bertambah baik, Jerman bersama-sama negara Eropah yang lain akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang mampan. Semua ini, dan juga keinginan pihak Rizab untuk memberhentikan sementara pengetatan kewangan akan memberi pasaran sebab untuk percaya langkah yang agak lambat telah diambil pihak berkuasa, kegawatan di AS akan berlaku tidak lama lagi, dan ia akan turut menyerang Eropah. Dalam hal ini, tekanan terhadap dolar akan meningkat. Tetapi ini hanyalah ramalan untuk masa hadapan.
Dalam masa yang sama, 70% penganalisis, dan turut disokong oleh indikator pada D1, mengunjurkan pengukuhan nilai dolar dan trend penurunan EUR/USD akan terus berlaku. Sasaran seterusnya adalah pada 1.1200. Sokongan berikutnya terletak di zon antara 1.1085-1.1115.
Pendapat berbeza dibuat 30% penganalisis dan analisis grafik pada D1, kerana mereka percaya masalah ekonomi AS akan memaksa dolar mengalami kerugian dalam masa terdekat. Dalam hal ini, ia akan kembali ke had koridor jangka sederhana iaitu antara 1.1300-1.1500 dan naik pertama sekali ke bahagian tengah dan kemudiannya ke sempadan atas; - GBP/USD. Ramalan bagi pasangan ini adalah hampir sama seperti ramalan yang dibuat ke atas EUR/USD. Seperti sebelumnya, 70% penganalisis yang turut disertai 90% pengayun dan indikator trend pada D1 menjangkakan penurunan, manakala 30% lagi yang turut dipersetujui oleh analisis grafik menunjukkan pertumbuhan. Perpisahan daripada EU yang tidak dapat dielakkan dan semakin hampir masih lagi mempunyai syarat-syarat yang tidak dapat difahami dan ia memberi masalah kepada kelompok majoriti. Bagi kelompok minoriti pula, mereka berhadapan masalah dengan Amerika Syarikat, yang kebanyakan telah pun dibincangkan di atas. Paras sokongan adalah pada 1.2830, 1.2715, 1.2655, dan paras rintangan pula pada 1.2925, 1.3000 and 1.3065;
- USD/JPY. Jika dolar AS berada di kedudukan selesa berbanding euro dan juga pound, konfrontasi antara matawang itu dengan yen adalah berbeza. Dinamik positif ke atas matawang Jepun sebagai matawang selamat mungkin akan berterusan selepas kemerosotan ekonomi global yang semakin meruncing dan kurangnya minat dalam pelaburan berisiko.
Pendapat penganalisis berkenaan masa depan pasangan ini terbahagi dua, tetapi jika beralih pada ramalan bulanan, 65% pengananlisis memilih pengukuhan yen. Paras sokongan pasangan ini adalah pada 110.00, 109.60, 109.10, 108.50. Paras rintangannya pula adalah pada 110.65, 111. 25, 112.30, 113.70; - Matawang Kripto. Seperti yang dikatakan para penganalisis, tiada faktor yang menjadi asas untuk menjelaskan lonjakan Bitcoin ke paras $3,800. Justeru, kemungkinan besar, lonjakan ke atas ini tidak akan pergi jauh. 65% penganalisis percaya bahawa julat pergerakan pasangan BTC/USD ini hanyalah di antara $3,500-3,300 dan perlahan-lahan turun ke paras $3,000. Baki 35% lagi mempunyai sudut pandangan berbeza, dengan mengunjurkan pasangan ini mampu melonjak ke paras $4,000 walau hanya untuk seketika
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali