Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Ramai pedagang merungut tentang tahap kecairan yang rendah di pasaran. Walaupun selepas Mario Draghi menunjukkan sikap pesimis pada mesyuarat ECB pada hari Rabu 10 April, matawang euro berjaya mendapatkan semula sekurang-kurangnya 100 pip daripada dolar sepanjang minggu lalu dan kembali berada di zon sokongan/rintangan yang kuat pada 1.1300, paras pasangan ini mula bergerak pada Januari 2015. Semua yang berlaku mungkin kesan daripada penangguhan Brexit.
Akhirnya, ramalan yang dibuat 40% penganalisis, disokong oleh 20% pengayun yang menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual ternyata benar. Pada pandangan mereka, setelah berjaya melepasi paras sokongan di zon 1.1200, pasangan ini akan cuba untuk bergerak ke paras rintangan iaitu pada 1.1255, dan jika berjaya, ia akan tiba di 1.1300. Semua itu benar-benar berlaku; - GBP/USD. Secara majoritinya ramai penganalisis (65%) mengunjurkan pengukuhan matawang British. Ramalan tersebut adalah disebabkan oleh Majlis Kesatuan Eropah yang mengadakan satu perjumpaan luar biasa bagi menyokong penangguhan jangka panjang terhadap prosedur Brexit, dan hakikat bahawa UK tidak akan keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian pada 12 April. Ternyata ramalan itu tepat. Parlimen British meluluskan rang undang-undang melarang negara itu keluar tanpa perjanjian, dan Majlis Kesatuan Eropah pula menunda tarikh Brexit untuk enam bulan lagi. Sepatutnya tempoh itu lebih panjang, tetapi Presiden Perancis, Macron tidak bersetuju kerana mahukan negara beliau menduduki tangga kedua di dalam EU selepas negara Jerman, selepas negara kepulauan itu keluar.
Analisis grafik pada D1 menunjukkan paras 1.3120 sebagai zon rintangan utama, dan pasangan ini berjaya berada di kawasan itu pada hari Selasa, 9 April, tetapi gagal untuk melepasinya setelah membuat percubaan sebanyak 3 kali. Ia mengakhiri minggu tersebut pada 1.3070; - USD/JPY. 85% penganalisis yakin bahawa pasangan ini perlu mencuba untuk berada di had atas saluran jangka sederhana antara 109.70-112.15. Pada hari Jumaat, 12 April, ia hampir mencapai sasaran tersebut, melonjak ke ketinggian 112.09. Namun sebelum semua itu berlaku, pasangan ini jatuh ke garis tengah saluran ini, dan hanya selepas itu ia bergerak ke atas, peningkatan sebanyak 115 poin yang mengagumkan. Kejayaan seperti itu dan juga pengukuhan nilai dolar berbanding yen adalah berpunca daripada peningkatan hasil bon jangka panjang AS pada dua hari terakhir minggu tersebut, menurut penganalisis;
- Matawang Kripto. Ramalan bagi Bitcoin adalah 100% tepat. Menurut 70% penganalisis, naik turun pasangan BTC/USD akan berlaku pada julat antara $4,000-5,500, kawasan ia sering bergerak. Mereka juga menjangkakan bear akan cuba untuk menurunkan nilai pasangan ini di bawah paras $4,800, namun semua percubaannya gagal, dan paras terendah yang dicatatkan adalah $4,930. Hasilnya, matawang kripto rujukan tersebut mengakhiri kitaran minggu itu di zon $5,100, kedudukan yang hampir sama semasa ia bermula.
Harus diingat bahawa $5,100 adalah kedudukan yang tidak disangka-sanga Bitcoin akan berada pada hari Selasa, 2 April. Menurut khabar angin, lonjakan itu berpunca daripada seorang pelabur yang membuat bidaan untuk membeli BTC berjumlah $100 juta di tiga bursa utama, Coinbase, Kraken dan Bitstamp. Hakikat bahawa trend bull masih belum lagi berjaya sudah menjelaskan kebenaran khabar angin tersebut, iaitu bagi satu pembelian, walaupun berjumlah $100 juta sekalipun masih belum cukup untuk memulakan pertumbuhan stabil di pasaran.
Jika Bitcoin dan juga Ethereum (ETH/USD) kekal di koridor sisi, sebut harga bagi Ripple (XRP/USD), Litecoin (LTC/USD), EOS dan beberapa altcoin utama lain pula menjadi negatif. Pada hari Khamis, 11 April, semuanya turun dengan purata sebanyak 10%.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Jika 60% indikator trend pada D1 masih berwarna hijau, pengayun pula memberi gambaran yang berbeza: satu pertiga daripadanya berwarna kelabu sebagai tanda neutral, satu pertiga lagi menunjukkan pasangan ini telah terlebih beli. 65% penganalisis juga menjangkakan pasangan ini akan mengalami penurunan, pertama sekali ia akan membuat percubaan semula untuk mencapai paras terendah pada 2 April – 1.1183, dan kemudian paras terendah pada 7 Mac iaitu 1.1175, dan jika semua ini tidak berlaku dalam masa terdekat, is mungkin akan berlaku pada penghujung bulan. Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.1250;
Dalam masa yang sama, analisis grafik pada H4 mencadangkan sebelum ia mengalami penurunan, pasangan ini mungkin akan naik ke paras melebihi 1.1300 untuk seketika, mencapai ketinggian 1.1350. Sasaran bull seterusnya adalah pada 1.1420;
- GBP/USD. Penganalisis percaya kegembiraan yang berpunca daripada penangguhan Brexit akan hilang dengan cepat, dan pasangan ini akan kekal di trend sisi buat seketika, bergerak pada julat antara 1.2985-1.3150. Sokongan paling hampir adalah pada 1.3050, manakala rintangan pula pada 1.3120. Walau bagaimanapun, jika beralih ke ramalan jangka sederhana, 60% penganalisis sudah pun berpihak dengan bull, mengunjurkan pengukuhan pound British dan peralihan pasangan ini ke zon antara 1.3200-1.3350. Tetapi ketepatan ramalan ini sekali lagi bergantung pada perkembangan mengenai Brexit. Masih lagi terdapat risiko dengan referendum kali kedua, dan ini mungkin akan melibatkan untuk meneruskan Brexit secara amnya, ataupun sebaliknya, British berpisah daripada EU tanpa sebarang perjanjian. Apa-apa khabar angin dan berita yang berkisar tentangnya boleh mengubah trend untuk bergerak ke arah yang sama atau sebaliknya dengan cepat, tetapi buat masa ini permintaan ke atas matawang British masih lagi lemah;
- USD/JPY. Senario bull kekal menjadi keutamaan: 70% penganalisis, disokong oleh 100% indikator trend, meramalkan ia akan naik. Pada pandangan mereka, jika hasil untuk bon Perbendaharaan AS selama 10 tahun terus bertambah, pasangan yang bergantung pada paras sokongan di sekitar 112.00 ini mampu untuk naik lagi ke kawasan di sekitar 113.00-114.20.
Namun, oleh kerana pasangan ini sekarang berada di zon pembalikan berhampiran sempadan atas saluran jangka sederhana antara 109.70-112.15, lantunan ke arah bawah tidak dikecualikan bagi pasangan ini, seperti yang ditunjukkan 25% pengayun yang memberi maksud ia sudahpun dibeli secara berlebihan. Paras sokongan adalah pada 110.85, 110.35 dan sempadan bawah saluran tersebut iaitu pada 109.70. Rundingan dagangan antara AS-Jepun yang akan bermula pada minggu hadapan juga boleh memberi kesan terhada sebut harga USD/JPY; - Antara peristiwa yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: data pasaran buruh UK dan indeks sentimen perniagaan ZEW (Jerman) yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 16 April; data ke atas KDNK China, Indeks Harga Pengguna UK serta Laporan Inflasi Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, 17 April; data jualan runcit UK dan AS yang dikeluarkan pada hari Khamis, 18 April; dan akhir sekali, indeks harga pengguna Jepun pada hari Jumaat, 19 April;
- Matawang Kripto. Secara amnya, berita yang berkisarkan matawang kripto utama kelihatan agak positif. Rangkaian Bitcoin sekali lagi berjaya mencapai kejayaan. Sepanjang menjadi matawang kripto yang pertama dalam sejarah, blockchain miliknya telah memproses lebih daripada 400 juta transaksi. Buat masa ini, rangkaian tersebut memproses lebih kurang 350 ribu perpindahan setiap hari atau 14.9 ribu bagi setiap jam. Kira-kira 81.5 ribu BTC bertukar tangan setiap 60 minit, dan purata saiz transaksi adalah 5.44 BTC.
Penganalisis kewangan dan pengasas bersama Fundstrat Global Advisors Tom Lee dalam temubual bersama Bloomberg dengan optimis berkata trend bull kini kembali kepada Bitcoin dan harga bagi setiap unit kini sepatutnya adalah $14,000. Namun, tidak semua orang berkongsi pendapat dengan beliau. Sebagai contoh, Brian Amstrong, ketua Coinbase Exchange percaya bahawa penyertaan ramai pelabur ke dalam pasaran kripto hanya akan berlaku jika tiga aspek utama yang berkaitan aset digital berjaya diselesaikan, iaitu skalabiliti, kebolehgunaan dan juga turun naik Bitcoin.
Jika bercerita tentang ramalan jangka sederhana, majoriti penganalisis (70%) percaya pasangan BTC/USD mungkin akan mencapai nilai $6,000. Namun, dalam masa beberapa hari ini, ia mungkin bergerak pada julat antara $4,935-5,335, cuba untuk melepasi sempadan tersebut sama ada ke atas atau ke bawah. Justeru, dengan mengambil kira pelepasan, julat turun naik pasangan ini boleh dibesarkan kepada $4,600-5,500.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali