Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Jika diingat semula, 60% penganalisis mengandaikan zon antara 1.100-1.1185 sebagai zon paling rendah minggu ini. Pada pandangan baki 40% penganalisis pula, paras sokongan pada 1.1185 adalah suatu halangan yang tidak akan dapat diatasi, dan kemudian mereka menjangkakan pasangan ini untuk kembali ke paras antara 1.1275-1.1320. Memang benar ramalan tersebut: 1.1190 adalah paras terendah yang dicatatkan, kemudian pasangan ini beralih arah dan naik ke atas, mencecah paras maksimum pada ketinggian 1.1285. Kemudian turun naik berlaku, dan pasangan ini mengakhiri lima hari dagangan dengan berada pada Pivot Point semasa awal musim panas lalu iaitu 1,1270;
- GBP/USD. Graf pasangan ini pada D1 menyerupai sebuah parabola, dengan kata lain ia mencerminkan dua ramalan penting oleh para penganalisis. 40% daripada mereka mengunjurkan pasangan ini untuk jatuh ke paras terendah antara bulan Disember 2018 – Januari 2019, dan ianya benar-benar turun ke paras 1.2438. Kemudian, baki penganalisis menjangkakan pergerakan pasangan ini ke atas, ini turut berlaku dan ia terhenti pada paras rintangan 1.2575;
- USD/JPY. 40% penganalisis berharap pasangan ini boleh melepasi paras rintangan pada 108.80 dan naik ke paras antara 109.00-109.60. Ia hampir-hampir berlaku. Namun pasangan ini tidak berjaya untuk tiba di 109.00: disebabkan tidak memperolehi poin yang cukup, nilainya jatuh dan kembali ke paras sokongan yang kuat antara Jun-Julai 2019 iaitu di zon 107.85;
- Matawang Kripto. Turun naik Bitcoin yang amat tinggi terus membuatkan para pelabur dan pedagang berasa amat tertekan, turun naik dengan nilai 10-15-20% bukan saja boleh membawa pulangan besar, malah mampu menghancurkan harapan seseorang dalam tempoh yang singkat. Pertama sekali, ia berpunca daripada pasaran yang kecil. Ia sangat kecil sehingga boleh menyebabkan kadar berubah secara ketara jika berlakunya sebarang penetapan untung oleh pelabur utama mahupun khabar angin sama ada yang mendapat liputan ataupun tidak.
Sebagai contoh, kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai larangan ke atas Facebook untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi mereka dengan pihak berkuasa sebelum melancarkan matawang kripto mereka sendiri iaitu Libra telah menyebabkan sebut harga BTC/USD jatuh sebanyak 15% pada hari Rabu. Namun ia kelihatan seperti bitcoin hanya akan bertambah baik jika pesaing yang kuat seperti Libra tidak wujud di pasaran. Hasilnya, trend ke atas pada permulaan minggu telah terbantut dan pasangan ini kembali ke nilai pada 7 Julai lalu iaitu di zon antara $11,000-11,850.
Tolerans terhadap tekanan yang dialami altcoin adalah lebih rendah berbanding matawang kripto utama. Justeru, Ethereum (ETH/USD) kerugian 7% dalam masa tujuh hari, Ripple (XRP/USD) pula kerugian 11%, manakala Litecoin (LTC/USD) pula rugi 13%.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Pasaran terus dikuasai jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS serta pelonggaran polisi kewangan oleh pihak ECB. Siapakah yang akan memperoleh kemenangan, euro ataupun dolar?
Terdapat risiko yang tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan jika dilihat dalam protokol terbaru oleh pihak berkuasa di Eropah. Jika situasi ini tidak bertambah baik dalam masa terdekat ini (bagaimana untuk memperbaikinya?), pihak ECB sudah bersedia untuk menurunkan kadar faedah serta meningkatkan pembelian bon di bawah program QE. Semua ini tidak perlu diumumkan pada 25 Julai, namun mesyuarat ECB yang dijadualkan akan berlaku pada tarikh tersebut setidak-tidaknya dapat memberi penjelasan.
Terdapat juga kemungkinan isu pelonggaran polisi kewangan, kali ini di Amerika Syarikat pula, akan diutarakan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang akan berucap di sebuah persidangan di Paris pada hari Selasa, 16 Julai. Disana, beliau akan membentangkan laporan terhadap ciri-ciri polisi kewangan dalam era selepas krisis, dan isi kandungan laporan tersebut akan mempengaruhi kadar nilai dolar.
Satu perkara penting lagi yang mampu memberi kesan terhadap pasangan dolar ini adalah pengeluaran data kadar pertumbuhan KDNK negara China bagi suku kedua 2019. Ia akan dikeluarkan pada hari Isnin, 15 Julai, dan ramai penganalisis menjangkakan pembantutan pertumbuhan ekonomi yang kuat di Tanah Besar itu turut memberi kesan besar terhadap matawang AS.
Bagi indikator trend dan juga pengayun, ianya bertentangan pada H4 dan D1: jika kebanyakan daripada mereka berwarna hijau pada H4, gambaran berbeza ditunjukkan pada tempoh masa siang.
Ramalan majoriti penganalisis (65%) juga berwarna merah, ia mengunjurkan nilai dolar yang lebih kukuh dan penurunan nilai pasangan ini ke zon antara 1.1150-1.1200. Sasaran bear yang berikutnya adalah di zon 1.1100-1.1115. Bagi bull pula, mereka menetapkan nilainya pada 1.1350-1.1410 sebagai sasaran;
- GBP/USD. Statistik untuk pasaran buruh, kadar pertumbuhan pendapatan serta kadar pengangguran di UK akan dikeluarkan pada hari Khamis, 16 Julai. Pada hari Rabu, 17 Julai pula, kita akan mengetahui data mengenai inflasi. Sekali lagi, penganalisis tidak menjangkakan sebarang kejutan daripada data-data tersebut.
Buat masa ini, 60% penganalisis, disokong oleh grafik analisis pada D1 mengunjurknan matawang pound untuk sekali lagi menguji paras sokongan pada 1.2440, dan jika ia berjaya, ia akan turun ke paras 1.2405 iaitu paras terendah pada 3 Januari 2019.
Baki 40% penganalisis menasihatkan untuk membuat posisi jualan, Terdapat dua hujah mengenainya: peningkatan dalam spread keuntungan bon milik kerajaan di UK dan juga USA, serta kenaikan harga minyak. Kedua-dua faktor ini akan membantu nilai pound untuk naik. Paras rintangan paling hampir adalah pada 1.2755, dan seterusnya pada 1.2825; - USD / JPY. Umum mengetahui pasangan ini mempunyai hubung kait yang kuat dengan pasaran saham AS, dan buat pertama kalinya, menjelang pengumuman Dow Jones Industrial Average, ia melepasi penanda aras 27.000 dan mencecah paras 27.330 pada hari Jumaat lalu. Berdasarkan semua ini, ia mungkin akan menampakkan pertumbuhan ke zon antara 108.50-109.00. Sasaran seterusnya adalah pada 109.65. Namun hanya 30% penganalisis bersetuju dengan senario ini. Majoriti penganalisis (70%), disokong 90% indikator trend pada D1 mengunjurkan penurunan pasangan ini ke paras terendah bulan Jun di sekitar 106.75-107.00.
Bagi analisis grafik pada D1, ia menunjukkan pergerakan lateral pasangan ini di saluran antara 107.70-109.00 dan didominasi oleh mood bullish; - Matawang Kripto. Kami dapati BTC/USD bergerak secara lateral dengan penyatuan secara berperingkat dengan nilai sekurang-kurangnya $11,500-12,000 untuk tiga minggu berturut-turut pada tempoh masa H4 dan D1, dan ia kelihatan lebih optimis pada W1 dan MN: trend menaik ini akan terus berlaku.
Ramai penganalisis memberikan ramalan berunsur positif. Sebagai contoh, agensi penarafan dari Amerika Weiss Ratings buat pertama kalinya memberikan gred A terhadap Bitcoin, dengan menekankan buat masa ini, potensi memperoleh keuntungan jika melabur dalam matawang kripto pertama itu adalah melebihi risikonya. CEO Morgan Creek Capital Management Mark Yusko juga berpendapat kitaran pasaran semasa boleh melonjakkan harga Bitcoin ke satu paras tertinggi dalam sejarah iaitu $30,000. Penghasilan bitcoin juga mengalami pertambahan. Penyelidik di Universiti Cambridge telah menunjukkan proses tersebut menggunakan lebih banyak elektrik berbanding penggunaan bagi keseluruhan negara Switzerland atau Kuwait pada hari ini. Namun, tiada seorang pun boleh meramalkan lonjakan baru yang bakal terjadi, dan penganalisis meramalkan nilai untuk minggu hadapan tidak akan melebihi julat antara $9,725-13,765.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali