Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Untuk sepanjang minggu, nilai matawang Eropah semakin meningkat bukan saja disebabkan oleh pertumbuhan indeks Euro Stoxx 600, ia turut disertai dengan retorik pigeon oleh Ketua ECB Mario Dragi, tetapi sebab yang paling utama sekali adalah sikap optimis berkenaan syarat perpisahan (dan mungkin bukannya perpisahan) UK daripada EU. Hasilnya, pasangan ini melalui penyatuan semula di koridor jangka sederhana antara 1.1215-1.1570, julat di mana ia bergerak sejak akhir bulan Oktober 2018, malah ia turut menghampiri garis tengah, mencapai ketinggian 1.1338 pada hari Rabu, 13 Mac.
Hanya pada hari Khamis, 14 Mac nasib tidak menyebelahi matawang Eropah. Semua sudah maklum bahawa pada hari tersebut tidak akan diadakan perjumpaan antara ketua negara Amerika Syarikat dan China, Donald Trump dan Xi Jinping, ianya hanya akan berlaku pada bulan April. Walaupun bersifat sementara, sekali lagi berita ini membangkitkan minat pelabur terhadap dolar, dan pasangan ini dilihat berada di kedudukan 1.1345 pada hari Jumaat. Bagi penghujung sesi dagangan pula, pasangan ini bertemu 20 poin lebih rendah pada paras 1.1325 yang berpunca daripada nilai Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan yang kukuh; - GBP/USD. Kebanyakan penganalisis mengunjurkan pengukuhan matawang British dan pertumbuhannya pada bulan Mac dimulai dengan berada pada paras tertinggi bulan Februari (1.3350), dan kemudian naik 200 poin lebih tinggi. Ramalan ini benar-benar berlaku: paras tertinggi minggu lalu berada pada ketinggian 1.3380, dan pasangan ini mengakhiri lima hari dagangan di sekitar paras rintangan yang kuat pada 1.3300.
Amplitud ayunan mingguan mencecah 420 poin. Jika dilihat pada carta, ia menyerupai corak cardiogram, turun naiknya berhubung terus dengan apa yang sedang berlaku di London pada ketika ini. Parlimen Great Britain telah bersetuju untuk mengadakan sekali lagi referendum dan mereka lebih memihak untuk menunda tarikh akhir Brexit kepada 30 Jun. Dalam masa yang sama, senario perpisahan secara “sukar” iaitu tanpa sebarang perjanjian dengan EU telah ditolak. Buat masa ini, Perdanan Menteri Theresa May terpaksa tunduk kepada permintaan Kesatuan Eropah untuk menunda Brexit. Tetapi lain pula ceritanya dengan reaksi EU, kerana semua 27 negara yang menyertai komuniti ini perlu memberi persetujuan. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada perjanjian baru kelak. Jika dalam tempoh lebih dua tahun pun tiada siapa yang boleh membuat keputusan, apa yang mereka boleh capai dalam tempoh tiga bulan akan datang? - USD/JPY. Seperti yang dijangka kebanyakan penganalisis, pasangan ini kekal di saluran menaik, pergerakan matawang ini sejak permulaan bulan Januari 2019 sehingga hampir mencecah sasaran pada 112.00. Ia berada hanya 10 poin lebih rendah dari paras tersebut, tetapi ketua Bank of Japan, Haruhiko Kuroda, berjaya menghalang kejatuhan matawang negaranya.
Prestasi ekonomi Jepun tidak kelihatan begitu baik. Defisit dagangannya adalah yang terbesar dalam tempoh 6 tahun, dan pengurangan eksport ke China adalah yang tertinggi dalam masa 2 tahun. Sebahagian puncanya disebabkan oleh sambutan Tahun Baru di China, tetapi sebab utamanya adalah Jepun sedang mengalami kelembapan pertumbuhan ekonomi global. Rancangan untuk menaikkan cukai jualan bagi tahun 2019 juga tidak dapat menambah sikap optimis terhadap ekonomi negara tersebut
Namun, menurut Kuroda, bukan semua perkara adalah teruk. Beliau berucap dalam sidang media pada 15 Mac, “Buat masa ini, kami beranggapan ekonomi di China dan Eurozone akan pulih dalam enam bulan terakhir tahun ini dan ia menjadi senario terbaik kami.” “Ekonomi Jepun sendiri akan kekal berkembang secara sederhana, dan keinginan untuk mencapai sasaran paras inflasi sebanyak 2% adalah kekal dan tidak berubah.” - Matawang Kripto. Ada satu falsafah paradoks terkenal yang digelar Buridan Ass. Ia satu perumpaan oleh ahli falsafah terkenal Greek iaitu Aristotle, dan apa yang ingin disampaikan adalah mengenai masalah dengan pilihan. Terdapat keldai yang kelaparan, dan ia berada di tengah-tengah timbunan jerami sama tingginya. Yang mana satu harus dipilih? Menurut pepatah, keldai itu akhirnya mati kelaparan kerana tidak dapat membuat pilihan.
Tiada keldai di dalam komuniti matawang kripto, hanya ada bull dan bear, walaupun begitu mereka tidak tahu arah yang perlu dituju bagi mendapatkan keuntungan maksimum, hanya bergerak pada satu garisan setelah beberapa lama.
Itu adalah satu metafora. Umum mengetahui harga Bitcoin berada di sekitar $3,900. Sudah tiga minggu turun naik maksimumnya tidak melebihi 200-300 poin. Sesetengah penganalisis berharap ini adalah pengakhiran bagi fasa pengumpulan serta keadaan yang tenang sebelum melandanya ribut. Persoalannya, apakah yang boleh dianggap sebagai ribut?
Seperti yang dijangka, pasangan BTC/USD bergerak di koridor antara $3,850-4,050 pada minggu lalu. Ethereum (ETH/USD) dan Litecoin (LTC/USD) menunjukkan keserdehanaan turun naik yang hampir serupa. Hanya Ripple (XRP/USD) saja yang mengalami beberapa lonjakan, walaupun kemudiannya semua kembali reda dan menjadi normal semula.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Pada satu sisi, kelembapan KDNK di AS serta prospek tentang ekonomi di Eurozone yang semakin pulih memberi kelebihan kepada matawang Eropah. Pada satu sisi yang lain pula, ancaman Trump untuk memulakan satu lagi perang dagangan menentang EU menimbulkan kebimbangan tentang masa depan di Eropah. Hasilnya, kebanyakan penganalisis (65%) percaya bahawa pasangan ini akan terus mengimbangi pada julat antara 1.1215-1.1570. Dalam masa yang sama, maklumat positif tentang Brexit akan membantu ia mencapai sasaran di sempadan atas saluran ini. Rintangan kukuh paling hampir adalah pada zon 1.1400, paras seterusnya adalah 100 poin lebih tinggi.
Pada hari Rabu, 20 Mac, pihak Rizab Persekutuan AS akan mengumumkan kadar faedahnya serta sidang media yang biasa dilakukan bersama Jerome Powell, ketua organisasi tersebut. Tiada sebarang kejutan dijangka akan berlaku mengenai isu yang pertama, kadar faedahnya akan kekal dan tidak berubah. Kebanyakan penganalisis (60%) percaya kenaikan kadar hanya akan berlaku pada bulan September atau bulan-bulan seterusnya. Tetapi Powell boleh mengubah ramalan ini dalam ucapannya, dan kemudian pasangan ini mungkin akan mengalami penurunan, melepasi sempadan bawah saluran 1.1215, dan kembali ke paras terendah pada 7 Mac, 1.1175. Kira-kira 15% penganalisis tidak menolak penurunan pasangan ini ke kawasan sekitar 1.1000-1.1100 akan berlaku pada Mac-April nanti;
- GBP/USD. Satu laporan mengenai data makroekonomi di UK akan dikeluarkan pada hari Selasa, 19 Mac dan Rabu, 20 Mac, dan pada hari Khamis, 21 Mac pula, Bank of England akan mengumumkan kadar faedah yang baru. Tetapi perhatian ke atas semua hal tersebut akan terhalang dengan satu lagi episod baru mengenai Brexit: proses undian yang baru akan diadakan di Parlimen bagi mencapai persetujuan dalam perjanjian dengan EU pada 20 Mac, dan hal ini pastinya akan meningkatkan turun naik pasangan ini.
Pasangan ini mengakhiri minggu lalu dengan berada di zon yang memiliki paras rintangan kukuh iaitu pada 1.3300, paras yang cuba dicapai sejak Jun tahun lalu. Perubahan zon ini kepada paras sokongan pula akan bergantung kepada perkara yang dicapai selepas berakhirnya pertemuan di Parlimen, dan apa jua keputusan yang Bank of England berikan keesokan harinya. 70% penganalisis, disokong oleh 90% indikator trend serta pengayun pada D1 menunjukkan sikap optimis, mengunjurkan pasangan ini mampu untuk naik ke paras 1.3470. Sasaran seterusnya pula berada pada paras 1.3600.
Pendapat alternatif pula disokong oleh 30% penganalisis. Menurut mereka, potensi pound untuk berkembang telah berakhir, dan pasangan ini akan melalui pergerakan lateral di saluran antara 1.2960-1.3300. Paras sokongan/rintangan adalah pada 1.3080 dan 1.3200; - USD/JPY. Secara amnya ramalan bagi pasangan ini masih lagi sama: 75% penganalisis percaya trend menaik akan terus berlaku, dan pasangan ini akan melepasi sasaran pada 112.00, dan ia dijangka akan bergerak ke saluran sisi antara 112.25-113.70 kemudiannya, seperti yang berlaku pada November-Disember lalu.
Ramalan yang dibuat oleh analisis grafik pada D1 dilihat lebih terkawal: pergerakan lateral antara 111.35-112.70.
Bagi indikator pula, 70% daripada kedua-dua H4 dan D1 adalah berwarna hijau, 20% berwarna kelabu, neutral, dan hanya 10% berwarna merah.
Jika berlakunya pembalikan trend, paras sookongan adalah pada 109.10, 110.25 dan 110.75; - Matawang Kripto. Jika anda lihat pada carta Bitcoin, pasti anda berperasaan buruk tentang satu lagi malapetaka. Lihat pada segmen dari pertengahan bulan Julai ke pertengahan bulan November 2018: penurunan naik turun secara berperingkat, penyatuan, keadaan tenang, dan hasilnya … penurunan sebut harga sekurang-kurangnya 45%, - daripada $6,500 kepada $3,660.
Sekarang cuba lihat tempoh daripada pertengahan bulan November hingga ke hari ini. Pasti gambaran serupa yang anda lihat: penurunan naik turun secara berperingkat, penyatuan, keadaan tenang, dan hasilnya … Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku. Namun begitu, 70% penganalisis memilih penurunan pasangan BTC/USD ke paras lebih rendah daripada $3,000 pada musim bunga.
Untuk ramalan minggu hadapan, ia masih lagi sama: kemungkinan besar, pasangan ini akan terus bergerak di sepanjang ufuk $3,900 dengan lonjakan sebut harga sebanyak 200-300 poin pada mana-mana arah. Ingatlah bahawa syarat dagangan yang ditawarkan syarikat broker NordFX mampu memberi keuntungan kepada dagangan intraday matawang kripto walaupun turun naiknya hanyalah sedikit saja. Dagangan dibuat pada MT4 dan MT5, platform yang biasa diguna pedagang, komisyen yang minimum, dan ia hanya memerlukan $100 untuk MT5 atau $300 untuk MT4 bagi membuka posisi belian atau jualan dengan volum 1 Bitcoin (1 lot).
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali