Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Aduan malah keluhan boleh didengari di mana-mana pada bulan lalu mengenai turun naik pasangan ini yang terlalu rendah. Perkara sama turut berlaku pada minggu lalu, sehinggalah pada tengah hari Khamis, julat maksimum turun naiknya tidak melebihi 45 poin. Pasangan ini menghabiskan banyak masanya dengan ‘lena’, bergerak di koridor sempit setinggi 25 poin. Namun, akibat beberapa peristiwa yang berlaku minggu ini, bermula dengan kekecohan perang dagangan antara AS-China serta pilihanraya Parlimen Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung dan juga kenyataan teraju utama pihak Rizab serta data aktiviti perniagaan di Jerman dan Eropah yang tidak memberangsangkan, kemenangan akhirnya menjadi milik dolar. Hasilnya, seperti yang diramal kebanyakan penganalisis (75%), pasangan ini jatuh ke paras paling rendah dalam masa dua tahun, iaitu pada $1.1105 bagi setiap euro.
Bukan hanya ekonomi di Eropah yang mengalami masalah, malah ianya turut berlaku di AS. Indeks awal aktiviti perniagaan Markit yang tidak disangka-sangka lemah (50.9 berbanding 53.0 yang diunjurkan) serta statistik lemah pasaran hartanah telah menyebabkan turunnya hasil bon kerajaan AS dan pembalikan trend pasangan EUR/USD yang curam ke arah atas.
Nilai euro yang semakin pulih turut dibantu oleh penutupan posisi pendek pada paras terendah telah dibuat sebelum menjelangnya hujung minggu selama tiga hari di AS dan juga di UK. Secara jelas, matawang Eropah dan juga kenyataan perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Theresa May turut banyak membantu. Akhirnya, euro pulih sebanyak 100 poin, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada paras 1.1205; - GBP/USD. Akhirnya, Puan May meletakkan jawatan. Perjanjian Brexit versi miliknya tidak akan diundi di Parlimen lagi. Sekali lagi negara tersebut melalui rombakan pemimpin Parti Konservatif. Menurut ramai penganalisis, ketua kerajaan kini boleh dipilih daripada penyokong tegar yang benar-benar mahu berpisah dari EU, seperti bekas Datuk Bandar London dan Menteri Luar Boris Johnson. Bagaimanakah reaksi pasaran? Pasaran mungkin memberi reaksi negatif. Tetapi berita perletakan jawatan ini tidak memberi kesan besar terhadap sentimen pelabur: seperti matawang euro yang mengambil kesempatan terhadap statistik makroekonomi AS yang lemah, dan turut disokong oleh penghapusan posisi pendek, pasangan ini melonjak keluar dari zon terendah selama dua tahun pada paras 1.2600, dan berada pada paras 1.2710 di akhir sesi dagangan;
- USD/JPY. Yen Jepun juga tidak terkecuali daripada terkesan dengan dolar yang kukuh pada awal minggu lalu. Jika diimbas 50% penganalisis mengunjurkan pasangan ini untuk naik ke paras 111.00, dan satu pertiga daripada mereka meletakkan 110.00 sebagai paras rintangan paling tinggi. Sebenarnya, seperti yang biasa berlaku, pasangan ini akhirnya berada di kedudukan pertengahan, dan paras tertinggi mingguannya berada pada 110.65. Selepas itu, para pelabur mula berasa curiga: semua ini disebabkan oleh kenyataan keras pemimpin nombor satu China Xi Jinping berkenaan “Great March” yang baru serta “kebebasan”, mereka mula sedar yen mungkin lebih boleh dipercayai berbanding dolar. Hasil daripada bon kerajaan AS menunjukkan penurunan, dan terdapat pula khabar angin mengenai kebarangkalian yang tinggi kemerosotan hasil kewangan oleh syarikat-syarikat miik Amerika pada setengah tahun kedua oleh penganalisis di Wall Street dan mungkin akan berlakunya serangan ke atas ekonomi AS yang disebabkan oleh penurunan harga dan juga permintaan pengguna yang rendah. Akhirnya, pasangan ini beralih arah, dan kembali ke paras nilai minggu lalu, mengakhiri lima hari dagangan pada 109.30;
- Matawang Kripto. Jadual modal pasaran kripto hampir mengulang semula kisah yang berlaku terhadap coin rujukan. Nilai Bitcoin jatuh dari $8,335 kepada $7,000 – modal pasaran turun daripada $255.8 bilion kepada $229.2 bilion. Nilai Bitcoin dilaras kepada $8,265, dan modal pasarannya juga naik kepada $255.5 bilion. Seperti kebiasaannya, graf ini boleh dijadikan sebagai petunjuk utama.
Harus diingat pada minggu lalu hanya 25% penganalisis yang meramalkan trend pembalikan akan berlaku. Kebanyakan pelabur memilih ia akan terus bertumbuh, melihat penurunan pasangan BTC/USD ke paras $7,000 hanyalah sebagai pembetulan sementara. Pada pandangan mereka, pasangan tersebut akan kembali ke zon $8,000, dan diikuti dengan pergerakan ke arah saluran sisi, dan kemudian menghampiri paras rintangan pada paras 8,500, paras berakhirnya pertumbuhan pada Julai lalu, dan bergerak menjauhinya. Dan sememangnya itulah yang berlaku.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Kedua-dua analisis grafik dan teknikal menunjukkan pertumbuhan berterusan pasangan ini pada tempoh masa H4. Dalam masa yang sama, 25% pengayun sudah pun berada dalam zon terlebih beli. Pada D1, situasi berbeza ditunjukkan: satu pertiga daripada indikator berwarna merah, satu pertiga lagi berwarna hijau dan baki satu pertiga pula berwarna kelabu, neutral. Tetapi analisis grafik tetap menunjukkan nilai yang lebih kukuh dan trend penurunan yang akan berterusan.
Benar, situasi ekonomi global memang agak rumit. Terlalu banyak prospek yang kurang jelas mengenai Brexit, hasil undian yang tidak telus semasa pilihanraya di Parlimen Negara-Negara Eropah pada 26 Mei nanti, serta tindakan seterusnya dalam perang dagangan antara AS-China. Ramalan berkenaan polisi kewangan oleh pihak Rizab juga pelbagai. Setakat ini, peluang berlakunya mitigasi pada tahun ini telah meningkat dari 68% kepada 78%. Jika ramalan ini benar, kadar faedah ke atas dolar AS boleh dikurangkan sebanyak 0.25% dalam masa kurang daripada empat bulan. Namun dalam masa yang sama, pihak ECB menyatakan kesediaan mereka untuk mengambil langkah-langkah yang perlu setelah menyedari kelemahan ekonomi di Eropah dalam minit mesyuarat mereka yang lalu.
Setakat ini, 60% penganalisis berpihak kepada bull, mereka percaya bahawa lantunan kuat pasangan ini dari paras sokongan pada zon 1.1110 menunjukkan bear yang letih yang ketidakmampuan ia untuk terus berjuang.
Paras sokongan berada pada 1.1150 dan 1.1110. Paras rintangan pula berada pada 1.1225 dan 1.1263. Sasaran berikutnya adalah pada 1.1325;
- GBP/USD. Semasa ramalan ini dibuat, masih belum diketahui parti British yang manakah akan menjadi pemenang dalam pilihanraya di Parlimen Negara-Negara Eropah. Siapa yang mempunyai kelebihan, penyokong gerakan Brexit atau pihak yang menentang? Siapa yang akan mengetuai kerajaan UK? Perletakan jawatan Theresa May mungkin dapat mengukuhkan nilai pound untuk jangka pendek, tetapi tidak mungkin ianya dapat menyelesaikan segala risiko jangka panjang. Disebabkan itu 65% penganalisis, disokong oleh 90% pengayun dan juga indikator trend pada D1 telah meramalkan pasangan ini akan mengalami penurunan. Sokongan paling hampir adalah pada 1.2660 dan 1.2600, diikuti seterusnya dengan paras terendah 2018, iaitu pada 1.2475 dan 1.2405.
35% penganalisis mengharapkan pertumbuhan pasangan ini. Sasaran paling hampir adalah pada 1.2825 dan 1.3000, kemudian pada 1.3125 dan 1.3200.
Satu ramalan berkompromi dibuat oleh analisis grafik pada D1. Pertama, ia disokong pada paras 1.2600, naik ke paras 1.2825, dan kemudian jatuh ke zon di bawah paras 1.2475; - USD/JPY. 100% indikator trend serta 85% pengayun pada H4 dan D1 adalah berwarna merah. 70% penganalisis juga turut bersetuju akan berlakunya penurunan lebih rendah pasangan ini dan juga pengukuhan yen sebagai matawang rizab. Dalam masa sama, 15% pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah pun terlebih jual. Bagi analisis grafik, pertama sekali ia mencatatkan penurunan hampir kepada 108.50, dan kemudian berlakunya trend pembalikan dan pasangan ini naik ke paras 110.65. Harus diingat kedudukan pasangan ini boleh meluru sama ada ke arah atas mahupun ke bawah dengan satu atau dua tweet yang dihantar Presiden Amerika Trump berkenaan prospek hubungan mereka dengan negara China.
Paras sokongan berada pada kedudukan 109.00, 108.50 serta 107.75, manakala paras rintangan pula pada 110.25, 110.65, 111.00 dan 111.65; - Matawang Kripto. Bank Pusat Negara-Negara Eropah telah mengeluarkan laporan yang menyebut, walaupun matawang kripto tidak memberi impak yang serius kepada ekonomi secara terus buat masa ini, tetapi ia mampu menggantikan matawang euro pada masa hadapan. Ini semua ramalan masa hadapan. Buat masa sekarang pula, penganalisis JP Morgan Chase percaya kenaikan harga Bitcoin yang berlaku baru-baru ini telah membuatkan nilainya jauh lebih tinggi daripada nilai yang nyata. Ia mungkin salah satu peringatan akan berlakunya satu lagi kemelesetan yang panjang.
Namun, jika kita mengambil kira semua pendapat rakan sekutu mereka, hanya 15% penganalisis yang menyokong akan berlakunya senario penurunan. 45% percaya pasangan ini akan bergerak ke saluran sisi antara $7,500-8,400, manakala 40% lagi bersikap optimis dengan trend lonjakan, dengan menyebut paras tertinggi April-May 2018 iaitu pada $9,550 sebagai sasaran mereka. Jika dilihat pada ramalan tempoh sederhana pula, bilangan mereka yang optimis dengan sasaran tersebut meningkat kepada 70%.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali