Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Walaupun terdapat penurunan terhadap data KDNK, dolar AS dirasakan agak berkeyakinan pada minggu ini. Semuanya bukanlah disebabkan oleh Presiden AS, mahupun pihak Rizab, ianya berpunca daripada Perdana Menteri Great Britain dan juga ahli Parlimen negara tersebut yang gagal dalam memutuskan cara untuk memecahkan kebuntuan hasil dorongan mereka sendiri.
Kebiasaannya, kekaburan mengenai Brexit akan memberi tekanan terhadap matawang Eropah yang telah pun mengalami penurunan sepanjang minggu. Sebarang percubaan yang dibuat bull bagi mengubah trend pasangan ini kekal berada di bawah garis rintangan ke arah bawah (1.1447-1.1230). Hanya pada hari Jumaat, pasangan ini beralih membuat pergerakan ke sisi sejurus sebelum undian di Parlimen British dilakukan. Disebabkan itu, bermula pada 20 Mac, pasangan ini kerugian hampir 235 poin, menetapkan paras terendah pada ketinggian 1.1209, sangat hampir dengan paras sokongan/rintangan yang penting iaitu pada 1.1200; - GBP/USD. Gelaran Foggy Albion yang diberi kepada Britain oleh orang Yunani kuno bukanlah hanya sekadar gelaran. British berjaya membiarkan prosedur Brexit berlarutan seperti kabus yang menyelebungi sehinggakan sangat mustahil untuk diselesaikan.
Pada penghujung hari Jumaat, 29 Mac, komen kami adalah seperti berikut: Undian di Parlimen menyaksikan perjanjian dengan EU yang dibuat oleh Theresa May ditolak tiga kali berturut-turut. Undian tersebut juga memilih untuk tidak keluar tanpa sebarang perjanjian dibuat. Kepimpinan negara tersebut mempunyai masa sehingga 12 April bagi merumuskan rancangan seterusnya atau keluar tanpa sebarang perjanjian (tetapi Parlimen menentang tindakan itu). Puan May dilihat akan mencadangkan suatu perkara tambahan ke atas prosedur Brexit berdasarkan artikel 50 dalam Perjanjian Kesatuan Eropah. Tetapi UK perlu menyertai pilihan raya dalam Kesatuan itu yang mana sekali lagi ditentang oleh ahli parlimen negara tersebut.
Negara-negara di Eropah juga gagal memahami tindakan seterusnya dalam menghadapi ketaktentuan itu, disebabkan itulah satu sidang kemuncak EU secara tiba-tiba saja akan diadakan. Setakat ini pound British telah turun ke sempadan paling rendah di koridor sisi selama lima minggu iaitu di antara 1.2960-1.3350, dan ia tidak kekal di situ, setelah memperoleh semula 55 poin, ia kemudiannya mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.3030; - USD/JPY. Nilai dolar yang semakin kukuh serta tiada penurunan ke atas kehendak risiko para pelabur sepertinya tidak dapat menjejaskan nilai yen. Jika diingat semula 15% daripada pengayun pada H4 serta D1 pada penghujung minggu lalu sudah pun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah lebih dijual, dan ia memberi gambaran awal akan berlakunya peralihan trend, kemudian analisis grafik pula menunjukkan lonjakan pasangan ini ke paras melebihi 110.75. Ternyata apa yang berlaku adalah mengikut senario berikut: pasangan ini pada mulanya bergerak ke arah atas, naik dari paras 109.70 kepada 110.90. Kedudukan terakhirnya adalah pada 110.85;
- Matawang Kripto. Ramalan kami pada minggu lalu ada menyatakan, walaupun tiada sebarang berita yang harus diberi tumpuan, pasangan BTC/USD tidak akan jatuh di bawah paras $3,900, tetapi ia akan cuba untuk melepasi paras rintangan di zon $4,200. Itulah yang sebenarnya berlaku. Setelah tiba di kedudukan terendah yang ia catatkan pada paras $3,938 pada hari Isnin 25 Mac, pasangan ini beralih dan bergerak ke arah atas untuk hari-hari berikutnya, dan mencecah nilai $4,190 pada hari Jumaat, dan kemudian mengakhiri kitaran selama dua minggu dengan berada di kedudukan hampir sama semasa ia bermula.
Seperti Bitcoin, Ethereum (ETH/USD) dan Litecoin (LTC/USD) menunjukkan dinamik yang hampir sama, memperoleh hampir 100% daripada kerugian yang ia alami baru-baru ini. Hanya Ripple (XRP/USD) yang gagal untuk kembali ke paras tertinggi iaitu pada $0.328 yang dicatatkan pada 16 Mac, dan berhenti sedikit rendah berbanding Pivot Point selama 10 minggu berturut-turut iaitu pada $0.318.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Jika pasangan ini melepasi paras sokongan pada 1.1200, ia mampu untuk terus bergerak ke bawah. 75% penganalisis, 100% indikator trend serta 90% pengayun pada H4 dan D1 bersetuju dengannya. Sasaran paling hampir adalah paras terendah bagi 2018-19 iaitu pada 1.1175, paras yang direkodkan pada 7 Mac lalu. Sasaran berikutnya terletak 50 poin ke bawah.
Walaupun ia seperti suatu kelebihan yang jelas buat bull, tiada satu perkara pun yang sudah pasti. Sekarang ini, 10% pengayun telah memberi isyarat bahawa pasangan ini sudah terlebih jual. Analisis grafik pada D1 juga menyatakan ia tidak akan mampu untuk melepasi paras sokongan yang kuat pada 1.1175 dan kemudian kembali ke paras 1.1340. Bagi ramalan jangka sederhana pula, 60% penganalisis bersetuju dengan kembalinya pasangan ini di sekitar 1.1300-1.1500.
Bagi hal ekonomi, tumpuan harus diberi kepada penerbitan statistik pasaran pengguna di Eurozone dan juga Amerika Syarikat pada hari Isnin, 1 April, tidak lupa juga data pasaran buruh AS (termasuklah NFP) yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 5 April. Penganalisis menjangkakan bilangan pekerjaan baru yang dihasilkan di luar sektor agrikultur akan naik mendadak untuk bulan Mac jika dibandingkan dengan bulan Februari, kenaikan daripada 20K kepada 175K, walaupun pertumbuhan gaji purata masih lagi kekal di kedudukan yang sama. Data seperti itu seharusnya mampu mengukuhkan nilai dolar, tapi harus diingat bahawa pasaran akan mengambil kira ramalan-ramalan seperti ini terlebih dahulu dalam sebut harga mereka.
- GBP/USD. Semasa rencana ini ditulis, ramalan pasangan ini hampir menyerupai dengan ramalan bagi EUR/USD. Semuanya sama termasuklah sikap bearish 75% penganalisis dan juga indikator yang berwarna merah. Sebagai tambahan kepada kabus yang menyelubungi Brexit, negara UK kini mengalami defisit dagangan yang serius, kadar faedah yang rendah, serta pound yang digambarkan berisiko, disebabkan itu para pelabur akan mengelak daripada membuat pelaburan ke atas ekonomi British.
Pound mengakhiri sesi dagangan hampir pada paras sokongan/rintangan iaitu pada 1.3000. Tidak seperti matawang euro, kedudukannya masih lagi jauh berbanding paras terendah yang dicatatkan untuk tahun 2018-2019. Justeru, kejayaan untuk turun ke paras di bawah 1.3000 akan membuka jalan bagi pound membuat sokongan pada paras 1.2830 dan juga 1.2770.
Persamaannya dengan euro pada minggu ini adalah berkenaan kebimbangan terhadap senario bearish dan bullish. Jika dilihat, isyarat terlebih jual ditunjukkan oleh 10% pengayun, dan analisis grafik pula menunjukkan, setelah ia jatuh ke paras 1.2960, pasangan ini akan bergerak ke atas menuju bahagian tengah koridor sisi selama lima minggu iaitu di zon 1.3150 antara 1.2960-1.3350; - USD/JPY. Pergerakan pasangan ini yang seterusnya bolehlah dihadkan di saluran antara 109.70-112.15. Secara dasarnya ia kini berada di tengah-tengah, menimbulkan satu-satunya persoalan iaitu ke arah mana ia akan pergi, ke atas atau ke bawah.
Kebanyakan indikator trend dan pengayun pada H4 memberi gambaran ke arah atas, dan mengambil posisi neutral pada D1. Dalam masa yang sama, 15% pengayun pada H4 menunjukkan pasangan ini telahpun dibeli secara berlebihan.
Pendapat penganalisis pula, 65% daripada mereka yang turut disokong oleh analisis grafik pada H4 telah memihak kepada bear. Manakala baki 35% lagi serta analisis grafik pada D1 pula memihak kepada bull; - Matawang Kripto. Sejak 15 Disember lalu, jumlah keseluruhan modal pasaran kripto telah meningkat hampir 40%, dan ia telah pun mencecah $143.366 bilion pada hari Rabu, 27 Mac. Tidak disangkal lagi ini suatu petanda baik dan mampu memberi harapan kepada
Bitcoin untuk melepasi paras rintangan $4,200 dan mencapai kedudukan di antara $4,200-4,280. Hampir 65% penganalisis bersetuju dengan ramalan ini. Sasaran bull yang berikutnya adalah di zon antara 4,365-4,385, kedudukan tertinggi yang dicatatkan bagi November-Disember 2018 berada. Walau bagaimanapun, jika beralih ke ramalan jangka sederhana, keseimbangan kekuatan akan berubah, dan seperti yang berlaku sebelum ini, 70% penganalisis berpihak dengan bear, memilih penurunan pasangan ini ke paras $3,000.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali