Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Presiden Trump sekali lagi telah memutuskan untuk menggegarkan pasaran. Tidak melihat pada masalah yang dihadapi dengan China buat masa ini, beliau beralih pula pada Mexico. Setelah gagal membina tembok di sempadan antara kedua-dua buah negara tersebut bagi menghentikan kemasukan pendatang haram, Presiden AS itu mengambil keputusan untuk menghukum Mexico dengan meningkatkan duti ke atas barangan buatan Mexico. Peningkatan berterusan: kadar akan dinaikkan 10% pada bulan Julai, 15% pada bulan Ogos, naik sehingga 20% pada bulan September, dan naik lagi sehingga 25% pada bulan Oktober.
Kuasa yang ditunjukkan AS ini mempunyai dua matlamat: Perkara ini tidak menyingkirkan: selain daripada menghukum Mexico City, beliau juga mahu menakut-nakutkan Beijing: lihatlah kemampuan kami!
Sudah tentu, China bukannya Mexico, semuanya lebih rumit di sini, tetapi walau apa jua yang berlaku, dolar terus bertumbuh. Keputusan pilihanraya di Parlimen Kesatuan Eropah juga memainkan peranan penting. Akhirnya, pasangan ini merekodkan paras terendah mingguan pada paras 1.1115 pada hari Khamis, 30 Mei, dan mengakhiri bulan Mei pada paras yang hampir dengan Pivot Point bulanan iaitu pada 1.1167. Justeru, nilai euro lebih lemah berbanding dolar hampir 350 poin sepanjang lima bulan pertama.
Jika diimbas kembali pada masa yang sama setahun lalu, matawang Eropah kerugian 2.5 kali ganda lebih banyak, hampir 900 poin dalam masa hanya sebulan setengah. Jadi, pedagang dan broker mempunyai alasan kukuh untuk merungut tentang turun naik yang rendah ini. - GBP/USD. Pound terus mendapat tekanan selepas kenyataan perletakan jawatan Perdana Menteri Theresa May dibuat dan kejayaan para penyokong Brexit dalam pilihanraya di Parlimen Kesatuan Eropah. Jika diimbas 65% penganalisis, turut disokong oleh 90% pengayun dan indikator trend telah memilih penurunan lebih rendah pasangan ini. Ia benar-benar berlaku. Pasangan ini bukan saja mengalami penurunan, ia juga merekodkan paras paling rendah musim bunga 2019 terbaru, berada hampir pada 1.2557, dan kemudian diikuti dengan lantunan, dan akhirnya berada di kedudukan 1.2630;
- USD/JPY. Ketegangan yang memuncak memerlukan pertambahan sentimen anti risiko. Tindakan yang dibuat Presiden Trump ke atas Mexico telah menyebabkan jatuhnya hampir kesemua aset-aset di pasaran, harga minyak adalah yang paling utama. Para pelabur sekali lagi mencari lubuk selamat yang digelar Yen Jepun, tempat berlindung bagi ribut ekonomi yang seterusnya.
Akhirnya, tidak seperti matawang euro dan pound yang rendah berbanding dolar, yen menunjukkan pengukuhan, ia mencapai paras 108.30 pada hari Jumaat, 31 Mei, paras sama yang dicapainya pada musim panas, dan ini telah mengesahkan ramalan yang dibuat oleh 75% penganalisis, 85% pengayun dan 100% indikator trend; - Matawang Kripto. Untuk tiga minggu berturut-turut, Bitcoin beriya-iya mahu naik ke paras $10,000, bergerak mengikut skema “selangkah ke hadapan, setengah langkah ke belakang”. Setelah bertungkus lumus untuk berada hampir pada $7,880, pasangan BTC/USD melonjak naik pada petang Ahad, 26 Mei, mencapai nilai $8,995 pada hari Isnin. Kemudian diikuti pula dengan pembetulan sebanyak 5.5%, dan satu lagi lonjakan berlaku, akhirnya ia dilihat berada pada ketinggian $9,100. Namun, ia gagal untuk mengekalkan kedudukan pada paras melebihi $9,000, dan bull mula mengaut keuntungan, akhirnya Bitcoin mengakhiri musim bunga pada paras $8,510, peningkatan harga sebanyak 120% dalam masa tiga bulan.
Bagi pasangan ETH/USD, LTC/USD dan XRP/USD pula, setelah bertumbuh mengikut matawang kripto rujukan, ketiga-tiga Ethereum, Litecoin dan juga Ripple kembali pada nilai pertengahan bulan Mei pada penghujung minggu tersebut.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Selain daripada Presiden AS Trump, pihak Rizab Persekutuan AS dan juga ECB menjadi dorongan utama pasangan ini. Jika diimbas kembali, jawatan ketua Bank Negara-Negara Kesatuan Eropah, Mario Draghi, akan berakhir pada 31 Oktober. Calon utama jawatan tersebut kini milik Jens Weidmann, seorang penyokong matawang uero yang kukuh, menyokong aktif kenaikan kadar faedah. Lain pula kisah daripada wakil pihak Rizab, mereka memberi bayangan terdapat kemungkinan kadar ke atas dolar akan diturunkan disebabkan oleh KDNK di AS yang sedikit perlahan. Situasi seperti itu dilihat memberi kelebihan kepada euro. Namun, menurut Bloomberg, pihak ECB tidak akan mula menaikkan kadar seawal April 2020. Lagipun, masalah berkenaan politik dan ekonomi sudah boleh mula dilihat sekarang.
Berdasarkan kenyataan di atas, 60% penganalisis, disokong oleh analisis grafik pada D1, memilih penurunan pasangan ini ke paras sokongan 1.0975. Sasaran seterusnya adalah 100 poin lebih rendah.
Kebanyakan indikator juga menunjukkan penurunan: 50% daripada mereka berwarna merah, 25% berwarna hijau dan 25% lagi berwarna kelabu.
Buat masa ini penyokong bull menjadi minoriti. Pada pendapat mereka, pasangan ini tidak akan mampu untuk melepasi paras sokongan pada zon 1.1100 dan ia mampu mencapai ketinggian antara 1.1265-1.1325 semasa ia bertukar arah.
Kini, tiba masanya untuk menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang akan berlaku pada minggu hadapan. Pada hari Isnin, 3 Jun, kita menantikan penerbitan indeks aktiviti perniagaan di Eurozone, Amerika Syarikat dan China, dan pada hari Selasa pula, data inflasi dan pengangguran di Eurozone akan dikeluarkan. Hari Khamis, 6 Jun juga akan dipenuhi dengan berita-berita daripada Eropah. Ini termasuklah data KDNK, keputusan pihak ECB ke atas kadar faedah, dan paling penting sekali, sidang akhbar ECB mengenai polisi kewangan. Akhir sekali, seperti biasa, kita akan dapat lihat penerbitan statistik pasaran buruh di AS pada Jumaat pertama setiap bulan. Penganalisis percaya NFP mungkin mengalami penurunan lebih kurang 30% (daripada 263K kepada 190K), yang akan melemahkan nilai dolar buat seketika;
- GBP/USD. Calon utama jawatan Perdana Menteri British pada hari ini adalah bekas Datuk Bandar London yang juga Menteri Luar, Boris Johnson. Situasi ini tidak bagus untuk pound kerana Johnson adalah penyokong “tegar” Brexit dan bersetuju untuk keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian. Semua hal tersebut menakutkan pasaran, dan 65% penganalisis pada hari ini, disokong oleh 90% pengayun dan juga 100% indikator trend pada D1 telah mengunjurkan penurunan lebih rendah matawang British dan kejatuhan pasangan ini pertama sekali ke paras sokongan 1.2555 dan kemudian ke paras terendah 2018 iaitu pada 1.2475 dan 1,2405.
Baki 35% penganalisis percaya pergerakan pasangan ini sepanjang dua minggu lalu adalah petanda kepada proses pembetulan yang kuat, dan jika ia berlaku hasilnya boleh mengembalikan kedudukan pasangan ini pada 1.2745, atau mencecah paras rintangan pada 1.2825.
Ramalan berkompromi dibuat oleh analisis grafik pada D1. Menurut bacaannya, pasangan ini boleh naik pertama sekali ke paras 1.2825, dan kemudian membuat pusingan, turun ke zon antara 1.2405-1.2475; - USD/JPY. Walaupun 100% indikator trend dan 85% pengayun pada H4 dan D1 telah menunjukkan pasangan ini berwarna merah, situasi yang dihadapi bukanlah mudah: 15% pengayun telahpun memberi isyarat pasangan ini sudah terlebih jual. Paras sokongannya adalah pada 107.75 dan 107.00, paras rintangannya pula pada 109.15, 109.65, 110.35, dan 110.65.
Bagi para penganalisis, ramalan mereka terbahagi seperti berikut: 50% memihak kepada bear, 25% memihak kepada bull, dan 25% lagi berada di tengah-tengah. Ramalan yang akan ‘mengena’ bergantung kepada pasaran saham di mana pasangan ini mempunyai hubung kait yang kuat, dan seperti biasa, berdasarkan tweet yang dihantar Presiden Trump, ia terutama sekali akan mengikuti perkembangan perang dagang antara AS-China. Dalam masa yang sama, apabila beralih ke ramalan jangka sederhana, situasinya berubah secara drastik: 75% penganalisis telahpun memihak kepada dolar; - Matawang Kripto. “Enam tahun lalu, pada 2013, terdapat satu mesej luar biasa yang dihantar oleh Luka Magnotta dari Masa Hadapan telah dikeluarkan, ia meramalkan harga Bitcoin, dan ramalan tersebut ternyata tepat. “Secara purata, kos Bitcoin akan meningkat sebanyak 10 kali ganda setiap tahun.” coret Magnotta. “Ia bertumbuh daripada $0.1 pada 2010 kepada $1 pada 2011, menjadi $10 pada 2012, menjadi $100 pada 2013. Pertumbuhannya sedikit perlahan selepas itu, tetapi kemudian harganya naik 10 kali ganda bagi setiap dua tahun: nilai Bitcoin naik menjadi $1,000 pada 2015, naik menjadi $10,000 pada 2017, naik menjadi $100,000 pada 2019 dan naik menjadi $1,000,000 pada 2021”.
Masih terdapat tujuh bulan lagi sebelum tahun 2019 berakhir. Adakah hanya terdapat tujuh bulan? Dalam kes sebegini, matawang kripto perlu menunjukkan pertumbuhan yang menakjubkan bagi memenuhi sasaran yang dibuat Magnotta.
Bagi ramalan jangka pendek pula, seorang penganalisis terkenal Peter Brandt telah mengemukakan pendapatnya dengan berkata, atas desakan sindrom FOMO (fear or missing out, atau tidak mahu ketinggalan) oleh ramai pedagang, harga Bitcoin akan melepasi paras $10,000 tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, Brandt menekankan bahawa dalam masa terdekat akan berlakunya pembetulan yang agak dalam: sudah semestinya bull mahu mengaut keuntungan, dan penjualan ini akan menghentikan pembeli daripada cubaan untuk menyertai kelompok ini."
Tidak seperti Brandt, kebanyakan penganalisis (70%) telah menetapkan sasaran yang lebih diterima akal bagi pasangan BTC/USD, iaitu penyatuan di atas paras $9,000. Baki 30% lagi percaya pasangan ini akan mengalami keadaan bertenang dan akan bergerak di saluran sisi antara $7,500-8,500.
Apa yang dapat disimpulkan, harus diingat ramalan ini ditulis pada hari Jumaat, 24:00 GMT. Terdapat kemungkinan, seperti yang telah berlaku sebelum ini, pada hujung minggu tersebut, bull akan melonjakkan sebut harga Bitcoin sekali lagi.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali