Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pihak Rizab Persekutuan telah mengekalkan kadar faedah, iaitu pada kadar 2.5%, dan tiada sebarang kenaikan akan berlaku sepanjang tahun ini. Mereka turut menurunkan unjuran terhadap KDNK dan juga inflasi di AS serta menaikkan ramalan bagi kadar pengangguran untuk tahun 2019-2021.
    Tindakan dan kenyataan yang dibuat pihak berkuasa Amerika seperti itu mengesahkan bahawa kemelesetan ekonomi telah pun bermula, seterusnya memberi kesan negatif terhadap matawang AS. Justeru, nilai dolar turun ke paras $1.1447 bagi setiap euro pada hari Khamis, 20 Mac. Namun, nilainya tidak terus turun tetapi ia pulih sedikit jika dibandingkan dengan hampir semua matawang utama, dan yang lebih penting lagi, kukuh berbanding euro. Semua ini disebabkan oleh data dari Jerman yang lemah – PMI (indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan) pada bulan Februari hanya mencatatkan nilai 44.7 dan bukan seperti yang diunjurkan iaitu 48.0. Kebimbangan mengenai krisis ekonomi global sekali lagi timbul akibat penularan berita ini dan bukan saja euro mengalami susut nilai, ia turut mengakibatkan kejatuhan teruk saham dan bon. Pasangan EUR/USD kerugian 175 poin dalam masa dua hari, dan kemudian, setelah ia pulih sedikit, pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada paras 1.1300;
  • GBP/USD. Rundingan akhir Brexit ditangguhkan. Pengakhiran rasa simpati terhadap pound juga ditangguhkan. Matawang British itu kerugian hampir 300 poin dalam masa empat hari pada permulaan minggu, menghampiri paras 1.3000. Namun, melihat pada retorik “pigeon” oleh Ketua Rizab Persekutuan AS Jerome Powell serta “bantuan” yang EU berikan, Perdana Menteri Teresa May mempunyai masa sehingga 12 April bagi menyelesaikan sebarang isu penerimaan perjanjian yang beliau bentangkan, membolehkan pound menjauhi jurang yang dalam dan mengakhiri dagangan lima hari dengan berada hampir pada paras sokongan/rintangan yang kukuh pada 1.3200;
  • USD/JPY. Tidak seperti apa yang dialami “sekutu” lain di Eropah, nasib lebih menyebelahi yen untuk beberapa minggu ke belakang. Jika dibandingkan dengan unjuran terhadap kemelesetan ekonomi, semakan semula ramalan makroekonomi serta kejatuhan nilai saham dan bon di Amerika Syarikat serta Eropah, pasangan ini turun ke paras 109.70 pada tengah hari Jumaat, 22 Mac, dan ia mengakhiri minggu tersebut dengan berada di paras 109.90;
  • Matawang Kripto. Ramai penganalisis terus memberi gambaran kepada orang awam dengan ramalan akan berlakunya lonjakan harga matawang digital. Pelabur usahasama Amerika terkenal Tim Draper percaya bahawa peralihan ke matawang kripto secara besar-besaran akan bermula dalam tempoh dua tahun. Bagi Tom Lee pula, seorang penganalisis kewangan dan juga pengasas bersama Fundstrat Global Advisors, dalam temubualnya bersama CNBC, beliau memberi ramalan jangka pendek dengan menyatakan sentimen bear terhadap pasaran bitcoin akan digantikan dengan bull dalam tempoh enam bulan akan datang. Pada pandangan beliau, titik peralihan akan berlaku pada bulan Ogos, dan BTC dengan mudah akan mencecah nilai antara $10-20,000.
    Di sebalik sikap optimis ini, kenyataan bersifat pesimis juga diambil kira. Contohnya, Chicago Board Options Exchange (CBOE), yang dulunya memperkenalkan dagangan niaga hadapan ke atas Bitcoin, kini enggan menambah kontrak baru.
    Mendengar berita seperti itu, seperti yang kami ramalkan, BTC/USD tidak berjaya melepasi paras $4,150. Harapan terakhir para pelabur untuk sepanjang minggu tesebut adalah nilai pasangan itu tidak turun di bawah paras $4,000, usul mengenai trend ke atas boleh dibincangkan jika ianya berlaku, walaupun hanya sedikit.
    Selain itu, Litecoin (LTC/USD) kekal pada had saluran menaik, Ethereum (ETH/USD) mengalami penyatuan berdekatan garis $139.00, dan Ripple (XRP/USD) pula berada pada paras $0.318 selama 10 minggu yang boleh dianggap sebagai Pivot Point pasangan itu.              

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Situasi yang berlaku ke atas pasangan ini boleh digambarkan sebagai tidak jelas … langsung. Satu pihak dengan kelembapan KDNK di AS, satu pihak lagi kecewa dengan prospek ekonomi di Jerman. Keengganan pihak Rizab untuk menaikkan kadar faedah langsung tidak membantu dolar, manakala ketakpastian berpanjangan mengenai pemisahan UK dengan EU pula tidak membantu euro. Hasil ke atas bon Perbendaharaan AS selama 10 tahun mencecah paras terendah dalam tempoh setahun, tetapi hasil bagi bon Jerman selama 10 tahun pula hampir jatuh di bawah paras 0%. Pasaran niaga hadapan AS iaitu S&P 500 turun sebanyak 0.5%, manakala saham-saham di Eropah berwarna merah, hanya menunggu masa kerana indeks utamanya sudah pun kerugian 1%.
    Ayunan ini boleh terus berlaku tanpa pengakhiran. Disebabkan itu pembahagian penganalisis dalam ramalan mereka adalah sama rata, 50 dan 50. Perhatian harus diberi ketika beralih ke ramalan jangka sederhana, 70% penganalisis sudah pun berpihak kepada bull.
    Analisis grafik pada H4 menunjukkan kenaikan pasangan ini ke paras 1.1380 pada mulanya, kemudian turun ke paras 1.1175, dan diikuti dengan kembalinya pasangan ini ke had koridor jangka sederhana antara 1.215-1.1570.
    Bagi perkara utama yang akan berlaku pada minggu hadapan, tumpuan harus diberikan terhadap ucapan Ketua ECB Mario Draghi yang akan diadakan pada hari Rabu, 27 Mac, serta penerbitan indeks harga pengguna di Jerman dan juga data tahunan KDNK AS pada hari Khamis, 28 Mac. Tambahan lagi, jika mengikut ramalan, nilai sebenar KDNK mungkin 0.2% lebih rendah daripada yang diumumkan sebelumnya.
  • GBP/USD. Perdana Menteri Theresa May meminta Kesatuan Eropah menunda Britain untuk keluar daripada EU sehingga 30 Jun 2019. Namun, EU telah menyatakan penangguhan itu haruslah lebih panjang. Jika tidak, ianya tidak harus ditunda. Untuk menjalankan proses Brexit dalam masa yang singkat adalah satu pilihan yang kurang bijak, kerana ia hanya memanjangkan perkara yang masih belum jelas, dan semua sudah letih menantikannya sehinggakan memberi tekanan yang berpanjangan ke atas pound.
    Buat masa ini, kebanyakan penganalisis (60%) percaya bahawa pasangan ini seharusnya cuba sekali lagi untuk berada pada paras 1.3000, dan jika ianya gagal, ia akan mencecah paras terendah 11 Mac iaitu pada 1.2955.
    Pandangan alternatif hanya akan berlaku jika terdapat berita positif berkenaan Brexit, iaitu lonjakan pasangan ini ke paras 1.3310. Paras rintangan berikutnya adalah pada 1.3350 dan juga 1.3445;

  • USD/JPY. Majoriti besar kedua-dua indikator trend serta pengayun pada H4 dan D1 adalah berwarna merah. Walau bagaimanapun, 15% pengayun pada kedua-dua tempoh masa sudah pun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah lebih terjual. Analisis grafik pada D1 menyatakan terdapat kemungkinan akan berlakunya pembalikan trend ke arah atas, jika melihat pada bacaannya, pasangan ini boleh kembali berada di zon antara 110.75-112.15.
    Pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut: 50% menjangkakan penurunan yang lebih rendah, 30% memilih pembalikan trend ke arah bertentangan manakala 20% lagi memilih pergerakan lateral. Seperti yang berlaku baru-baru ini, pembentukan trend akan dipengaruhi oleh berita berkenaan hala tuju rundingan antara AS-China serta indikator makroekonomi dari Eropah dan juga AS, sama ada ianya akan menyokong atau menyangkal kemungkinan berlakunya krisis ekonomi global yang baru;
  • Matawang Kripto. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto bertambah perlahan-lahan kepada $141.6 bilion pada hari Rabu 20 Mac, nilai sama pada penghujung November lalu. Mungkin disebabkan perkara itu, buat pertama kali sejak sekian lama, 70% penganalisis tidak lagi membuat ramalan yang kurang menyenangkan dan kurang optimis. Pada pandangan mereka, pasangan BTC/USD tidak akan jatuh di bawah paras $3,900 pada minggu hadapan tetapi ia akan cuba untuk melepasi rintangan pada paras $4,200. Namun, jika beralih pada ramalan jangka sederhana, mengimbangi kekuatan yang berubah, seperti sebelum-sebelumnya, 70% penganalisis berpihak kepada bear, memilih penurunan pasangan ini di bawah paras $3,000.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.