Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Para penganalisis telah membincangkan perkara ini untuk tempoh yang agak lama dan akhirnya ia berlaku: Rizab Persekutuan AS telah menurunkan kadar faedah utamanya sebanyak 0.25% kepada 2.0% pada hari Rabu, 18 September. Disebabkan perkara ini sudah lama diketahui, reaksi pasaran terhadap senario ini juga telah lama dibuat, dan tiada lonjakan “epoch-making” yang berlaku. Sebaliknya, turun naiknya berkurangan, dan pergerakan pasangan ini bertukar ke arah sisi di koridor antara 1.1000-1.1075, dan pergerakan ini juga telah dikenalpasti oleh para pelabur.
Kami telah bincangkan dalam ramalan kami sebelum ini bahawa zon Pivot Point sejak dua bulan lalu itu terbentuk akibat daripada ketidaktentuan yang berlaku di pasaran. Perkara ini telah disahkan pada minggu lalu. Justeru, dari satu sudut, sidang akhbar pihak Rizab pada hari Rabu dibuat tanpa sebarang retorik yang melegakan, kekal dengan hakikat bahawa tiada lagi pengurangan kadar pada tahun ini. Pada hari berikutnya pula, Bank of Switzerland serta Bank of England juga telah memansuhkan polisi pelonggaran yang dibuat semasa mereka bermesyuarat, mengekalkan kadar pada paras yang sama, manakala Bank of Norway pula menaikkan kadar utama mereka. Semua ini hanya memburukkan lagi ketidaktentuan dengan memaksa pasangan EUR/USD bergerak hanya ke arah sisi; - GBP/USD. Pound terus mengatasi semula kerugian yang dialami akibat daripada situasi Brexit yang tidak terkawal, bertambah 5% berbanding paras terendah 3 September lalu iaitu pada 1.1958. Minggu ini, Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Jean-Claude Juncker mengumumkan kesediaan beliau untuk melupakan hasrat membina penghadang di sempadan Ireland jika Perdana Menteri Britain Boris Johnson boleh mengemukakan sesuatu yang baru dan berdaya maju. Ini telah melonjakkan lagi nilai pound, hasilnya pasangan ini mencecah paras di koridor antara 1.2440-1.2580, paras pergerakannya sejak Julai lalu, dan mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.2470;
- USD/JPY. Pasangan ini telah memperbaharui paras tertinggi mereka bagi jangka sederhana pada pertengahan minggu lalu, mencecah ketinggian 108.47. Semua ini berlaku akibat daripada keputusan Bank of Japan untuk mengekalkan sasaran hasil bon 10 tahun kerajaan mereka pada zon sifar. Satu kenyataan yang dibuat oleh ketua BOJ, Haruhiko Kuroda menyatakan bahawa isu bagi mengurangkan kadar masih lagi relevan, dan ia dapat membantu melemahkan nilai yen.
Namun, seperti biasa, kenyataan yang dibuat Trump lebih memberi impak kepada para pelabur. Kali ini Presiden AS itu berkata Washington telah “mula” mencapai kata putus mengenai perjanjian dagangan dengan Tokyo, bahawa Amerika Syarikat berjanji tidak akan menaikkan tarif serta memperkenalkan kuota untuk kereta Jepun, manakala Tokyo tidak akan mengenakan duti ke atas wain Amerika dalam tempoh tujuh tahun.
Kereta berbanding wain - perjanjian seperti itu jelas menyebelahi Jepun. Selain daripada itu, akibat pergolakan konflik geopolitik yang berlaku di Timur Tengah, permintaan untuk perlindungan aset telah bertambah, antaranya sudah pasti yen. Akhirnya, pasangan ini bergerak 100 mata ke arah bertentangan, mengakhiri sesi dagangan mingguan pada 107.55; - Matawang Kripto. Minggu lalu, ada yang bergembira, dan ada juga yang berduka akibat penurunan bitcoin (BTC/USD) yang agak tinggi iaitu sebanyak 6%, dan kemudian tanpa sebarang sebab, pertumbuhan nilainya terbantut. Penurunan ini telah menyebabkan penutupan posisi long secara besar-besaran: di salah satu bursa kripto BitMEX, penutupan posisi yang dibuat dianggar bernilai $150 juta.
Punca semua ini berlaku mungkin ia adalah suatu perkara yang dimainkan pedagang kecil terhadap modal utama, mereka kecewa kerana kurangnya lonjakan nilai bitcoin. Dalam masa yang sama, untuk tidak menyebabkan sebarang penurunan secara panik, pelabur-pelabur besar yang tidak mahu nilai pasangan ini jatuh ke bawah paras yang tidak boleh diterima telah mengekalkan ia di julat yang agak selesa dengan Pivot Point ditetapkan pada nilai $10,000.
Menariknya, altcoin utama dilihat seperti telah mula bergerak secara sendiri, hanya sebahagiannya saja meniru pergerakan matawang kripto rujukan. Jadi, nilai Ethereum (ETH/USD) telah melonjak sebanyak 35% sepanjang tiga minggu lalu, manakala Litecoin (LTC/USD) – naik 30%, dan Ripple berjaya naik sebanyak 27% dalam masa 4 hari (bermula dari 14 hingga 18 September). Semua ini berlaku walaupun hakikatnya turun naik maksimum bitcoin pada bulan ini tidak lebih daripada 9%.
Pada pendapat kami, kehalusan pasaran altcoin adalah penjelasan paling munasabah untuk apa yang berlaku. Tidak seperti bitcoin, kadar tukarannya lebih mudah dimanipulasi, walaupun hanya dengan jumlah yang tidak seberapa, ia mampu menarik minat para spekulator bagi mendapatkan pulangan yang cepat.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Setelah gagal mencapai paras rintangan yang kuat pada 98.23, indeks USDX hanya bergerak pada saluran sisi. Pergerakan pasangan EUR/USD juga sama. Berkemungkinan besar, faktor bearish seperti pelonggaran kuantitatif (QE) di Eropah dan juga situasi Brexit yang sudah tidak terkawal telah mengganggu pasaran. Secara objektifnya, ekonomi di AS adalah lebih kukuh berbanding di Eropah. Namun perang dagangan yang diterajui oleh dolar serta dimulakan oleh Presiden Trump telah menghalang kenaikan nilai dolar secara berterusan. Kini, terdapat pula ura-ura mengenai peperangan sebenar di Timur Tengah yang disebabkan oleh serangan drone ke atas fasiliti pemprosesan minyak Arab Saudi, dan Iran dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab. Jelas sekali Amerika Syarikat pasti akan campur tangan dalam konflik ini.
Semua ini telah menyebabkan penutupan posisi short ke atas EUR/USD, dan berkemungkinan pasangan ini tidak mampu untuk memperbaharui paras terendah bulan April iaitu pada 1.0925. Separuh daripada penganalisis bersetuju dengan senario ini, menjangkakan pertumbuhannya ke paras 1.1100. Sasaran berikutnya adalah pada 1.1160. 20% penganalisis pula percaya pasangan ini akan mengalami penurunan di sekitar 1.0800. Manakala baki 30% dan disokong oleh pengayun pada D1 telah mengunjurkan trend ke arah sisi yang berterusan;
- GBP/USD. Mengikut perkiraan yang dibuat oleh Organisasi bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (Organization for Economic Co-operation and Development), situasi Brexit yang kucar-kacir ini akan mengurangkan KDNK Eurozone sebanyak 0.5 pp, dan mungkin setinggi 2 pp untuk KDNK Misty Albion(!). Menurut penganalisis OECD pula, penurunan sebanyak itu mampu meletakkan Eurozone di ambang kejatuhan, dan Britain pula akan mengalami kemelesetan yang amat teruk. Seperti kebanyakan pengguna lain, respon pasaran terhadap ramalan seperti itu adalah cuba untuk menyingkirkan pound, dan akibatnya nilai matawang ini turun menghampiri paras terendah pada tahun 2016.
Jika dilihat pada graf, pasangan ini melonjak naik setelah bergerak menjauhi paras di zon 1.1945-1.1985 pada tiga tahun lalu dan mencapai ketinggian 1.4345 pada Januari 2018 setelah berjaya memperoleh 2400 mata. Peristiwa “bersejarah” ini telah memaksa sesetengah pelabur untuk membeli pound, dan berharap situasi mengenai Brexit akhirnya dapat disimpulkan serta Bank of England akan mula menaikkan kadar faedah untuk menangani masalah inflasi.
Dalam kalangan penganalisis, bilangan mereka yang menyokong keadaan ini adalah sebanyak 40%. 80% pengayun pada D1 juga bersetuju dengan ramalan ini. Jika mengambil kira senario bullish pula, pasangan ini pada mulanya akan naik ke zon di antara 1.2575-1.2645, dan kemudian naik sebanyak 100 mata lagi. Ramalan paling hebat adalah pertumbuhan pasangan ini ke paras 1.3100 menjelang akhir tahun ini.
Namun, buat masa ini, persoalan mengenai Brexit masih lagi belum terjawab, justeru kebanyakan penganalisis (60%) yang turut disokong oleh 70% pengayun pada H4 dan juga analiais grafik pada D1 telah mengekalkan sikap pesimis mereka dengan mengunjurkan pasangan ini akan sekali lagi mencuba untuk menghampiri paras terendah dalam tempoh 238 (!) tahun pada musim bunga nanti. Pada 7 Oktober, 2016, nilai satu pound adalah lebih kurang 1.19 dolar (nilai GBP/USD adalah sebanyak 4.55 pada 1791). Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.2385-1.2400, 1.2280-1.2300, 1.2065-1.2200, 1.1955-1.2015; - USD/JPY. Atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan penganalisis (65%) menyokong bear dengan memilih penurunan nilai dolar serta kembalinya pasangan ini ke paras antara 105.75-106.75. 85% indikator pada H4 bersetuju dengan senario ini. Namun, 15% pengayun sudahpun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih jual.
Baki 35% penganalisis yang lain telah mempertimbangkan mengenai nilai yen yang semakin kukuh adalah fenomena sementara saja dan mereka meramalkan pasangan ini akan melonjak ke paras 109.00.
Bagi analisis grafik pula, pada mulanya ia melakarkan pertumbuhan pasangan ini hampir ke paras 108.50 dan kemudian turun ke paras 106.75. Paras sokongan yang berikutnya adalah pada 105.75 dan juga 105.00. Sasaran bear adalah paras terendah pada 26/08/209 iaitu pada paras 104.45; - Matawang Kripto. Walaupun ramai “pakar” dalam pasaran kripto terus-menerus memberi jaminan bahawa lonjakan nilai Bitcoin kepada 50, 100, malah 200 ribu dolar bakal berlaku, namun nilainya kekal berada pada zon penyatuan, bergerak di sepanjang garis $10,000. Selain itu, turun naik pasangan BTC/USD diihat semakin berkurang dari hari ke hari. Situasi ini seperti lebih sesuai buat pelabur-pelabur utama membina “tembok” dan meraih keuntungan berdasarkan jumlah transaksi, dan bukan mengikut lonjakan sebut harganya.
Sudah pasti, kejayaan akan berlaku pada bila-bila masa. Namun, sukar untuk dinyatakan bila ia akan berlaku dan ke arah manakah harganya akan bergerak jika dilihat pada situasi sekarang. Apa yang boleh kami katakan buat masa ini adalah tinjauan daripada 65% penganalisis kekal optimis dengan bull, manakala 35% lagi menjangkakan nilai pasangan ini akan jatuh ke sekitar $8,000.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali